(A/N THANKS FOR READING THIS! But seriously guys... walaupun korang tak nak vote, at least masukkanlah citer author ni dalam list korang... jangan ah biar dalam library tu jer..😶)
[Dream Island (Part 1)]
.
.
.
"--ra!"
Aku memandang ke atas, seorang pak cik tua yang kelihatan seperti berumur 50 tahun sedang tersenyum manis sambil berdiri di sebelahku.
Namun senyumannya hilang tidak lama selepas itu, dia menunjuk ke arah badan yang keras terbaring di atas lantai yang baru sahaja aku periksa nadinya.
Mataku membulat apabila melihat badan itu bergetar, aku terus bangun dari sisinya dan mengambil langkah berundur ke belakang bersama-sama dengan pak cik itu tadi.
"--fira!"
Ia mulai meracau-racau, orang di sekeliling pun turut berundur satu persatu malah ada yang sudah beredar kerana lemah semangat.
Aku hanya memerhati badan itu tanpa berkata apa-apa. Getarannya semakin lama semakin pantas dan kuat, sehinggalah selepas beberapa minit,
ia berhenti...
Dan matanya terbuka luas.
Aku tersentak. Dengan wajah panik, aku memandang ke arah sahabat-sahabatku. Sempat aku mengumpul nafas, aku membuka mulutku lalu menjerit dengan sekuat hati,
"LARI!!!!"
"SYAFIRA!!!"
Badanku terus terangkat dari katil perseorangan milikku. Dengan nafas tercungap-cungap aku memandang sahabatku, Sofea.
"A-apa jadi?" Itulah soalan pertama yang keluar dari bibirku, Sofea mengeluh sebelum mengambil tempat di hujung katilku.
"Kau ngigau tadi, aku datang sebab aku terdengarlah. Kau okey tak ni?"
"Astaghfirullahalazim.." Lafazku sambil menyapu mukaku dengan tangan kanan. "Aku okey.." balasku kepadanya.
YOU ARE READING
Dream Vacation [OG]+SU
Horror"Mak aku kata, kalau mimpi terkejut tiga kali... maknanya mimpi tu betul" Ini merupakan kisah tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Syafira. Syafira tahu akan kewujudan makhluk lain di atas muka bumi ini seperti jin dan syaitan. Namun...