❀ 02

1.3K 223 99
                                    

[ 9:45 a.m. , 10 Oktober 2019 ]

Roti kacang merah dan sekotak air soya menjadi hidangan untuk aku makan sewaktu time rehat.

Roti kegemaran yang selalu habis dulu. Mujur cikgu bagi chance rehat awal dari student lain, jadi ada rezeki aku untuk makan roti ni.

Aku berjalan menuju ke tangga tepi padang yang unofficial menjadi kawasan aku untuk melepak sambil makan angin waktu rehat.

Suasana yang tidak terlalu crowded dan angin bertiup lembut menyenangkan mood dan diri aku.

Baru saja plastik roti ku buka, ada seseorang mengambil tempat dan duduk di sebelah aku.

Mataku memandang insan yang sedang tersenyum lebar sambil matanya tertutup.

"Nah, mochi untuk awak."

Jimin menyerahkan kotak berisi pelbagai jenis dan perisa mochi yang menjadi kegemaranku semenjak jejaka itu hadir dan memperkenalkan dessert yang chewy itu kepadaku.

Mochi itu amat popular di Korea. Disebabkan ianya terlalu sedap, jadi harganya agak mahal. Memandangkan Jimin berasal dari keluarga senang, dia selalu membelikannya mochi tersebut.

Aku mengerling kotak yang dihulur.

Ah, sedapnya!

Tapi aku tidak menyambut huluran kotak itu.

Walaupun sebenarnya, aku nak je terkam kotak tu and telan semua mochi dalam tu.

"Awak tak nak?"

Jimin memandangku. Gelengan yang aku beri sebagai jawapan untuk soalannya tadi.

Aku terdengar tawa halus daripada lelaki bermata sepet itu.

"Serious lah Aera tak nak mochi? Ni kan favourite awak." kata Jimin.

Lelaki itu membuka penutup kotak tersebut. Terdapat banyak mochi berlainan warna di dalamnya.

Aku hanya mampu meneguk liur.

Sebiji mochi berwarna hijau disuakan kepadaku.

"Ke awak nak Jimin suap?"

Jimin masih kekal tersenyum dan menghulurkan mochi itu kepadaku.

Aku mendengus perlahan. Aku mengangkat punggung dan berdiri. Skirt yang tersarung aku tepuk bahagian belakang agar tiada pasir yang melekat.

"Saya tak nak."

Aku menyebut tiga perkataan itu dan beredar dari situ.

"Aera!"

"Aera!"

Aku buat-buat tak dengar akan panggilannya. Aku merasakan diri aku terlalu kejam kerana memperlakukan sebegini kepada mochi jadian yang amat aku sayangi.

I'm so sorry, Jimin.

------
TBC

heyy guys! 292 words for this chapter ❤

putri di sini nak mintak feedback dari para readers, okay ke shortstory yang putri buat ni?

maaf kalau jalan cerita ni dari awal sampai akhir membosankan :( putri cuma curahkan apa yang bersarang kat sexy brain putri ni je hshshshshsh 😘

Last Wishes | JiminWhere stories live. Discover now