💧

29 1 0
                                    

Aku merupakan seorang yang sukar untuk menangis.

Jarang sekali untuk melihat aku mengalirkan air mata.

Setiap kali konsert kami berakhir,

Aku akan memujuk rakan-rakanku sambil tersenyum.

Tetapi,

Sekali ia mengalir keluar dari mataku ini,

Ketahuilah bahawa aku amat bersyukur akan semua yang terjadi kepada aku dan rakan-rakanku.

Semua yang aku punyai sehingga hari ini,

Bagaikan suatu mimpi yang indah.

Seakan-akan mimpi ini bakal hilang dan dilupai begitu sahaja.

Aku tidak mahu ia berterusan,

Tetapi aku juga tidak mahu ia pergi.

Aku,

Ketua kepada kumpulan yang bernama BTS ini,

Hanya mampu berharap akan semua ini kekal.

Walaupun ia takkan berlaku,

Biarlah ia kekal untuk 10 tahun yang akan datang.

Kerana aku tahu,

Saat aku berpisah daripada semua ini,

Kesedihan akan melanda diriku.

Apabila teringat akan segala memori manis yang dilalui bersama ini.

SEBAGAI SEORANG KETUA [Kim Namjoon🌿] Where stories live. Discover now