" Nervousnya.... " tangan kanan berpaut rapat pada tangan kiri lalu digenggam erat. Nafas ditarik dalam dan dihembus berat. Mata Hani dikelih ke luar untuk memandang hujan yang sedang lebat turun. Sesekali dia memandang baju kurung putih yang dipakai olehnya.
Tiba-tiba, satu tangan tua berada di atas tangan yang digenggam rapat oleh Farisya Hani. Laju dia memandang satu raut wajah yang sedang tersenyum. " Tak ada apa yang perlu dirisaukan.... no worries... okay? " Hani mengangguk perlahan. Wajah sang ibu merupakan satu raut yang menghadirkan ketenangan buatnya.
Sejujurnya, dia berasa tidak tenang sejak beberapa hari lalu lagi. Hari ini merupakan hari dimana seorang gadis bernama Farisya Hani akan di akad nikahkan bersama pilihan hatinya, Syerif Hareez. Namun, entah mengapa hati seperti berkata bahawa akan sesuatu terjadi sehingga jantungnya memainkan denyutan yang aneh sejak seminggu yang lalu sehinggakan Hani terpaksa ke hospital kerana dia bimbang jika dia mempunyai penyakit kronik seperti masalah jantung, namun.. setelah dia melakukan electrocardiogram (ECG) untuk memeriksa jantung dengan lebih lanjut. Mujur sahaja keputusannnya menunjukkan bahawa dia sihat sahaja. Tetapi dia tidak pasti mengapa jadi begitu.
" ahh..... " keluhnya lagi. Shawl yang tersarung di kepala di betulkan sedikit.
" lebatnya hujan kat luar.... mujur baba dah sampai awal kat sana tadi " kata si bonda yang kerisauan. Mereka sedang dalam perjalanan untuk ke masjid bagi melancarkan majlis akad nikah yang akan berlangsung.
" Lama lagi ke nak sampai ni, Rif? " soal Bonda Wati pada anak buahnya, Arif yang sedang memandu kenderaan.
" Jammed teruk ni Maksu, dahla hujan pastu jammed, rasanya kalau tak orang accident mesti ada banjir kilat dekat depan " ujarnya. Badan Arif tidak lagi bersandar pada kerusi, namun dia mula menukar posisi badan rapat pada stereng kerana cermin kereta yang mulai kabur menyukarkan pandangan untuk kekal focus.
Puan Wati meliarkan mata mencari sesuatu. Dia mengambil beg tangan yang berada di sisi dan mencari telefon bimbitnya. Seusai itu, dia lantas mendail seseorang yang bermain di fikirannya.
tut...tut..tut...
tiada jawapan.
Puan Wati lantas mencuit bahu Arif. " Drive elok elok, Rif. Biar lambat asal selamat. "
Arif menayangkan simbol OK.
Hani mengambil telefon yang berada di dalam poket kerusi pemandu di belakang. Dia membuka lockscreen dan membuka whatsapp. Terdapat banyak mesej yang dia terima sejak malam kelmarin daripada rakan rakan yang mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya hari ini. Contact yang disave sebagai 'Sayang' ditekan dan jari jemari Hani pantas menaip sesuatu di skrin telefon.
Hani : Sayang, r u there?
Tiba tiba penerima mesej tersebut online dan statusnya tertukar kepada typing...
Sayang : nope yet b, i am on my way ..
Hani : it's okay, i pun atas jalan lagi... take care
Sayang : you too... see you... cannot wait for our wedding... bye sayang.. terima kasih atas segalanya yang you buat untuk i..
Sekali lagi, jantung Hani mula sakit. Dia cuba mengatur nafasnya dengan menenangkan diri. Telefon dia letak kembali di dalam poket kerusi pemandu di hadapannya. Dia mengalihkan muka memandang luar, dia takut jika mama melihat mukanya mengerang kesakitan.
Seusai dia berasa tenang, lantas dia bertanya " Ma, kalau lambat lagi macam mana ? Lagi setengah jam je ni. Kalau tak sempat sampai, kita cancel je lah wedding ni " keluh Hani, dia risau.

YOU ARE READING
100 Chances To Be With You
Romancetry to read first then you decide... my 4th book.