🌼
"Tolong, jangan tinggalkan saya. Sebab saya dah mula cinta kan awak, Halisya." Taehyung mengejar halisya sambil air matanya mengalir membasahi pipi.
Dia usap lembut tangan milik halisya. Matanya bertembung.
☆
"Harap je handsome, tapi. 'Gay'." Halisya mengutuk taehyung dengan senyap-senyap. Kawannya berada disebelahnya hanya menggelengkan kepala sahaja. Kenapa lah dia selalu kata yang taehyung tu 'gay'."Dia bukan gay lah isya." Ima, selaku kawan baiknya itu mempertahankan taehyung yang selalu dikatakan gay oleh halisya.
"Macam mana kau tahu dia bukan gay?" Halisya menyunding jari ke arah ima. Kawannya itu. Ima menolak jari halisya ke tepi dan menyilangkan tangannya di dada.
"Kau tu pula, macam mana kau tahu yang dia tu gay?" Soal ima lalu hanya mendiamkan diri. Dia tak mampu nak berkata apa dah. Jadi, baik diam.
"Aku tahu pun sebab satu sekolah nie tahu. Kau ima, baru lagi dekat sekolah nie tahu. Jadi, aku selaku budak sekolah dekat sini dah lama aku tahu lah. Dia tu 'gay." Halisya menerangkan perkara sebenar dekat kawan dia tu, Ima. Tapi mungkin dia tak percaya. Sebab dekat sekolah tu pun. Ada yang percaya ada yang tak! Jadi bukan salah dia pun.
"Dahlah. Malaslah cakap pasal dia tu." Ima menukar topik. Dia melangkah masuk ke dalam. Matanya tiba-tiba terhenti dekat satu geng yang sangat popular dekat sekolah tu. Dia mendepakan sebelah tangannya untuk menghentikan halisya.
"Kau apahal.!" Halisya tolak tangan Ima . Ima pusing menghadap badan halisya. Di pandang pelik olehnya. Kening halisya dijongketkan. Dia kepelikan. Ima memberi isyarat menggunakan anak matanya ke arah geng-geng tersebut.
"Kenapa dengan diaorang tu?" Ima mengeluh panjang. Dia berbisik dekat telinga halisya. Dengar sahaja terbeliak matanya. Dia pandang muka ima dengan riak wajah 'unbelievable.' Betul ke minah nie?
"Kau gila ke apa? Takde makna lah aku nak buat macam tu dekat dia. Eyy tak nak- taknak." Halisya dengan selamba menggelengkan kepalanya seraya tangannya digerakkan tanda menolak permintaan ima.
"Halaah. Bolehlah. Kau tanya jelah dekat dia. Kau tanya aku akan buat kerja assignment kau." Boleh lagi ima membodek halisya dengan benda tu. Tahu-tahu je yang halisya tak suka buat kerja lecture khwang tu.
Lecture khwang tu ada anak lelaki seorang. Handsome lah. Tapi lagi handsome Kim Taehyung. Nama anak dia Khwang huai yai. Ha diaorang nie ala-ala cina. Taktau lah sebab apa ynag tahu sebab mak dia orang sana.
"Yelah-yelah."
Halisya melangkah menuju ke arah taehyung. Dia berhenti di hadapan kawan-kawan taehyung yang ramai tu. Nafas di lepaskan sebelum memulakan percakapan.
"Taehyung sunbenim. Kau nie, gay ke?"
Support story nie. Tetiba idea timbul pula nak buat story pasal nie... Hahaha..!!
Vote me and comments 👍
YOU ARE READING
『 Gay ? : 태형 』
FanficTak, sekarang nie siapa goda siapa nie? Aku nak goda dia, aku pulak tergoda. "tugas kau. tolong ubah lelaki yang 'gay' tu." ___________ "Tolong , jangan goda aku."-K.TH _Sekian_ [15+] Status : on-going Story original by @aipplegray START : 5 July...