--Bab 3--

14 2 0
                                    

(A/N Hai awak semua, thanks for reading this. Walaupun author gembira korang kat sini, it does not mean that I'm not worried at all. Author nak warn korang lah yang author ni tulis cerita takde lesen, so in another word... cerita ni akan jadi BORING dan penulisannya terukssssemacam so whatever! ENJOY-- if you can...)

)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[Jemputan Dari Pulau Misteri]

.


.

.

"So, nak gi mana lepas ni?"

Syafira dan Qaisarah hanya mengangkat bahu mereka tanda tidak tahu. Mereka lima sahabat masih lagi sedang membeli belah di pasaraya yang berdekatan dengan sekolah mereka.

"Jom makan kepci nak? Aku lapar la~" Kata Sofea sambil membuat muka comel.

Qaisarah mengangguk tanda setuju, "Pastu jom kita balik dorm, dah empat jam kita kat sini" dengan itu, mereka terhenti di tengah-tengah pasaraya tersebut.

Mata keempat-empat sahabatnya itu membulat kerana terkejut. Mereka semua terdiam.

"Dah pukul berapa dah ni? Cik Timah tutup gate dorm perempuan pukul 6 petang dho" kata Syafira lalu meraba-raba pergelangan tangannya yang tiada apa-apa perhiasan, "Aku lupa pakai jam tadi.."

Qaisarah tersenyum bangga lalu terus menunjuk-nunjuk jam tangannya yang kemas terpakai, "Lek ah, aku pakai, sekarang baru pukul 2, lagipun masa cuti panjang kan gate tutup lambat sikit, pukul 8" balasnya, menenangkan hati mereka.

"Ala, kalau tutup pun pagar tu kita boleh je panjat kan?" Soal Zara dengan nada berguraunya.

"Haah la kan?" Setuju Sofea sambil tersenyum nakal, "Baru nampak cam budak jahat sikit~"

Hanifah menjeling main-main, "Eleh kau, homework Sejarah tak siap pun dah kelam kabut, lagikan nak panjat pagar sekolah" katanya lalu membuatkan yang lain ketawa.

"Eyy aku la dia ni, kau tahu kan cikgu Sejarah kita lagi seram dari pengetua?!" Hanifah membuat seperti endah tak endah dengan kata-kata sahabatnya itu lalu terus memulakan perjalanannya ke Food Court yang terletak di tingkat 2.

Qaisarah dan Zara pun mengekorinya dari belakang sambil berbual tentang topik seterusnya.

Sofea menangis dari dalam hatinya, 'Kenapalah aku je yang selalu kalah?'

Syafira hanya menepuk bahu sahabatnya itu lalu membisik, "Kalau nak menang dengan Hanifah, kau kena pandai. Kau lupa ke cikgu Sejarah korang tu makcik dia?" dengan itu, dia juga turut pergi meninggalkan Sofea di belakang.

Gadis berbaju ungu itu menampar dahinya, "Macam mana aku boleh lupa diaorang ada pertalian..." kata Sofea sendirian sebelum berjalan terus menaiki eskelator untuk ke tingkat 2.

Setelah satu jam, mereka pun pulang ke sekolah mereka dan kembali ke dorm perempuan yang terletak betul-betul di belakang bangunan sekolah mereka.

"Wei, Zara, aku nak pinjam basikal kau pukul 5 satgi" Kata Qaisarah lalu menerima sebuah anggukan dari sahabatnya itu.

Mereka memasuki pagar ke dorm perempuan. Seorang pengawal perempuan berumur 30 tahun ke atas menghampiri mereka dengan senyuman manis, "Haa, kamu semua ni pergi mana tadi? Lama betul keluar" tegurnya.

Qaisarah dengan senyuman besar berkata, "Hai Cik Timah! Kami pergi shopping tadi!" dengan nada ceria lalu mengangkat beberapa beg plastik yang banyak di dalam tangannya.

Pengawal perempuan itu menggeleng-gelengkan kepalanya, "Haih, bestnya jadi muda lagi.. hm dah lah, pergi masuk cepat. Tadi ada orang masuk hantar benda kat dorm 12" katanya membuatkan gadis-gadis itu keliru.

Tidak bertanya lebih, kelima-lima orang gadis berumur 16 tahun itu terus pergi ke dorm mereka.

Terlihatlah sebuah kotak kecil yang diletakkan di hadapan pintu Dorm 12. Hanifah sebagai wakil, terus mengangkat dan membuka kotak itu.

Di dalamnya merupakan sepucuk surat dan lima tiket misteri.

"Apa yang ada dalam tu Ifah?" Soal Qaisarah lalu menghampiri sahabatnya.

Hanifah hanya mengangkat bahunya, "Surat dengan tiket, jom masuk dulu lah, panas kat luar ni" cadangnya.

Dengan itu, mereka kini berkumpul di dalam ruang tamu Dorm 12.

Hanifah mengeluarkan surat itu terlebih dahulu, "Surat apa tu wei?" Soal Sofea dengan perasaan ingin tahu.

"Jap aku baca, dia kata... Tahniah, anda telah terpilih untuk ke Pulau Mimpi pada 27 November 20__."

Wajah Syafira terus memucat, 'Pulau? Tapi, dalam mimpi tu--' "Wow! Serius lah? Giler, tak sabarnya~♡" Kata Sofea dengan mata bersinar-sinar.



"Ada lima tiket dalam ni.."

"Cukup-cukup je, cantik ah!"

"Kena bayar ke?"

"Pulau ni kalau nak pergi tak payah bawak duit pun takpe kena bawak tiket dengan baju je!"

"Eh, mana kau tahu ni?"

"Ada tulis kat belakang tiket ni la..."

.

.

.


Mereka berempat yang kelihatan gembira dan teruja tidak perasan langsung akan ketidaksenangan sahabat mereka, Syafira yang risau tentang semua ini.

Mana taknya, jemputan dari Pulau 'Misteri' bukan senang untuk dapati oleh sesiapa.

Tambahan lagi apabila pulau yang tidak pernah dilihat tiba-tiba memasuki mimpinya lalu akan terbukti merupakan sebuah kenyataan.

... dan tidak semua kenyataan itu cantik.







[Dream Vacation]
--To be continued--

Dream Vacation [OG]+SUWhere stories live. Discover now