6

1.3K 248 54
                                    

P.O.V shiape shiape

Seperti yang dijanjikan, Chae menunggu park jisung di depan pagar sekolah.

" haih, lama betullah anak park ni. " rungut Chae seorang diri.

Dia bercekak pinggang sambil tangannya mengipas ngipas dirinya yang panas kerana cahaya matahari yang panasnya seperti berada gurun!

Sedang dia sibuk membebel seorang diri, sepasang tangan menyentuh bahu kanan nya. Chae berdiri kaku bagaikan patung mannequin yang ada dirumahnya.

Nak cerita sikit pasal Chae ni, aku lupa nak cerita pasal Chae HAHAHHAA dah bab 6 dah pon. Aku nak cerita pasal ibu dia.

Ibunya bekerja sebagai fashion desinger dan memiliki sebuah boutique pakaian yang semakin hangat.

Tidak hairan sekiranya dia memakai baju yang tidak pernah dijual kerana pakaian itu ibunya sendiri rekakan. Ayahnya , Kim Min Seok memiliki 3 buah syarikat terkenal di seluruh dunia. 2 berada di US manakala satu lagi berada di Korea.

Doyoung , dia bekerja sebagai peguam cuma sekarang dia mengambil cuti kerana alasan penat bekerja. Hampeh. Disebabkan doyoung taknak jadi CEO dekat syarikat ayahnya , kakak Chae iaitu Kim Jungwoo mengambil alih syarikat ayahnya di Korea. Oleh itu , jungwoo jarang sekali berada di rumah.

Ok habis.

Dengan sepantas yang mungkin , Chae memegang tangan yang berada di bahunya lalu memusing tangan itu kebelakang.

" Ouch! Ark sakit! Yah , Chae! " suara itu merintih kesakitan minta dilepaskan.

" Ohh, jisung sunbae! Ah mian! " terus Chae lepaskan tangan itu lalu menunduk beberapa kali meminta maaf.

Jisung memegang pergelangan tangannya yang memerah dipulas Chae.

" Ahh , takpelah aku maafkan. Dah jom. " Jisung tepuk perlahan kepala Chae kemudian meletakkan lengannya atas bahu chae.

Pelajar yang masih baru hendak pulang , pelik melihat mereka. Iyalah, sebelum ni tak pernah nampak pun mereka berdua bercakap atau berjumpa bersama. Hari ni tetiba saja bersama. Mesra pula lagi tu.

" Err , kita nak pergi mana? " soal Chae. Hairan melihat Jisung bawa nya berjalan tetapi bukan jalan ke rumah nya.

" Kita date hari ni. " jawap Jisung selamba. Chae yang mendengar membulatkan matanya. Pipinya mula memerah lalu dia tertunduk malu.

" Hey , kau comel bila malu. " Jisung ketawa kecil lalu mencubit lembut pipi Chae.

" Eh , janganlah. " dia menepis perlahan tangan Jisung dari berada di pipinya. Terus dia tutup mukanya bila dia terasa mukanya semakin panas.

Sedar tak sedar , mereka berdua berada di depan kedai ais krim. Chae memandang Jisung yang lebih tinggi daripadanya dengan pandangan hairan. Jisung mengangkat kening bila sedar Chae memandang nya.

" Kenapa bawa sini?" soal Chae.

" Bawa kau makan ais krim lah. Kau kan suka ais krim. Jom masuk , panas ni. " lalu Jisung menyambar tangan Chae dan masuk ke dalam kedai itu.

Mereka pergi ke kaunter untuk membuat pesanan .

" Bagikan 2 ais krim vanilla. Dan air jus tembikai dan air jus lemon. " pekerja yang bernama ong seongwoo itu mengangguk.

" semuanya 15000 won. " lalu Jisung dan Chae serentak berikan duit kepada seongwoo.

" Aku bayarkan . " kata Jisung kepada Chae.

" Takpe, saya bayarkan. " balas Chae pula.

Seongwoo mula berasa janggal lalu mengambil duit daripada Jisung. Jisung menjelir lidah melihat Chae. Chae dengan muka tak puas hati menyimpan balik duit itu dalam dompet nya.

" Sila duduk sementara menunggu pesanan sampai. Terima kasih. " ucap seongwoo.

Lalu mereka berdua mencari tempat duduk kosong di sebelah cermin besar. Mereka berdua berborak kosong sementara menanti pesanan sampai.

Setelah beberapa minit , pesanan mereka sampai lalu mereka berdua makan.

Habis saja mereka berdua keluar dari kedai itu lalu meneruskan date mereka berdua. Jam menunjukkan pukul 4 petang dan Jisung menghantar Chae pulang.

ㅡㅡㅡㅡㅡ
tbc

Lama aku perah idea dan ini hasilnya! Jangan lupa vote wahai cherry cherry ku sekalian! ❤

「C」Minah Hanat  | Jisung NCT ✔Where stories live. Discover now