▪︎Introduction▪︎

2.9K 428 303
                                    

Pernah tak, kau sedang tidur dan tiba-tiba sahaja kau bermimpi yang kau sedang jatuh daripada bangunan?

Dan seluruh tubuh kau terasa bergerak sendiri seakan-akan kau sedang jatuh ke bawah.

Pernah bukan?

Kalau pernah, kau tahu tak sebab apa kau jatuh dari bangunan tu?

Sebenarnya, dalam mimpi tu, ada seorang pembunuh sedang mengejar kau di bahagian atap bangunan dan kau terpaksa terjun kebawah.

Apa yang terjadi, seorang gadis bermimpi dia jatuh dari bangunan dan beberapa faktor berlaku, si pembunuh itu dapat keluar daripada dunia mimpi dan dia mahu membunuh gadis itu di dunia nyata.

Hanya ada seorang hero, sudah tentu dia dari dunia mimpi juga. Hero itu keluar dari mimpi untuk selamatkan gadis itu daripada dibunuh.

Masalahnya, sekarang ni, si hero tu tak ada tempat tinggal, kerja, kad pengenalan dan macam-macam lagi. Bila sampai di dunia nyata ni, susah betul jadinya.

● ● ● ●

"Iya, saya faham yang awak kena cari pembunuh tu, tapi tak akanlah awak nak kena tinggal dekat rumah saya?"
-Yeon Chanmi-

"Mestilah, saya kena pastikan yang tuan puteri selamat"
-Park Jimin-

"Sejak bila saya jadi tuan puteri pula ni?"
-Yeon Chanmi-

"Awak tak tahu ke? awak tuan puteri hati saya"
-Park Jimin-

● ● ● ●

Bertambah lagi masalah bila si hero tu bermulut manis sehinggakan semua yang dengar boleh kena kencing manis.

Makin pening Chanmi nak menjaga si hero mimpi itu. Kadang-kadang innocent sampai tak boleh bawa bincang!

● ● ● ●

"Tadi saya nampak ada orang ambil gambar"
-Park Jimin-

"Lepastu?"
-Yeon Chanmi-

"Awak kata, kalau orang ambil gambar, kita kena senyum"
-Park Jimin-

"Ya, sudah tentu, kalau tak buruk nanti gambar tu"
-Yeon Chanmi-

"Sebab tulah, saya senyum luas-luas"
-Park Jimin-

"Jadi?"
-Yeon Chanmi-

"Tapi, orang tu bukan ambil gambar saya"
-Park Jimin-

● ● ● ●

"Bukan apa, sekarang ni, saya nak awak elakkan berada di tempat tinggi, nanti pembunuh tu datang bunuh awak, tak akanlah awak nak terjun bangunan macam selalu yang awak buat dalam mimpi tu?"
-Park Jimin-

"Tapi masalahnya saya kerja di tingkat bangunan yang tinggi"
-Yeon Chanmi-

"Jadi, biarkan saya berada disamping awak selalu"
-Park Jimin-

"Kekarutan apakah ini?!"
-Yeon Chanmi-

● ● ● ●

Teruskan bersembunyi supaya tidak di jumpai.

Jika ditemui, si hero akan datang menyelamat.

Itu pun, kalau sempat diselamatkan lah.

▪︎▪︎▪︎▪︎

Jadi, anda berminat untuk terus membaca?

ya atau tidak?

Macam biasa, tak ada sambutan, aku delete Huehuehue


Cover by yannvtae


Thank you yannvtae untuk cover yang gempaks niiii

Misi Terjun BangunanWhere stories live. Discover now