1: Late

399 40 1
                                    

N O T E

▶Genre: Fanfiction
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Sebarang unsur yang berbaur kebencian adalah dilarang.
Semua watak ialah idola K-Pop.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

"Jeonyeong, ada nampak Chaeyoung, tak?"tanya Nayeon.

"Tak. Aku langsung tak jumpa dia."jawab Jeonyeong.

Nayeon mengeluh. Sofa di ruang tamu dorm Twice terus diduduki Nayeon dengan kesal.

"Kenapa, Nayeon unnie?"tanya Dahyun yang baru keluar daripada biliknya lantas duduk di sebelah Nayeon.

"Aku pelik. Chaeyoung sepatutnya tidak lupa yang aku, dia, Mina dan Momo akan berlatih lagu Gashina untuk special stage di Chile nanti."kata Nayeon.

"Kau dah tanya Momo dan Mina pasal ni?"tanya Jeonyeong pula.

"Aku dah tanya. Mereka kata Chaeyoung akan datang nanti tapi disebabkan Chaeyoung dah setengah jam lambat, jadi mereka berlatih dulu."kata Nayeon sambil meraut rambutnya kebelakang.

"Hmm.... Chaeyoung tak mungkin ponteng latihan." keluh Nayeon.

"Aku tahu, Nayeon unnie. Dia sentiasa lewat ke latihan vokal dan tarian tapi tak mungkin sekali pun dia akan ponteng latihan."kata Dahyun.

"Maksud kau? Apa yang kau maksudkan Chaeyoung sentiasa lewat ke latihan?" tanya Nayeon kepada Dahyun, ingin tahu.

"Unnie tak perasan ke Strawberry Princess kita ni, asyik datang lewat bila ada latihan kebelakangan ni? Balik ke dorm pun asyik lewat tengah malam. Chaeyoung asyik menghilang. Dia tak pernah macam ni sebelum ni." Tzuyu yang baru turun daripada tangga menjampuk perbualan mereka selepas tak sengaja terdengar perbualan ahli Twice itu.

Dahyun diam mengangguk setuju.

"Dan, Nayeon unnie! Dia sekarang rahsiakan sesuatu dari kita. Dia rahsiakan sesuatu dari kita?! Kita semuakan kawan baik dia! Dia langsung tak bagitahu kemana dia pergi." Tzuyu berkata lagi.

Jeonyeong terus menepuk bahu Nayeon dengan rasa takut apabila melihat muka Nayeon yang mula menunjukkan riak marahnya.

"Kemana Chaeyoung pergi ni? Kalau dia tak datang latihan ni, aku akan pastikan dia berlatih sampai lewat malam."

Bang!! Pintu dorm Twice terbuka.

"Nayeon unnie! Mianhae! Aku ada hal tadi!"serbu Chaeyoung yang lelah.

Gadis itu laju berlari ke arah dimana Nayeon duduk. Nayeon diam. Nafasnya ditarik dalam.

"Kau dari mana?"tanya Nayeon kurang ceria.

"Mianhae... Aku... Aku ada hal?"kata Chaeyoung namun nadanya seakan bertanya atau lebih tepat tertanya kepada diri sendiri.

"Chaeyoung, kau tipu."kata Jeonyeong laju.

Chaeyoung mula kalut.

"Er....erm...er..."

"Chaeyoung-ah, kau tak boleh tipu kitorang. Kitorang kenal kau sejak pertandingan Sixteen sebelum debut lagi."kata Nayeon seakan terasa hati.

"Dan penipuan kau sangat teruk!"sokong Dahyun.

"Mianhae... Ya, aku lewat. Janganlah marah lagi..."pujuk Chaeyoung sambil tersenyum menunjukkan lesung pipitnya.

"Chaeyoung!"

"Ok, ok. Maaf sebab lewat untuk datang latihan. Jomlah berlatih."

"Son Chaeyoung!"

Chaeyoung diam apabila Nayeon memanggilnya dengan nama penuh.

"Chaeyoung-ah, kenapa kau boleh jadi macam ni? Sebelum ni, kau tak pernah datang lawat ke latihan. Kau pun balik lewat kebelakangan ni." Tzuyu berkata.

Chaeyoung terdiam lagi.

"Betul kata Tzuyu, Chaeyoung-ah. Kau ada rahsiakan sesuatu daripada kitorang ke?"tanya Jeonyeong.

Chaeyoung hanya diam.

"Chaeng-ah, kau pelik kebelakangan ni."kata Dahyun.

"Kenapa unnie kata macam tu?"tanya Chaeyoung kepada Dahyun.

"Kau... Kau..." Nayeon mengeluh.

"Kau macam lain."sambung Jeonyeong mewakili Nayeon yang tidak mampu meneruskan kata.

Chaeyoung terdiam.

Wajah semua yang ada di situ dipandang Chaeyoung.

Chaeyoung lantas berjalan ke arah sofa lalu melabuhkan punggung di sebelah Dahyun.

"Maaf, unnie. Aku betul-betul minta maaf."

Ahli Twice yang berada di ruang tetamu itu hanya diam.

Chaeyoung merenung ke dalam anak mata satu persatu ahli Twice.

"Apa yang kau rahsiakan, Chaeng?"tanya Jeonyeong lembut. Nada suaranya juga sudah berubah lembut.

Chaeyoung mengeluh seketika.

"Maaf, Nayeon unnie. Sekarang bukan masanya. Aku tak akan bagitahu rahsia aku kepada korang semua buat masa ni."

"Tapi, kenapa?"tanya Nayeon.

"Aku sudah tahu dan agak apa reaksi korang bila tahu apa yang aku rahsiakan."kata Chaeyoung.

Gadis itu bangun dan terus berlalu ke biliknya. Sejujurnya dia juga kesal.








Bersambung.....

 HER SECRET │ s.cy. x j.jk ✓Where stories live. Discover now