Hati Dilukai

20 0 1
                                    

- Aku tahu siapa pemilik rindumu yang seseorang itu bukan aku-


Mikhayla melangkah masuk ke sebuah Cafe, dan terus menuju ke arah Danial. Mikhayla mengambil tempat berhadapan dengan Danish. Raut wajah Danish tidak menunjukkan dia gembira dengan pertemuan ini.

"Sorry sayang, i lambat tadi jalan jammed". Mikhayla terus memberitahu alasan kelewatannya. Danish hanya tersenyum tawar.

Pelayan mengambil pesanan mereka berdua.

"Ada apa you nak jumpa i ni? Macam penting je?" tambah Mikhayla.

"Sebenarnya, i rasa i dah tak boleh nak teruskan hubungan ni. I minta maaf, i nak kita putus." balas Danish. Dia lega selepas memberitahu Mikhayla.

Mikhayla terus mempersoalkan tindakan Danish. " But why? Kita dah lama bersama, takkan lah sebab i lambat tadi you nak kita putus. Matanglah sikit Danish, you pun kenal i macam manakan."

"I betul-betul minta maaf Mikhayla, i tak boleh. I dah jatuh cinta dengan orang lain." kata Danish.

"Semudah tu you nak tinggalkan i, sampai hati you kan?" Mikhayla mula geram.

"i minta maaf, you layak dapat yang lebih baik dari i. I minta diri dulu." Danish terus meninggalkan Mikhayla.

Mikhayla membiarkan air matanya jatuh berguguran. Dia menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling.

.........................................................................................

Athisha merebahkan badannya diatas katil namun deringan telefon memaksanya untuk bangun kembali.

Jelas terpapar panggilan dari Auntie Alis.

"Assalamualaikum Tisha" Auntie Alis memulakan perbualan.

"Waalaikumusalam Auntie, kenapa auntie?" soal Athisha

"Boleh tak Tisha datang rumah auntie sekarang sebab Mikhayla tengah mengamuk ni. Uncle dengan auntie tak tahulah nak pujuk macam mana lagi ni. Boleh tak?" tambah Alis

"laa yeke auntie, kalau macam tu auntie bagi Tisha dalam 15minit lagi Tisha sampai." balas Athisha.

Athisha terus mengambil beg dan kunci keretanya dalam keadaan tergesa-gesa. Dia sempat mengutuk Mikhayla.
"apa lagi lah yang tak kena dengan minah ni, asyik nak menyusahkan aku je. Ooo kau nak mengamuk ye. Kau tunggu, kau tunggu. Siap kau aku sampai nanti."

...................................................................................

Sampai sahaja Athisha dirumah Mikhayla dia terus menuju ke bilik Mikhayla. Dia melihat mama dan papa Mikhayla sudah tercegat dipintu bilik. Melihat kehadiran Athisha, Alis terus mendapatkan Athisha.

"kenapa dengan Khayla auntie?" Athisha
"auntie pun tak tahulah balik je tadi di terus naik bilik lepas tu dia pecahkan barang-barang dalam bilik tu. Auntie panggil dia taknak dengar." Alis

Athisha terus mengetuk pintu bilik Mikhayla. "babe, kau buka pintu ni dulu. Lepas tu kau bagitahu aku apa dah jadi. Babe" Athisha cuba memujuk.

Mikhayla mendengar suara Athisha, dia terus membuka pintu biliknya. Dia terus mengambil tempat diatas katil. Alis, Athisha dan Maleeq masuk ke dalam bilik Mikhayla yang sudah tidak seperti bilik.

"astagfirullah Khayla, kau dah kenapa weh." Atisha terus menyerang Mikhayla. Dia duduk disebelah Mikhayla begitu juga Alis.

Mikhayla terus memeluk Athisha.

"Danish dah tinggalkan aku, dia ada perempuan lain. Dia dah tak sayang aku" Mikhayla membuka cerita.

Maleeq hanya mampu mengelengkan kepalanya. Alis mengusap bahu anaknya.

"ya Allah, kau kena sabar okey. Kau tak boleh buat macam ni. Kau tak kesian ke dekat papa dengan mama kau". Diorang risau tahu tak." Athisha menasihati Mikhayla.

"betul tu cakap Tisha sayang, mama risau sangat tadi. Nasib baik Tisha sudi datang, kalau tak apa jadi" Alis melepaskan geramnya.

Mikhayla terus memeluk Alis.

"Khayla minta maaf mama, papa." balas Mikhayla dalam sendu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 25, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MIKHAYLA Where stories live. Discover now