SITI MIEYRA POV
"Astagfirullah Mieyra dah pukul 6.40 bangun lekas satgi lambat Van tinggal pulak " Puan Faridah memanggil buat sekian kalinya sambil mengetuk pintu bilik Siti Mieyra.'Letih sungguh dengan anak dara ni'
Mendengar saja 6.40pagi mata Siti Mieyra yang tadi tertutup rapat bagai dihempap batu terus terbuka luas .Dia bingkas bangun lalu mengambil tuala dan berlari memasuki kamar mandi yang terletak di bahagian belakang rumah.
"Awat Mak takgerak orang awal tengok lambat dah.Satgi kena tinggal satu kerja pulak orang nak pi naik motor.Lepastu nanti kena denda pulak dengan Cikgu.Nasib semalam dah iron Uniform JPAM dah kalau tak pagi ni mesti lagi kalut" Bebel Siti Mieyra didalam bilik air .Puan Faridah yang mendengarnya hanya memekakkan telinga .Tidak sampai 5 minit, Siti Mieyra sudah keluar dari kamar mandi.
"Aik cepatnya " usik Puan Faridah.
"Hmmm mak ni dah tahu janganlah tanya"'Ni la padah malas lipat baju. aku dah la lambat lagi bertambah lambat' desis hatinya.
"Pakai perfume banyak-banyak tau nanti berbau pulak"Puan Faridah masih ingin mengusik anak perempuannya .Dia hanya berdiri didepan pintu melihat telatah Siti Mieyra yang kelam kabut mencari pakaian.
" MAKKK!! Mak pi la duk kat sofa tu diam-diam jangan kacau."usir Siti Mieyra.Baru saja Puan Faridah melangkah pergi ke ruang tamu kedengaran Siti Mieyra memanggil.
'"Tolong carikan Mak ?Mieyra takjumpa la hihi"'
"Hang ni la Mieyra"keluh Puan FaridahTidak lama kemudian .....
"Ha nah ambil .Dah besar gajah pun pakaian dalam mak kena cari'
"Thank you Mak.Lebiu"lantas Siti Mieyra memeluk dan mencium pipi Puan Faridah
"Sudah pi siap satgi lambat kena denda"arah Puan Faridah
Selesai bersiap memakai pakai seragam Kokurikulum.Siti Mieyra berlari kearah Puan Faridah lalu memeluk ibunya sekilas.Terus dia berlari keluar kerana Van sekolahnya sudah tiba di kawasan lapang rumah mereka .
????????????????
AIMAN ISKANDAR POV
'Awal lagi ni,Hmm makan dulu pun sempat ni nanti rehat boleh baca buku'bisik hatinya .Dengan penuh gayanya dia berjalan melintasi dataran perhimpunan,dia dapat rasakan ramai gadis melihatnya.Sempat jua Aiman Iskandar mencebik.'GEDIK'
Di sekolah Aiman Iskandar sememangnya 'STUDENT PALING HOT' kerana badan Aiman Iskandar yang sado tambahan pula wajahnya iras Aaron Aziz .Ramai budak perempuan ingin berkawan dan ada juga yang mahu lebih dari itu.SUNGGUH MERIMASKAN.Setiap malam ada saja yang menghubungi sampaikan hendak belajar pun susah.
Tetapi dia tetap Solo..........
Sebab dia terlalu memilih ......
Dia tetap dengan pendirian dirinya BERCINTA BIAR HINGGA JINJANG PELAMIN.Jadi kerana itu dia sangat memilih.Nak yang lawa tapi takmahu yang gedik.Kulit tak kisah la putih ke hitam masuk kubur jadi tanah jugak."Menung apa bro?fikir pasal SPM hujung tahun ni ke ?" Sergah Ilham sambil tersengih .
'OII ! APA NI ?!' marah Aiman Iskandar.Ilham sengih menayang wajah takbersalah.
Aiman memanjangkan lehernya melihat belakang Ilham. 'Mana pi pulak Zul ni selalunya dia datang sekolah dengan Ilham'
"Ehhh Zul mana ?" Ilham menjulingkan matanya apabila mendengar soalan yang diajukan Aiman Iskandar .Pelupa punya mamat sado! .
"Zul kan pergi kem jembalang oi"
"Ouh ya ya,lupa pulak.tadi apa hang tanya aku ?'
"Aku tanya hang menung apa?"Ilham mengulang soalannya semula
"Aku terfikir bila la nak jumpa cinta hati yang sesuai dengan aku.Kawan-kawan aku semua busy layan aweks.Yang aku ni busy jugak busy tengok game"Keluh Aiman
"Dah hang tu memilih.Hang ramai kawan perempuan.Tapi satu pun hang tak lekat,bagi harapan palsu ja banyak hang ni" Bidas Ilham
"Gila hang.Payah la depa tu.Belum apa-apa dah tunjuk depa punya belang curi-curi spotcheck phone aku.Belum apa-apa dah cemburu buta.HMM takmau aku'kata Aiman Iskandar sambil menongkat dagu di meja kantin.Sengaja ditekankan perkataan HMM itu.
Belum sempat Ilham membalas kata-kata Aiman Iskandar ,loceng berbunyi menandakan mereka perlu berbaris di tapak perhimpunan mengikut Unit Uniform masing-masing.
Dalam perjalanan ketapak perhimpunan,Mereka berselisih dengan seorang gadis yang agak kelam kabut.Aiman Iskandar sempat menghadiahkan senyuman manis kearah gadis itu tetapi gadis itu hanya tunduk malu.
'Adik Form 1 atau 2 ni patut pemalu benar' Desis hati Aiman Iskandar
Sepanjang perjumpaan Kokurikulum kali ini Aiman tidak dapat fokus kerana dia asyik terfikirkan Gadis tinggi lampai tadi .'Ahhh ilmu apa budak tu pakai sampai asyik terbayang ja ni'
#permulaanperkenalankita
YOU ARE READING
Neraka Ciptaan
Romance*Siti Mieyra* Aku cintakan Nazdril .Kasih sayang aku dekat dia tulus dan ikhlas .Perasaan aku kepada Aiman memang dah takde .Kosong .Oh tuhan tolonglah, aku cintakan Nadzril sepenuh hatiku . •Aiman Iskandar• Apapun yang terjadi aku akan pertahankan...