4: Secret

236 32 0
                                    

"Ji... Jihyo unnie..."

Chaeyoung begitu terkejut dengan sapaan Jihyo dari belakangnya.

"Rahsia kita dah terbongkar, Chaeyoung-ah."kata Jungkook dengan selamba lalu tersenyum menampakkan gigi arnabnya.

Jungkook memandang ahli-ahli Twice yang menghampiri Jihyo dan mereka berdua tetapi tidak langsung terkejut atau kisah dengan kehadiran mereka.

"Chaeyoung-ah, kenapa tak ceritakan kepada aku?"tanya Nayeon agak terasa hati.

Chaeyoung terus berjalan ke arah ahli Twice yang lain. Jungkook hanya mengikuti langkah teman wanitanya kerana tidak mahu melepaskan tangan mereka yang bertautan.

Chaeyoung mengeluh perlahan.

"Maaf, Jihyo unnie, Nayeon unnie, Jeonyeong unnie, Momo unnie, Sana unnie, Mina unnie, Dahyun unnie and Tzuyu-ie...."ucap Chaeyoung sambil memandang ahli-ahli kumpulannya itu.

"Kenapa kau boleh bersama dengan Jungkook sunbaenim? Tak takut ke apa yang akan berlaku kalau Army atau Once tahu pasal ni?" Jihyo selaku ketua memulakan bicaranya.

"Tak pun, Army atau Once akan terima kami seadanya kalau mereka tu betul-betul peminat setia. Jangan ingat kita ni idola, kita terpaksa korbankan perasaan diri sendiri."kata Jungkook agak marah.

"Jungkook, hentikannya..."arah Chaeyoung lembut sambil memeluk dada lelaki itu.

"Kenapa, Chaeng?! Dia salah seorang daripada boy group idol yang paling besar fandom! Kenapa kau nak bersama dengan dia juga? Dah tak ada orang lain ke?"marah Nayeon.

Chaeyoung hanya diam. Diam memandang wajah sebahagian ahli Twice yang sudah pun marah.

"Kenapa kau nak bersama dengan senior ni? Jungkook daripada BTS? Kenapa Jungkook, Chaeyoung-ah?! Terdesak sangat nak cari kekasih ke?!"

"Yah!"tengking Jungkook.

Ahli Twice terkejut dengan tengkingan daripada senior mereka.

"Korang tak sepatutnya menyerang Chaeyoung macam ni. Mana sokongan daripada korang bila Chaeyoung perlukannya?"marah Jungkook.

"Jungkook, tak mengapa."kata Chaeyoung sambil perlahan-lahan melepaskan diri daripada pelukan Jungkook.

Chaeyoung berjalan ke arah Nayeon.

"Nayeon unnie, ingat lagi tak apabila aku kata yang 'Aku sudah tahu dan agak apa reaksi korang bila tahu apa yang aku rahsiakan'?"tanya Chaeyoung lembut.

Ahli Twice hanya terdiam. Nayeon pula tahu. Dia masih ingat lagi.

"Dan sekarang, korang semua tengking aku dan berkata dan bertanya macam-macam dan marah serta tak boleh nak terima."

Nayeon hanya diam.

"Betul, aku asyik lewat datang latihan, tapi aku tak pernah abaikan latihan. Aku akan cari waktu lain untuk berlatih lebih keras supaya kelewatan aku selama ni tidak menjejaskan kumpulan Twice. Jadi,..." Chaeyoung berhenti seketika.

"Izinkan kitorang terus bersama." pinta Chaeyoung dengan perlahan.

Nayeon terus memeluk Chaeyoung. Dia berasa serba-salah sangat.

Chaeyoung perlahan-lahan membalas pelukan Nayeon. Ahli Twice lain juga turut memeluk Chaeyoung.

"Mianhae, Chaeng-ah. Betul kata kau. Kitorang jadi marah bila tahu hubungan korang."kata Nayeon.

Jihyo memandang Jungkook yang tersenyum manis ke arah Chaeyoung.

"Kau terlalu sukakan dia ke?"bisik Sana di telinga Chaeyoung

"Tak, aku terlalu cintakan dia."kata Chaeyoung juga berbisik di telinga Sana.

Mina yang terdengar bisikan Sana dan Chaeyoung mengangguk perlahan sebelum berjalan ke arah Jungkook. Yang lain melihat Mina.

Jungkook mengalihkan renungannya daripada Chaeyoung apabila melihat Mina menghampirinya,

"Jungkook sunbaenim, pastikan kau bahagiakan Chaeyoung aku dengan baik. Dia kesayangan aku tahu. Pernah dengar ship yang bernama Michaeng tak? Michaeng is real. Sekali kau sakitkan hati Chaeyoung, aku dah tak akan serahkan Chaeyoung lagi, faham?" kata Mina dengan nada ancaman sambil menjegil ke arah Jungkook.

Jungkook ketawa lucu.

"Kau tak perlu risau. Aku tetap akan bahagiakan dia walaupun kau tak suruh."kata Jungkook dengan sinis.

"Baguslah, kalau tidak, aku cincang badan kau sampai lumat dan bagi anjing aku makan."kata Tzuyu sambil ketawa ngeri.

"Baguslah kita semua dah berbaik!"teruja Momo sambil tersenyum ceria dan bertepuk tangan.

Chaeyoung pula sudah ketawa terbahak-bahak sambil lesung pipitnya tak lepas daripada mengambil tempat di pipinya.

Jungkook terus memeluk Chaeyoung daripada belakang. Menghidu sehabis mungkin bauan strawberi dari Chaeyoung.

"Saranghae, Chaeyoung-ah." Bisik Jungkook dengan seikhlas hati.

Chaeyoung sudah merona merah.

"Ew, kalau nak bercintan-cintun pun pergilah jauh-jauh." kata Dahyun sambil menghalau Chaeyoung dan Jungkook yang beromantis.

"Yah! Korang yang kacau kitorang berdating, koranglah yang patut pergi jauh-jauh."balas Jungkook sambil menarik Chaeyoung pergi dari situ.


Chaeyoung tersenyum sendirian. Rahsia dia dah terbongkar tapi, bukanlah teruk sangat. Selama mana pun seseorang itu berahsia, kelak akan terbongkar jua.

Bagitahulah kebenaran sebelum terlambat.




















T H E E N D

Thanks for the read. The story just for fun. I love making story.🌹

 HER SECRET │ s.cy. x j.jk ✓Where stories live. Discover now