Ramai request suruh publish balik, so here you go :)
-
Tingkatan 3. Aku melangkah masuk ke dalam kelas ketiga itu. Aku seorang sahaja yang diturunkan kelas akibat prestasi menurun. Apa nak buat? Benda dah jadi. Aku mengambil tempat di meja belakang sedikit. Kiri dan kanan aku kosong. Terus aku keluar dari kelas, pergi ke perhimpunan mingguan.
I am 15 years old kid. Entahla, taktahu describe diri sendiri macammana. Im a petite girl with spec. Kinda nerdy and also skinny. Dalam cerita ni, let call me Nur.
Back to the story.
Aku pergi ke kelas sebelah. Kelas rakan lama aku. Sedih betul bila tidak dapat sekelas dengan dorang. Kami berjalan ke dewan besar.
--
8Pagi.
Perhimpunan bersurai. Selepas ni masuk kelas dan mulakan pembelajaran. Agak susah la bagi aku awal awal macamni sebab langsung tak ada kawan. Tak kenal langsung semua. Tapi tulah, siapa suruh belajar main-main :D
Aku masuk ke kelas setelah memberi salam dan duduk di tempat yang aku telah cop tadi pagi. Mata mata semua memandang aku. Tak pernah nampak orang ke? Pelik agaknya. Tapi ye la aku pun tak kenal dorang ni, adala beberapa orang dari sekolah rendah yang aku kenal.
Tak lama kemudian, seorang demi seorang masuk ke dalam kelas. Seorang perempuan ni terus duduk di sebelah aku. Siapa sangka, dia lah yang menjadi best friend aku sampai sekarang.
" Eh, ni bukan ke tempat Siti?" kata perempuan tadi kepada aku. Aku memandang pelik.
" Eh tak, awal pagi tadi aku dah cop tempat duduk sini " kata aku. Eh nak amik tempat orang pula.
" Tapi kitorang dah cop dulu masa kemas kelas haritu..." katanya pula. Aku rasa bersalah, nak saja aku berambus dari situ tapi, taktahu nak duduk mana lagi.
" Oh yeke? Habistu aku kena pindah ke? " tanya aku pula. Aku dah bersedia dah nak pindah. Barang barang sudah aku kemas. Dia hanya diam membatu. Tak lama selepas itu, si Siti pon masuk dengan baju pengawasnya.
" Siti. Ada orang amik tempat kau dah. Sorry " kata perempuan itu kepada pengawas itu. Aku tersenyum. Hehe, dapat juga duduk sini. Siti pula duduk di meja bertentangan dengan aku.
Botol air dicapai. Haus. Aku meneguk laju.
" Kau kelas mana dulu? " ramahnya. Aku memang pemalu sikit nak mulakan perbualan.
" 2 Mutiara " kata aku sambil tersenyum.
" Hai, selamat berkenalan " katanya pula sambil tersenyum menampakkan gigi.
" Aku Dina. Btw, nak sikit air boleh? Haus "
" Boleh. "
Perkenalkan bff aku, Dina.
--