7 | Sesi Memujuk

2.7K 334 43
                                    

  AMNA merengus apabila telefon pintar miliknya berdering. Pen dihentak ke buku sebelum nombor yang tidak dikenali itu dipandang. Siapa pulak gerangan manusia yang tidak bertanggungjawab mengacau waktu belajarnya? Dia tak tahu ke susah nk focus!

  Deringan ketiga, Amna angkat kerana terlalu geram. Karang dibiarkan makin melarat pula kan. Si pemanggil pun macam tiada tanda-tanda untuk mengalah.

  "Hello?"

  Sunyi sahaja. Tiada sebarang respon yang Amna dapat. Amna berdecit geram dengan si pemanggil.

  "Hello siapa ni?"

  Dia masih mengawal perubahan suaranya yang makin tak boleh tahan. Rasa nak maki je orang yang buat panggilan ni. Dah call tu, terus cakaplah! Apa benda susah sangat nak cakap, dah bisu ke? Hish! Amna paling tak suka orang mempermainkannya.

  "Kalau call orang tu, biar ada motif! Ni awak dah ganggu waktu belajar saya. Menyusahkan!"

  "Amna..."

  Jeda seketika. Amna memproses kembali suara garau itu. Macam kenal je. Bukan, Amna terlebih kenal!

  "Ayed?" Teka Amna.

  "Hehe yeah It's me."

  "Mana kau dapat nombor aku?" Tak jadi pula Amna mahu memarahi kawan baiknya itu. Manalah tahu ada benda penting ke yang Qaayed ingin sampaikan.

  "Ibu kasi dan aku yang mintak."

  "Ouh. So? Ada apa call aku?" Soal Amna mendatar. Qaayed di sebelah sana sudah tersengih-sengih. Dia memang bosan dekat rumah. Kakak-kakaknya sudah balik ke hostel, jadi tinggallah dia, ibu dan ayah.

  Qaayed pelik juga dengan Amna. Perempuan tu tak bosan ke? Dahlah Amna anak tunggal. Sedih!

  "Jom keluar!"

  Amna tayang wajah bosan. Agak dah.

  "Ah takde! Aku malas hari ni."

  "Ala Amna..." Meleret suara Qaayed memanggil. Boleh meremang bulu roma Amna mendengarnya. Ni dah keluar lah ni perangai mengada Qaayed yang satu.

  "Aku suggest kau duduk rumah, buka buku, dan belajar! Bukan keluar melepak macam tak ada life!" Ujar Amna dengan nada suara garang. Berharap Qaayed akan mendengar cakapnya kali ini.

  Terdengar decitan Qaayed yang halus di sebelah pemanggil. Amna menggeleng kepala perlahan.

  "Bosanlah kau ni! Asyik belajar, belajar, belajar!" Qaayed membentak. Kadang baginya Amna pun annoying juga kerana asyik menyuruhnya belajar setiap masa. Tertekan betullah!

  Terhinjut bahu Amna akibat sergahan tanpa amaran daripada Qaayed. Rasa bersalah pula kerana mendesak kawan baiknya itu. Kepala yang tidak gatal digaru.

  "Okay jom kita keluar. Kau nak ke mana?"

  "Tak payah! Aku duduk rumah je! Belajar kan?" Sinis sahaja suara Qaayed membalas sebelum lelaki itu pantas mematikan talian. Perasaannya kini bercampur-baur. Amna sudah matikan mood ceria dia hari ni!

  Amna masih kaku melihat skrin telefon yang mula malap. Keluhan berat terlepas dari mulut. Datang merajuk Qaayed ni, satu je jalan penyelesaian. Pergi rumah lelaki itu dan tunjukkan effort. Itu sahaja.

  Pantas Amna bersiap ingin ke rumah Qaayed. Nanti tak pergi, melarat pula dia punya merajuk tu. Haih kawan!

•••

  "EH Amna? Masuklah." Ibu Lya memberikan segaris senyuman kepada gadis itu. Dia sudah menganggap Amna sebagai anaknya kerana Amna terlalu rapat dengan keluarganya. Rumah ini sudah menjadi rumah kedua buat gadis itu. Ibu Lya tidak kisah langsung.

Hanya Rindu ✔️Where stories live. Discover now