💤SPACE 12💤[Party]

176 15 2
                                    

"Tahniah korang semua telah berjaya menewaskan jenayah yang paling bahaya di Korea hari ini." Memberi tepukan kepada mereka.

B.M menghampiri Jiwoo sambil tangannya digari dan dipegang oleh pengawal polis.

"Dasar pembelot!" Marah B.M kepada Jiwoo. Cuba untuk lepaskan diri dari anggota polis yang memegangnya.
...

Keesokan harinya....

Penyiasat TXT pulang ke ibupejabat untuk membuat laporan. Mereka semua berpeluh peluh kerana mereka akan membuat laporan kepada ketua sarjan mereka. Ini merupakan kali pertama untuk bersua muka dengan beliau.

Knock knock Knock~

Pintu diketuk. Setelah diberi izin masuk, mereka pun masuk. Muka ketua sarjan masih tidak kelihatan kerana beliau berpaling kebelakang.

"Annyeong hasaeyo, kami penyiasat TXT ingin membuat laporan." Soobin didahulukan.

"Nae, silakan" pelawa ketua sarjan yang didepannya itu.

Mereka menceritakan dari A to Z.

"Laporan diterima. Sila ambil kertas yang berada diatas meja dan bacanya sekarang." memberi arahan. TXT hanya mengikut dan mengambil sorang satu.

"Waah, jjinja gomawo" Kata Yeonjun teruja. Tak habis membuat bising.
Namun perbuatannya terhenti apabila orang dihadapannya berdehem kecil.

"Ehem" ketua sarja tersebut memusingkan kerusinya menghadap TXT. Semua terkejut.

"Jiwoo~!" Kata mereka serentak sedikit terkejut ataupun banyak.

"Tak sangka awak ialah ketua sarjan kami" sambung Beomgyu.

"Haha. Pasti korang terkejut. Saya telah menyertai KARD untuk mengetahui mereka dengan lebih dalam. Setelah setahun lebih, sejak korang semua muncul, saya dapat tahu kebolehan korang semua memang hebat. Jadi saya buat keputusan untuk bekerjasama kerana saya nampak logo yang ada pada baju kalian sama dengan logo ibupejabat ini." terangnya panjang lebar.

"Apa-apa pun terima kasih sangat kerana telah naikkan pangkat kami semua. Kami akan jalankan tugas dengan baik" balas Huening Kai *salute*

Mereka keluar dari bilik tersebut setelah menunduk hormat.
_____________________________________

Markas IZ*ONE

IZ*ONE telah menjadi SPY rasmi di negara Korea. Mereka telah diberi pengesahan untuk jalankan kerja sebagai SPY. Mereka hanya akan menyelesaikan kes-kes tertentu sahaja.

"Wahh leganya semua dah selesai bolehla berehat lepas ni" rengek Yujin.

"Ha'a" kata semua kecuali Chaewon.

Chaewon POV

Aku hanya duduk dimeja. Akhirnya aku telah berjaya membalas dendam terhadap ahli  keluarga aku yang dibunuh.

Walaupun semua dah terbalas, aku tetap akan menjadi yatim piatu. Hmmh hidup aku tetap sunyi. Kes dah selesai, mesti aku tak boleh jumpa dengan Beomgyu dah...

End POV
______________________________________

Ibupejabat polis mengadakan party untuk menyambut kepulangan Jiwoo dan kenaikan pangkat ahli TXT.
IZ*ONE juga dijemput hadir. Majlis tersebut akan diadakn pada petang esok.
...

Disebabkan sudah malam semua ahli IZ*ONE pulang kerumah masing-masing untuk rehatkan diri.

Chaewon pulang kerumahny. Dia membuka kunci dan memulas tombol pintu. Dia melangkah masuk dengan perasaan campur aduk. Ada sedih, gembira dan kecewa.

Dia melihat sekilas meja makan. Dia teringat situasi dimana omma dan appanya dibunuh.

Keesokan paginya...

[C] MISSION OF SPY | Choi Beomgyu TXTWhere stories live. Discover now