3

8 2 2
                                    

Aku mengeluarkan bekal yang terletak di dalam laci meja yang dikunci rapi olehku. Bimbang jikalau Hyun Ki tahu, dia akan mengambilnya dan aku tidak dapat makan pada hari itu.

Aku makan sambil menulis nota baharu kerana aku dapat agak yang Hyun Ki akan mengoyakkan bukuku.

Sedang aku makan, pintu kelas dibuka. Aku mengerling ke arah jam.

'baru pukul 9.45, kenapa dah masuk?'

Ya... Wajah Hyun Ki marah tatkala nampak aku sedang makan.

"Siapa suruh kau makan!"

Pang!

Bekal makanku dilempar olehnya. Habis semua kimchi yang dibawa aku tumpah. Dia keluar dari kelas. Aku tahu, dia hanya mahu melihatku. Selamat, aku sudah menyimpan nota baharu yang aku salin. Jikalau tidak, mahunya dia mengoyakkan nota itu.

[C]✓Don't Judge A Book By It's CoverWhere stories live. Discover now