Apollo°°3

1.2K 172 29
                                    


Perlahan lahan gadis itu terjaga dari mimpi pelik itu

"Huh, aku mimpi ke malam tadi?"

Cuba diingat satu persatu memori yang dianggap mimpi itu didalam ingatannya

"Ah ya lecur tu!"

Kaki diangkat dan dia berlari ke cermin di sudut biliknya ,bajunya diselak untuk melihat lecuran itu tetapi tiada

"Jadi betullah semalam bukan mimpi?"

"Ya sayang bukan mimpi , janganlah buat muka terkejut macam tu. Kau comel sangat"

Gadis itu tersentak, perlahan lahan memusingkan badannya melihat sekeliling

"Kau kat mana?"

"Aku takda dekat sini sayang. Kenapa rindu aku ya? Malam nanti aku datang, banyak urusan yang aku kena buat sekarang"

"Habis tu macam mana kau boleh nampak aku?"

Suara jejaka tanpa tubuh itu tergelak kecil

"Kau nak tengok aku? Buka tingkap bilik kau sayang, cahaya aku menanti"

Dengan perasaan yang ragu ragu, gadis itu membuka tingkap biliknya, sinaran matahari membuatkan gadis itu menutup matanya rapat akibat silau

"Arkh, aduh panasnya"

Langsir ditarik menutupi biliknya semula

"Maaf sayang, cahaya aku kuat sangat ya? Hahahahah kita jumpa malam ni, rehatlah sekarang. Aku tahu kau ambil cuti sebab lecuran tu. Aku minta maaf sekali lagi"

Gadis itu terdiam, tidak tahu hendak membalas apa






















Shaena menikmati kopi panas dicafe berdekatan dengan apartment nya , dilihat cuaca sekeliling yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu mendung

Teringat kata kata jejaka tanpa tubuh itu

"Cahaya aku menanti"

Jadi suara garau itu apa benda? Matahari?

Puas gadis itu berfikir dan membuat keputusan untuk pulang kerumah kerana hari sudah senja

.

Shaena menekan password apartmentnya , sempat telinganya menangkap butir bicara beberapa orang lelaki didalam rumahnya

"Jangan kacau aku boleh tak!"

"Apa yang kau buat ni salah Gab!"

Tanpa membuang masa, pintu rumahnya ditolak dari luar oleh si dia. Matanya tercari cari gerangan yang berkelahi itu tetapi tidak dijumpai

"Takkanlah rumah aku berhantu?"

(C) Apollo |KTH|Where stories live. Discover now