“Chaeyoung-ah kau lewat!”
Chaeyoung yang berlari ke arahnya dipandang.
“Sorry, love!”ucap Chaeyoung sambil tercungap-cungap bernafas.
Lelaki itu berubah muram.
“Aku tunggu kau hampir setengah dekat Han River ni!”kata lelaki itu seakan merajuk.
Chaeyoung ketawa kecil melihat lelaki itu. Sungguh comel. Chaeyoung kemudian menggeleng kepalanya. Tak, dia kacak!
Chaeyoung lantas memeluk lelaki itu dan kemudian laju mencium bibirnya.
Lelaki itu tanpa banyak dalih terus sahaja membalas ciuman Chaeyoung. Pelukan Chaeyoung dipinggangnya dibawa ke leher manakala dia pula yang memeluk pinggang Chaeyoung.
Perlahan-lahan mereka melepaskan ciuman mereka.
Lelaki itu tersenyum.
“Apologize accepted!”
Chaeyoung tersenyum ceria sambil menunjukkan lesung pipitnya.
“Kenapa kau lewat?”tanya lelaki itu sambil tak lepas memeluk pinggang Chaeyoung.
Chaeyoung menahan dada lelaki itu dengan tangannya supaya dia boleh melihat matanya.
“Maaf, aku ada latihan tadi. Music Bank di Chile dah tak lama jadi kitorang berlatih macam nak gila.”kata Chaeyoung. Betul, dia asyik menghilang dan pulang lewat namun dia tetap akan berlatih dengan keras malah, dia juga berlatih pada waktu awal pagi walaupun sendirian supaya kelewatannya selama ini tak akan menjejaskan latihan kumpulannya.
“Haih....sukarnya bila ada girlfriend yang daripada kumpulan idola Twice. Semua orang perlukan dia. Mereka tak sedar ke yang aku pun perlukan dia lebih daripada orang lain?”kata lelaki itu sambil mengguling matanya ke atas.
Chaeyoung mula ketawa apabila mendengar gurauan daripada lelaki itu.
Chaeyoung terus menolak bahu lelaki itu dengan lembut.
Lelaki itu kemudiannya tersenyum kecil.
“Bogoshipda...” Aku mahu jumpa kau. Ucap lelaki itu sambil mencebik bibir bawahnya.
Chaeyoung pula hanya ketawa.
“Saranghae...” ucap Chaeyoung sambil mencium pipi lelaki itu.
“Kau tersasar!”
“Tersasar?” Alis Chaeyoung terangkat sebelah.
“Patutnya di sini...”kata lelaki itu sambil menunjukkan bibirnya dengan jari telunjuk.
“Aku baru cium kau tadi!” rengek Chaeyoung dengan muka yang sudah merona merah.
Lelaki itu mencebik lagi. "Kau ingat cukup ke? Bibir mungil kau tu asyik memanggil bibir aku."
Chaeyoung merona merah lagi. Perlahan-lahan gadis itu membawa bibirnya bertemu dengan lelaki itu
Lelaki itu membalas semula ciuman Chaeyoung.
Chaeyoung sukakan rasa lelaki itu. Banana milk.
Mereka berada dalam keadaan begitu lebih lama dari tadi. Dan, mereka langsung tidak kisah. Kalau lagi lama, lagi bagus.
Setelah mereka tidak cukup nafas, mereka berdua terus melepaskan ciuman itu.
“Aku sentiasa sukakan rasa kau.”kata lelaki itu tiba-tiba.
Chaeyoung menjongketkan sebelah keningnya.
“Strawberry.”
“Semua orang suka strawberi.”kata Chaeyoung sambil tersenyum manis.
Lelaki itu hanya mencuit hidung Chaeyoung.
“Tapi, seriously... Banana milk? Bila nak membesar ni?”kata Chaeyoung bergurau.
“Banana milk sentiasa sedap untuk diminumlah.”
Chaeyoung tersenyum sinis.
Lelaki itu tanpa banyak bicara terus menyerang gadis itu. Lelaki itu menggeletek Chaeyoung.
Ketawa Chaeyoung pecah.
“Sudah! Hentikan!”rayu Chaeyoung sambil ketawa.
Lelaki itu masih lagi seronok menggeletek pinggang Chaeyoung,
“Jungkook! Hentikan!”jerit Chaeyoung dengan ketawa yang tidak lepas dari terus keluar daripada mulutnya.
“Kata keramat?”
“Er...banana milk is for rabbit Jungkook?”
“Chaeyoung!” Jungkook terus menggeletek lagi pinggang Chaeyoung.
“Ok, ok!”
Jungkook terus berhentikan kelakuannya. Menantikan kata-kata Chaeyoung.
“Please let me go, my dear prince charming...” Chaeyoung mengingat kembali kata keramat yang dimaksudkan oleh Jungkook. Kata keramat yang diajar olehnya waktu dahulu.
Jungkook tersenyum lebar.
“Good girl. Rap Monster tau yang ajar aku macam mana nak cakap Inggeris. Jadi, aku akan pastikan kau ulang perkataan yang aku ajar tu.”
Chaeyoung hanya tersengih ceria sambil memeluk leher Jungkook.
Bersambung....
![](https://img.wattpad.com/cover/208436738-288-k137488.jpg)
YOU ARE READING
HER SECRET │ s.cy. x j.jk ✓
FanficSon Chaeyoung telah berubah dan ahli Twice berasa curiga dengan perubahan si rapper Twice itu. Chaeyoung menyimpan satu rahsia. Dan dia tidak bagitahu langsung kepada ahli-ahli lain. Ahli Twice betul-betul berasa pelik dengan perubahan rakan mereka...