Setiap kesedihan yang aku pernah lalui,
Digantikan dengan senyuman yang begitu manis sekali.
Aku bangga akan kumpulan aku.
Aku bangga kerana kerjasama dan kepercayaan kami kepada diri sendiri amat kuat sekali.
Aku bangga dengan peminat-peminat kami yang sangat memahami.
Ya,
Setiap orang pasti ada dugaannya tersendiri.
Tetapi,
Aku tidak lagi takut untuk menempuhinya.
Aku tahu,
Aku bukan keseorangan.
Lebih ramai orang yang sayangkan aku,
Lebih ramai yang sanggup membantu aku,
Lebih ramai yang mahu tengok kami semua berjaya.
Aku juga,
Berharap agar kau juga mampu mencapai kejayaan.
Percaya kepada diri sendiri,
Selalu berfikiran positif,
Elakkan segala perkara yang negatif,
Kerana suatu hari nanti kau juga mampu merasai kebahagiaan yang kau mahukan.
Ikhlas dari aku,
Ketua.
YOU ARE READING
SEBAGAI SEORANG KETUA [Kim Namjoon🌿]
Poesiasegala kepayahan bertukar kepada kesenangan dan kebahagiaan. !! dilarang membaca sama sekali jika tidak mampu menanggung perasaan !! -update:sekali sekala-