Bab 2

111 15 6
                                    

        Aku melangkah masuk kedalam kedai 'He&Se Florist' dengan laju. Helmet yang dikepit celah ketiak aku bawa kedalam bilik stor untuk simpan. Kunci motor aku campak sahaja didalam bakul reban ayam buatan tradisional.

      Buku depan kaunter aku semak. Sama ada semua senarai sudah lengkap dihantar atau pun ada senarai nama pelanggan serta alamat yang terbaharu.

       'Fuh line clear!' Nampaknya semua tugasan penghantaran bunga dah diuruskan dengan jayanya. Buku dihadapan kaunter aku tutup dan dengan senang lenang aku berjalan ke arah pantri untuk melepak minum. Jika ada pelanggan membuat pesanan, barulah aku akan jalankan tugasan harian seperti sedia kala. Iaitu 'delivery' bunga.

        Ya. Aku bekerja sebagai penghantar bunga. Kenapa? Ada masalah? Yang penting halal!

        Telefon bimbit aku keluarkan dari poket seluar. Punggung aku labuhkan di atas sofa yang empuk ini. Ah! Nikmat siot. Telefon ditangan aku geledah. Segala 'mak nenek' aplikasi aku terjah bagi menghilangkan rasa bosan.

Bosannya! Zaman sekarang ni ada telefon bimbit pun boleh bosan kan? Memang betul lah orang cakap bahawa manusia tidak pernah ada rasa untuk cukup.

       Kaki aku lunjurkan. Jaket jeans hitam yang aku pakai pantas aku buka dan layangkan diatas tubuh. Topi hitam memang sentiasa ada diatas kepala aku ambil dan tekup ke muka. Tangan pula, aku silangkan kedada. Lantas mata aku pejam rapat. 'hehehe apa lagi? Buat taik mata la brader." 

       Azam yang baru sahaja 'melepaskan hajat' dalam tandas hanya mampu menggeleng kepala. Dipandang saja Helena yang sedang melayari mimpi indah disiang-siang hari. Mentang-mentang kedai ini dia punya. 'Ewah-ewah lemak betul budak ni!'

       Kaki Azam terjengket-jengket. Lagak seorang penyamun bersiri. Entah siri keberapa pun dia tak tahu. Atau mungkin 'siri' Iphone user's. Dengan langkah yang perlahan dia menghampiri Helena. Topi hitam menutupi muka Helena dia ambil.

      "Uih. Tak sedar eh? Hm apa aku nak buat ni." tangan dilekatkan kedagu gaya berfikir. Matanya terpandang bulu ayam diatas meja. Secepat mungkin diambil bulu ayam itu dengan senyuman nakal.

'Kau taknak bangun sangat kan.' bisik Azam dalam hati.

      Bulu ayam digeselkan kemuka Helena. Tetapi tiada respon. 'Haih memang tidur mati minah ni.' Di angkat tinggi bulu ayam itu dan dilibas ke atas sofa yang berdekatan kepala Helena. Apa lagi, terkejut bukan kepalang Helena. Terus terjaga dari tidur.

     "Beruk Matnyeh betul perangai kau! Sehari kalau tak kacau aku memang tak sah kan? Apa tak lengkap ke hidup kalau tak menyakat aku?" Helena menjeling tajam ke arah Azam. Azam hanya tersenyum lagak tak bersalah.

     "Alala bucuk-bucuk ni... Marah pulak dia." Azam mencuit bahu Helena. 

      Memang begitulah hari-hari mereka. Selagi tak bertengkar terasa tidak lengkap hidup. Azam sudah biasa dengan Helena. Dia bekerja dibawah Helena sudah hampir 3 tahun.

Malah dia pekerja yang pertama 'interview' dan setakat ini Alhamdulillah masih melekat sampai sekarang. Jadi setakat gaduh manja macam ni dah memang menjadi kebiasaan asam garam dalam 'He&Se Florist'.

     "Waklu bucuk-bucuk... Euw. Geli aku Zam!" Helena membuat gaya muntah dihadapan Azam. Pecah terus tawa dari bibir Azam.

     "Kau ingat aku tak geli? Nanti orang ingat aku ni 'Gay' dengan kau. Hih tak ingin aku!"

     "Eh hello bro. Aku memang perempuan kan? Apa kejadahnya nak 'mengunyit' dengan kau. Bukan dapat apa pun."

     "Siapa cakap tak dapat apa? Dapat lah. Dapat anak." Azam terus ketawa terbahak-bahak melihat muka ketat Helena.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 29, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Helena Rose Where stories live. Discover now