Kisah dua sahabat bermain madah sedang walau tiada hubungan.
"Bunga mekar dihambat kasturi,
Berkata manis lagikan seri,
Indahnya muka bagaikan bidadari,
Hai Qhira, kau lah Puteri. 🌹"
Dibalas pantunlah mereka si teruna dan si dara.
"Nun disana kukayuh sampan,
Sampan dikayuh ke Teluk Batu,
Ku bawa rindu melalui bulan,
Maka pandanglah langit kita bersatu🌹""Salam sejahtera permaisuri Hati,
Sampai masa janji kutepati,
Wajah menyerlah disinar mentari,
Kita dua mata tapi satu dihati 🌹""Wahai kekanda dengarlah pantun dinda,
Hayati dan sematlah ia didada,
Kisah kita berdua pasti kan tercipta,
Pantas atau lambat mohonlah percaya🌹""Wahai Ahmad si pujaan hati,
Entah mengapa jiwaku meronta,
Ku harap cintaku kekal abadi,
Bersemai jua hingga ke syurga🌹""Madah berhelah seperti sutera,
Bijak berkata seperti pujangga,
Ayuh bersama kita ke syurga,
Berpimpin tangan bersama sama 🌹""Senyuman manis umpama madu,
Madu dicipta di Bukit Mahsuri,
Rindu dihati tiada yang tahu,
Kuharap berjumpa di dalam mimpi🌹"Ditambah lagi si puteri dewa.
"Tika siang bertukar senja,
Kau datang dan juga pergi,
Bait-bait kata engkau berbicara,
Menusuk ke jiwa tapi kekal dihati♡"Di teruna meneruskan madahnya.
"Tiadalah niat seperti ini,
Menyusun kata bermain bicara,
Usahlah memahami makna ini,
Kerana aku tiada apa-apa. 🍃""Kehadiranmu sentiasa kunanti,
Menghiburkan hati yang sedang layu,
Usahlah engkau merendah diri,
Tidak lengkap hidupku tanpa dirimu🌹""Syair puisi pantun dan juga madah,
Pujangga ciptakan sepenuh rasa.
Engkau tetap yang terindah,
Dalam hidupku sepanjang masa🌹"Maka berbalas pantunlah mereka. Entah punya makna tersirat ataupon sebaliknya. Entahlah. Hanya diri mereka sahaja yang ketahui kenyataannya.

YOU ARE READING
HIDUP DAN MATI
PoetryIni bukan dongengan . Ini bukan khayalan . Ini kisah aku . Kisah aku dan aku yang tiada kesudahannya.