Bab 1

10 0 0
                                    

Deiryza mengigit bibir memandang pintu bilik yang sudah tertutup rapat itu. Ingin rasanya dia nak terjun dari tingkat 3 villa ni. Ini sudah masuk seminggu dia menjadi doktor peribadi anak mak langnya sendiri merangkap bakal suami. Walaupun hakikatnya lelaki itu tidak tahu asal usulnya. Hanya Raja Nazril dan Raja Suzie sahaja tahu siapa dia.

Deiryza memandang dulang yang berada di tangannya. Semangkuk bubur ayam dan air suam. Takut-takut dia nak masuk. Memandangkan monster di dalam bilik tersebut masih belum bangun. Mana taknya nak mandi kena angkat. Hai dei sabar sajalah nasib baik dia itu tunang kau kalau tak memang jangan harap dia nak pegang-pegang monster itu.

Deiryza memulas tombol pintu tersebut. Terkekeh dia ketawa! Garang-garang dia kelemahannya ialah tak larat tutup pintu. Dengan kedua-dua kaki lelaki itu masih tak boleh bergerak mana larat nak tutup pintu.Sebab tu dia senang masuk memantau keadaan lelaki tersebut walaupun hakikatnya dia selalu kena baling bantal. Kena tengking. Kena marah. Huh sabar jelah !

"Berapa kali aku dah cakap masuk tu ketuklah pintu bangang! "tengking satu suara. Nyaris kepalanya terkena bantal peluk yang dibaling oleh monster yang sedang duduk di atas katil. Mujur dia sempat mengelak.

"Bengong!"meletus kata kasar dari bibir Deiryza. Namun masih didengari oleh lelaki itu.

"Eh bodoh kau sempat lagi nak mengata aku!"

"Saya nak bagi kamu makan. Tak payah nak jadi hulk sangat!Kau tu cacat tak payah nak berangan nak cekik aku"Deiryza mendengus kasar.Pintu bilik milik lelaki itu ditutupnya kasar dengan kaki kanan. Bam!!!!Hah rasakan aku pun boleh jadi hulk.. Bergegar tingkat tiga villa tersebut. Memandangkan villa tersebut sedikit kalis bunyi. Yakah?Yakinnya kamu!

"Letak kat situ aku boleh suap sendiri tangan aku belum kudung lagi bodoh!"ujar Raja Airil tanpa memandang Deiryza.

Bengang Deiryza dibuatnya. Lalau ikutkan hati panasnya dah lama dia basuh kepala berbalut lelaki itu dengan mangkuk bubur itu.

"Eh Airil kalau dah sakit buat cara sakit ni tak tiap hari terpekik terlolong tak sakit tekak kah.Tak tahu nak bersyukur ada orang jaga.Kalau aku tak ada dah lama kau terberak atas katil Tu. Kira beruntunglah aku nak jaga kau bongok"Deiryza menghempas dulang di atas meja sebelah katil lelaki itu. Mahu dan teringin dia nak pijak-pijak kaki lumpuh lelaki itu biar lumpuh berpuluh kali

Pandangan tajam Raja Airil dipandang dengan wajah selamba. Bukan dia tak tahu darjah celcius ke berapa Tengku Airil ketika ini sengaja dia nak menaikkan lagi suhu marah lelaki itu. Dia memandang Raja Airil yang sudah diam namun mata tajam lelaki itu lalat kalau lalu mata dia pun boleh mati. Terlalu tajam.

"Tak payah buat mata macam tu Airil. Bila-bila masa saya boleh cucuk gunting kat mata awak"Ujar Deiryza sambil tersengih. Sengaja dong! Mau liatin wajah marah Raja Airil! Deiryza meletakkan bantal dibelakang lelaki itu menolongnya untuk duduk. Walau hakikatnya lelaki itu tidak ingin ditolong namun tetap juga perlukan perkhidmatannya.

Deiryza duduk di hadapan Raja Airil. Ditiupnya bubur ayam panas tersebut lalu menyuakan ke arah mulut lelaki itu. Dilihatnya lelaki itu tidak buka mulut. Terjegil mata Deiryza.

"Bukalah mulut Airil oiii naik lenguh tangan aku ni tunggu awak buka mulut"

Lelaki itu merampas sudu darinya lalu menyuap bubur ayam tersebut. Tercengang Deiryza apabila lelaki itu menghabiskan semangkuk bubur ayam itu ke dalam mulut tak sampai 5 minit. Panas oii!Nak merajuk pun tak payahlah nak makan sampai macam tu sekali .Dia boleh ngap itu sekali.

"Dah habis puas hati?Lepas ni keluar aku tak nak tengok muka kau"

"kenapa tak makan dengan mangkuk sekali?"perli Deiryza.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 23, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

the amazing youWhere stories live. Discover now