[Bab 1: Mimpi yang Tidak Menyenangkan]
.
.
.
"Syafira! Bangun lah sayang oi~! Kata nak lepak kat kafe kegemaran Qai! Nanti dia membebel kat kau lah!"
Serta merta belakang badan gadis berambut hitam pekat dan keriting itu terangkat dari kehangatan katil perseorangan miliknya, nafas yang cemas kini menjadi semakin perlahan dan normal kembali.
Syafira mengelap peluh di seluruh bahagian leher dan mukanya sebelum berfikir, 'Dah dua hari... masih lagi mimpi benda yang sama' dia mengimbas kembali sesuatu yang terjadi kepadanya di dalam mimpi tersebut.
Flashback:
Aku berjalan mendekati tubuh mayat yang kelihatan semakin mengeras itu, tanpa berfikir panjang, aku memegang tangannya dan memeriksa nadinya.
Benar... orang ini sudah meninggal dunia, langsung mengucapkan lafaz, "Ina Lillahi wa inna ilayhi raji'un" kepada mayat itu.
Aku menyeluk poket seluarku dengan azam hendak menelefon polis namun tanganku digenggam kuat oleh sesuatu.
"Ap--"
End of Flashback
"Ya Allah! Bangun lah wei!!!"
*Tok!*
*Tok!!*
*BANG!!!*
Mata gadis itu membulat apabila sedar bahawa dia sudah melupakan sahabatnya yang lama tunggu di luar biliknya, dengan sepantas kilat, dia berlari ke pintu kayu itu lalu membukanya untuk menenangkan Hanifah.
'Mahu roboh pintu teman ni wei... dah la takde duit nak repair natang ni!'
Terlihatlah seorang gadis bertudung merah sedang menghentakkan kakinya dengan wajah yang masam, matanya tajam memandang tepat ke arah Syafira yang secara fakta, lebih tinggi darinya itu.
"Asal lambat sangat kau bangun harini? Selalunya kalau aku ketuk je kau dah bangun dah... siap dah mandi sekali bagai lah" Syafira menggaru-garu belakang kepalanya walaupun tidak berasa gatal.
YOU ARE READING
Dream Vacation [OG]+SU
Horror"Mak aku kata, kalau mimpi terkejut tiga kali... maknanya mimpi tu betul" Ini merupakan kisah tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Syafira. Syafira tahu akan kewujudan makhluk lain di atas muka bumi ini seperti jin dan syaitan. Namun...