Inspektor Ariana mengerut dahinya.Sukar dibayangkan suasana disini.Ariana merupakan salah seorang anggota polis yang begitu terkenal di ibukota kerana berjaya menyelesaikan beberapa kes pembunuhan dan dadah sebelum ini.Kejayaan menumpaskan sindiket dadah terbesar di ibukota antara pencapaian terbaiknya.
Ariana berjalan di sekeliling kawasan rumah dan melihat keadaan di sekitar situ.Bahagian ruang tamu agak selerak.Mungkin mangsa kelam kabut untuk menyelamatkan diri sebelum dibunuh.
Matanya begitu teliti memerhati setiap objek pada setiap sudut rumah tersebut yang mungkin dapat membantunya dalam menyelesaikan kes berkenaan.
Sikap Ariana yang selalu memerhati semua objek di sekeliling tempat kejadian dan ditambah pula dengan daya pemikiran yang tajam sering membantunya menyelesaikan setiap kes yang diberikan kepadanya.
Ini adalah kes ketiga membabitkan rogol dan bunuh.Sasaran penjenayah,artis wanita di dalam industri hiburan tanah air.Kes ini menyebabkan industri hiburan tanah air kecoh dan gempar.Kes yang ketiga ini pastilah akan lebih menggemparkan lagi kerana sehingga kini pembunuh masih bebas dan pelbagai pihak mula mempersoalkan kewibawaan pihak polis dalam menanganinya.
"Koperal Hashim,"
Ariana memanggil seorang anggota polis yang sedang memeriksa mayat Marshila.
Koperal Hashim antara orang kepercayaan Ariana walaupun baru beberapa bulan ditukarkan ke unitnya tetapi cekap dan rajin dalam menunaikan tanggungjawabnya jika diarahkan.
Si Koperal Hashim,berumur lingkungan 57-58 tahun,,wajahnya nyata dan jelas dimakan usia.garis-garis penuaan jelas terpapar diwajahnya namun kudratnya masih komited pada perkhidmatan.Orangnya sederhana tinggi,berkulit gelap,garis kedutan terserlah diwajahnya namun urat dilengan masih jelas terlihat.Rambut dan misainya nipis tetapi dilitupi uban-uban yang halus.Susuk Koperal Hashim masih lagi tegar dan tegap walaupun usianya berumur dalam lingkungan 55 tahun ke atas,semakin menghampiri waktu persaraan namun masih rajin dan gigih bekerja dalam bidang yang diminatinya ini.
Walaupun masih baru bekerja dibawah Ariana,namun Koperal Hashim cepat menyesuaikan diri dengan corak kerja yang diarah oleh Ariana.
Perlahan Koperal Hashim yang menyedari dirinya dipanggil terus bingkas bangun dan menghampiri Ariana yang sedang berdiri berdekatan situ."Ya, Puan. Ada apa, Puan?" jawab si Koperal Hashim selepas memberi tabik hormat.
"Beritahu saya semua maklumat yang awak dapat setakat ni," pinta Ariana.
Koperal Hashim pun membuka semula buku catatannya yang digunakan untuk menulis segala maklumat yang diperoleh.
" Dari kesan pada badan mangsa,disyaki mangsa dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh..dan tiada tanda pencerobohan pada pintu masuk atau tingkap..Teori awal mungkin suspek dijemput masuk oleh mangsa,saya syak suspek adalah antara kenalan atau orang yang dikenali mangsa.." ujar Koperal Hashim.
YOU ARE READING
GERAK KHAS II
Mistério / SuspenseGERAK KHAS II adalah suatu cerita khas Inspektor Ariana Ianya berlainan saga. Watak di dalam ini hanya wujud dalam cerita ini sahaja My second job after the first GERAK KHAS disappeared without news from Wattpad. This time the work is different. AMA...