Apollo°10

1K 140 10
                                    

"Abang pulangkan gadis tu"

Fhadlee V Sang malaikat suci menatap Iris oren terang abangnya

"Tapi kami tak culik dialah!"

"Habis tu!"

"Dia bidadari yang dilahirkan didalam rahim seorang gadis manusia dan dibesarkan oleh manusia, abang yang teman dia dari kecil sehinggalah dia jadi macam sekarang"

"Abang tetap kena pulangkan dia"

"Taknak!"

Fhadlee V menatap Iris oren terang abangnya dan Gabriel V juga menatap iris coklat terang adiknya

"Tolong ingat ya dik! Kamu dulu pun manusia!"

Fhadlee V mendengus geram, tidak suka disabitkan kisah lampaunya

"Cerita tu dah lama lepas abang! Saya dan Clan juga dah bahagia!"

"Dahlah jangan bergaduh"

Clanard shae menarik tangan suaminya ketepi

"Maaf Gab kami terpaksa ambil balik bidadari tu, tempat dia di syurga. Kami taknak adakan perang sebab kita bersaudara. Apa pula makhluk lain kata, lagipun takkan kau nak berperang dengan adik sendiri?"

Clanard shae ataupun malaikat maut. Isteri kepada Fhadlee V malaikat suci

"Takda cara lain ke?"

"Sepatutnya bidadari itu boleh buat keputusan sendiri tetapi disebabkan bidadari itu tengah mengalami tidur yang panjang, kami takboleh nak buat apa. "

Gabriel melutut dihadapan malaikat maut itu meminta simpati

"Bagi aku masa untuk cari penawar dia dan biarkan dia sendiri buat keputusan , tolong Clan"

Kedua dua malaikat itu mengeluh perlahan

"Hanya seminggu abang, cari penawarnya. Kami Sang malaikat taknak bermusuh dengan dewa dewi Apollo"

Gabriel menganggukkan kepalanya berterima kasih. Kedua dua malaikat itu terbang keluar dari alam dewa dewi selepas memberi kata putus




















"Cepatlah Dinae! Takkan penawar dia satu pun takjumpa!"

"Sabarlah! Ingat kami robot ke!"

Dinae Min dan rakan-rakannya membelek kesemua buku tentang penawar sihir itu. Zeus, Hades, Artemis dan Hypnos juga membantu mencari penawarnya kalau kalau ada

"Hah ni!"

Salah seorang rakan dinae terjerit kuat, teruja mungkin dapat mencari penawar sihir zam zam alkazam itu.

"Apa kau dapat gyukim?"

Jejaka tinggi lampai itu membaca setiap bait bait patah perkataan yang tertulis didalam buku setebal 20cm itu

"Sihir akan terungkai jika sihir bertemu sihir"

"Apa maksud dia Dinae?"

Gabriel menanya sambil membaca semula apa yang dibaca gyukim

"Sihir akan terungkai jika sihir itu bertemu dengan sihir yang sama, jadi kita mesti tusuk dia macam dia ditusuk oleh Hades waktu kali pertama"

"Seriuslah?!"

"Tapi, dia separuh manusia separuh bidadari. Peluang untuk dia hidup balik sangat tipis kalau ditusuk sekali lagi"

Gabriel terduduk, perasaannya bercampur baur. Kesal , sedih, marah. Air mata yang mengalir pantas diseka

"Hey, jangan macam ni Gab. Aku minta maaf sebab pernah tusuk dia, tapi aku tahu dia kuat. Aku pasti dia boleh bangun, dia sayangkan kau sangat sangat Gab"

"Mana kau tahu"

"Kau lupa kuasa aku?"

"Jadi kau boleh bau perasaan dia?"

"Ya, wangi. Cinta dia suci tanpa sebarang pengkhianatan. Hati dia hanya untuk kau Gabriel. Aku yakin dia boleh bangun untuk kau"

Gabriel tersenyum hambar, mengharap benda yang sama

















Tbc

Dah nak abis uyeh.

Siapa nak tahu kisah Clanard Shae dengan Fhadlee V boleh tengok buku Guardian.

(C) Apollo |KTH|Where stories live. Discover now