Bab 9

9.3K 254 6
                                    

Bummmm!!!!!

Ain terkejut apabila pintu di hadapannya tertutp dengan kuat.

"Apa kau buat ni hah?!" Haris Adham terus menarik Ain ke dalam dakapannya sambil memandang tajam muka Ain.

"Ha..ris?" Mata Ain sudah terbeliak melihat Haris Adham betul2 ada di hadapannya.Time bila dia balik?,desis hati Ain.

Haris menolak Ain dengan kuat  ke dinding lalu badannya dirapatkn dengan badan Ain.

Perasaan Ain sudah bercampur baur.Takut ada berdebar ada.Takut sebab muka Haris Adham memang merah tanda dirinya memang tengah marah,berdebar sebab dirinya dengan Haris terlalu rapat.

"Aku tanya kau perempuan!Apa yang kau cuba buat ?!" Haris Adham sudah menyinga.

"Sa..ya nk tengok je dalam bilik tuh." Jawap Ain dengan menggeletar.Matanya sedaya upaya dielak daripada bertemu dengan mata tajam lelaki di hadapannya.

"Nak tengok?Siapa bagi izin kau nk tengok bilik ni?Kau tuan rumah ke?Cakaplah!"

"Saya minta maaf." Ujar Ain sambil menundukkan kepalanya.Tak sanggup dia nk melihat muka garang Haris Adham.Dirinya tahu dia telah melakukan kesilapan tapi mungkin ini kesilapan yang besar.

"Maaf??Maaf kepala otak kau!Makcik Senah tak bagithu kau ke bilik ni tak boleh ada sesiapa masuk!" Haris sudah mendengus geram.Nasib baiklah dirinya cepat2 naik atas,kalau tak pasti bilik rahsianya sudah dicerobohi perempuan depan dia ni.

"Makcik Senah ada bgithu ta.."

"Tapi kau degil??Kau gedik jugak nak masukkan?!Hey!Ain dengar sini baik2!Aku tak suka orang sentuh barang aku especially  'orang asing'.So,lebih baik kau tanam betul2  dalam kepala kau!Jangan pernah sentuh barang aku tanpa izin!Aku bela kau,bawa kau kat sini dh dikira baik tau!So,better kau dengar apa yang aku cakap.Sekali lagi kau cuba2 masuk bilik ni!Mampus kau aku kerja!Kau faham tak?!" Haris menjerit dihadapan Ain tanpa menghiraukan perasaan Ain yang semakin terluka.

Ain memandang Haris Adham dengan air mata yang bertakung.Tinggal nak jatuh sahaja.Hari ini,lelaki dihadapannya ini sudah dua kali buat dia nangis.

"Kenapa awak benci sangat dengan saya, Haris?" Ain bertanya dengan suara yang menahan tangisan.

Haris memberikan Ain senyuman sinis.Tanda dia menyampah dengan soaln Ain.Haris merapatkan dirinya dengan Ain.

"Sebab aku benci perempuan murah especially kau." Bisik Haris Adham ke telinga Ain.

Ain terkejut dengan kata2 Haris Adham.Akhirnya,air matanya jatuh juga dihadapan lelaki itu.

"Awak memang melampau!" Ain terus menolak lelaki di hadapannya lalu belari kearah biliknya.

Haris Adham hanya melihat Ain yang pergi kearah biliknya.

Dasar perempuan!,kata Haris Adham dalam hatinya.

Haris membuka pintu bilik yang dilarang sama sekali sesiapa memasukinya.

Disinilah dia menanam segala memorinya bersama arwah isterinya.Baju isterinya,kain telekung isterinya dan barang2 isteri semuanya ada disini.Semuanya disimpan disini.Andai dirinya terlalu rindu kepada arwah isterinya,tempat nilah yang selalu dikunjungi.

Haris Adham mengambil sebuah album perkahwinan dia dan arwah isterinya yang disimpan  dalam kotak dengan kemas.Haris Adham membuka satu persatu helain album tersebut.

"Sayang..Waktu ni kita bahagia sangat.Abang bahagia sangat waktu kita nikah,waktu kita bersanding.Abang rindu gelak tawa sayang.Abng rindu masakan sayang.Abang rindu segala2nya tentang sayang.Sayang..Abang minta maaf sebab gagal menyelamatkan sayang.Abng minta maaf sayang.Semuanya salah abang!" Haris Adham sudah menangis teresak2 tanpa dapat dikawal air matanya.Haris Adham tetap menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang berlaku pada isterinya.

YoU Are NOT Mine. (Completed☑️)Where stories live. Discover now