Bab 1

98 24 51
                                    



          "Pak Long jangan buat Angah macam ni. Sakit Pak Long!" 

          Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Air mata mengalir laju menuruni lekuk pipi. Kedua-dua pergelangan tangan terasa amat perit dicengkam kemas Pak Long.

         "Lepaskan Angah Pak Long. Angah merayu dekat Pak Long. Kesian kan Angah. Ya Allah!"
 
         Jeritan aku hanya mengundang tawa besar dari bibir tua Pak Long. Sungguh dia amat kejam. Sanggup memperlakukan aku sebegini.
       
       Pak Long menekup dengan kuat bibir aku. Membuatkan aku tidak dapat mengeluarkan sebarang suara. Tangannya turun mengusap peha ku. Kedua-dua lutut aku dikangkang luas oleh Pak Long. Terus dia menjatuhkan tubuh gempalnya keatas aku.
      
       Mataku terbeliak luas. Kepala aku gelengkan tanda isyarat aku benar-benar tidak. Tidak suka akan apa yang berlaku sekarang. Air mata berjuraian turun dengan lebat. Tetapi apa orang tua ini kisah?
      
       Ya Allah kenapa aku diuji sebegini besar? Lelaki yang patut melindungi aku tetapi mengambil kesempatan terhadap aku. Ibu. Kak Long tolong Angah. Angah takut. Angah dah tak mampu ...





      "Angah! Bangun!"

      Aku terus bangun dari pembaringan dengan mengejut. Dahi sudah mengeluarkan peluh. Terasa menggigil satu badan. Mata aku meliarkan seluruh ruang kamar. Terlihat Kak Long berdiri ditepi katil yang lengkap bertelekung. Bahu aku diusap kasih.

      Aku mimpi lagi. Ya hanya mimpi. Aku meraup muka dengan kedua tapak tangan. Nafas kasar aku lepaskan. Aku merenung kosong ke arah Kak Long yang masih berdiri.

     "Angah mimpi lagi?" soal Kak Long lembut. Dia melabuhkan duduk ditepi katil. Kepala aku diusapnya perlahan.

      Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Dia mengelap peluh yang berada disekitar dahi ku. Tangannya aku tolak. Tidak suka dengan apa yang dia buat.

      "Bangun lah Angah. Dah pukul 5:45 pagi. Kita solat subuh secara berjemaah sekali ye? Harini Kak Long masak Nasi Lemak Sambal Sotong eh? Itu kan 'feveret' adik Kak Long ni."

      Aku mendengus. Bosan setiap hari mendengar ayat yang sama. Naik rimas!

     "Aku nak tidur. Aku tidur lewat malam tadi. Kau pergilah keluar. Jangan kacau aku." Aku terus selubung seluruh tubuh dalam selimut. Badan aku pusing membelakangi Kak Long.

     "Solat lah dulu Ngah. Kalau rasa mengantuk jugak tidur lah balik lepas solat subuh kan boleh? Tak ingat ke pesan Arwah Mak? Supaya jangan tinggal suruhan Allah S.W.T . Solat itu tiang agama. Macam mana kalau kita nak berdiri sekiranya tiang kita rapuh?"

      Aku menolak selimut dengan kasar. Badan aku pusing dan paling semula ke arah Kak Long yang tersenyum. Muka jengkel aku tayangkan.

      "Aku penat. Keluar." Aku tolak badan Kak Long menghalau dia keluar. Tetapi cekap Kak Long menggenggam tangan aku. Dia mengelus lembut tanganku. Dilabuhkan ciuman pada dahi.

      "Ish! Apa ni. Aku cakap keluarkan? Semak lah nak cium orang!" Aku mengelap bekas ciuman Kak Long tadi. Badannya aku tolak sampai kepermukaan pintu. Dengan cepat pintu aku katup rapat.

      Nafas aku aturkan lega. Air mata tidak dapat aku tahan untuk dari mengalir. Kaki ku bawa ke arah katil dan terus badan aku jatuhkan. Mata aku pejam rapat. Semoga mimpi hitam itu tidak menganggu tidur lena ku. Solat? Ah! peduli apa aku.

Helena Rose Where stories live. Discover now