25🌵

264 42 4
                                    


Chaera mengetuk pintu bilik Doktor Sungjoo lalu dia masuk ke dalam. Kelihatan Seungyoun sedang mebelek-belek fail kepunyaan Doktor Sungjoo. Kelibat Sungjoo pula tidak kelihatan dalam ruangan itu.

"Saem nak apa panggil saya ni?Siap ugut saya lagi"

Chaera menyilangkan tangan di dadanya.

"Hmm nothing", ujar Seungyoun yang duduk di kerusi membelakangi  Chaera.

Geram pula Chaera mendengar jawapan Seungyoun yang macam minta penampar itu.

"Hishh saem ni buang masa saya je"

Baru je Chaera ingin keluar dari situ tanganya ditarik oleh Seungyoun.

"Tunggu lah sekejap, aku ada benda nak cakap ni"

Chaera memalingkan badannya menghadap Seungyoun.

"Mwo?",Chaera memandangnya dengan tajam.

"Tapi sebelum tu lepaskan tangannya saya", kata Chaera lagi sambil menarik tangannya yang masih dipegang oleh Seungyoun.

Seungyoun hanya tersengih sambil mengosok tengkuknya.

"Malam ni kau free tak?"

Berkerut dahi Chaera mendengar soalan Seungyoun.

"Entahlah free kot. Kenapa tanya?"

Seungyoun memandang Chaera dengan pandangan merayu sambil berkata ,"Please ikut aku malam ni pergi dinner untuk reunion sekolah aku"

Hampir tergelak Chaera melihat Seungyoun acah jadi comel,alahai.

"Saem siapa lah ni?", ujar hati Chaera. Muncul idea jahat di bentak fikirannya untuk mengenakan Seungyoun.

"Tak nak lah, saem ajak lah orang lain. Kenapa mesti saya juga saem nak ajak"

"Ala Chaera jebal", Seungyoun memegang kedua belah tangan Chaera.

"Tak nak lah saem", Chaera berusaha melepaskan tangannya dari pegangan Seungyoun tapi hampeh Seungyoun memegangnya dengan kuat.

"Haish saem lepaskan saya"

"Tak nak"

Dah macam budak kecik je Chaera tengok saemnya itu, mulut dia jangan cakap lah dah macam itik dia muncungkan.

"Aihh yelah saem", Chaera mengeluh sebab idea jahat dia tak jadi.

Akibat terlalu gembira Seungyoun terpeluk Chaera. Gembira bebenor kau youn.Chaera pula terkejut dengan tindakan namja di depannya itu.

Tiba-tiba pintu bilik tersebutlah dibuka oleh seseorg dan melihat agenda itu.

"Woihh kalau nak buat maksiat jangan kat bilik aku please"

Seungyoun cepat cepat meleraikan pelukannya lalu melihat orang yang menuduhnya membuat maksiat di situ.

"Mulut hyung tu kan memang nak kena cili ke? Suka hati mulut hyung je nak tuduh kitaorang", Seungyoun menjeling Doktor Sungjoo.

"Dah tu kenapa berpelukan bagai kat bilik aku ni", ujar Sungjoo yang tidak mahu kalah dengan Seungyoun.

Chaera yang dari tadi memerhatikan dua namja itu berbalah menayangkan muka datarnya dan dia tidak perasan muka dia tu dah brushing teruk.

"Mana ada, aku just terpeluk je sebab excited", Seungyoun juga tidak mahu kalah dengan Sungjoo. Kalau dua-dua tak mahu kalah sampai bila-bila pun takkan habis perbalahan mereka.

"Err saem doktor jangan lah gaduh, perkara kecik kot", Chaera cuba meleraikan perbalahan itu tetapi..

"Kau diam!"

..dia pula yang kena marah dengan dua namja yang tak matang tu. Perkara kecik kot ahalah tu pun nak gaduh.

"Yelah, korang gaduh kat situ saya balik kelas dulu"

Chaera pun keluar dari bilik tersebut dan menuju ke arah kelanya. Malas dia nak tengok perbalahan itu.

Sementara itu,

"Mwo? Hyung suka Chaera"

Soojin memandang empunya suara itu.

"E-eh Yohan",kata Soojin sambil tersengih-sengih.

Soojin tahu yang Yohan sukakan Chaera sebab tu dia tergagap(mati lah kau soojin kena hadap Yohan).

"Betul ke?",Yohan yang berdiri di depan Soojin memandangnya dengan serius. Soojin tak nak Yohan patah hati lagi tapi dia kena cakap benda betul.

"Aduhh macam mana lah aku tak perasan dia ada kat belakang tadi. Kalau aku cakap ye nanti takut dia sedih pula. Aku tak nak dia broken aihh Yohan. Chaera pun satu kenapa lah dia tak perasan Yohan sukakan dia bebal betul yeoja tu. Sekarang pula oppa suka dia aduhh macam mana dengan Yohan kesian dia hiks. Yohan pun satu hal, susah sangat ke nak luahkan perasaan tu dekat Chae",bebel Soojin dalam hatinya sehinggakan dia tidak perasaan Yohan dari tadi memanggilnya.

"Soo",Yohan melambai-lambaikan tangannya ke arah muka Soojin. Terhenti lamuan Soojin.

"Ehmm kau tanya apa tadi?"

Baru je Yohan nak ulang soalannya tapi terbantut apabila Chaera masuk ke dalam kelas dengan riak muka yang biasa macam tak ada perkara yang berlaku. Soojin dan Yohan pun pelik, kalau jumpa dengan Seungyoun mesti muka Chaera akan masam mencuka tapi kali ni tidak Selepas itu Chaera pun mengambil tempat duduknya.

"Korang tengok aku macam tu dah kenapa?",soal Chaera apabila dia terperasan Yohan dan Soojin memandangnya.

"Saem cakap apa tadi?"

"Tak da apa-apa lah,  pasal kelas tambahan tu je",tipu Chaera. Takkan lah dia nak bagitahu yang saemnya itu merayu suruh teman dia pergi reunion kang kena cop ada hubungan pula dengan saem gila dia tu.

Soojin hanya mengangguk sahaja lalu dia meminta diri untuk beredar dari situ. Yohan pula masih memandang Chaera, dia tahu Chaera menipu. Hatinya sekarang ni sakit sangat bila dapat tahu yang Seungyoun juga sukakan Chaera. Salah dia juga sebab tak luahkan perasaan dia tu.

"Yohan, aku tak nak kau sedih. Alangkah bahagianya kalau kau tahu isi hati aku ni dan cubalah kau ada perasaan sama macam aku ni bila aku dekat dengan kau tapi kau takkan pernah akan rasa macam tu kan? Aku tahu tu. Aku rasa berbelah bahagi, sama ada nak tolong kau dapatkan Chaera atau tolong oppa. Aku gembira tengok oppa aku boleh tersenyum macam dulu, macam dia dengan Hyena unnie bila dia dekat dengan Chaera. Aku tak tahu Yohan",bisik hati Soojin yang memerhatikan Yohan di belakang.

◇◇◇◇◇◇◇

Maaf merapu...

[©] 𝑴𝒚 𝑨𝒏𝒏𝒐𝒚𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒆𝒎 : 𝑪𝒉𝒐 𝑺𝒆𝒖𝒏𝒈𝒚𝒐𝒖𝒏Where stories live. Discover now