Chapter 7 : i am such a whore for Austin John Flynn
Bunyi hon di luar rumah menyentak Kelsey yang sedang mentatal skrin telefonnya. Dia menyelak langsir tingkap di belakang sofa. Sebuah van hitam terparkir betul-betul di hadapan rumahnya.
"Mama!" Jerit Kelsey. "Van dah sampai!"
Mrs Godfrey laju menuruni anak tangga satu persatu hingga ke ruang tamu. Kelsey membuka pintu utama sambil menarik bagasi rodanya keluar daripada rumah. Seorang lelaki bersweater hitam menuju ke arah Kelsey untuk mengambil bagasinya. Kelsey menoleh ke belakang dan memandang Mrs Godfrey dengan senyuman.
"Dah sampai sana nanti, jangan lupa call mama ya sayang?" Mrs Godfrey menekup wajah Kelsey.
"Yeah, Kelsey tahu."
"Ingat, jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa masalah, bagitahu mama atau Encik Ben. Mama dah pesan kat dia."
"Alright, ma."
"Kalau the boys tak layan Kelsey dengan ba-"
"Mama, janganlah risau sangat. Kelsey tahu jaga diri." Kelsey menurunkan kedua-dua tangan yang menekup wajahnya itu.
"Kelsey akan rindukan mama." Gadis itu terus memeluk ibunya. Matanya sedikit berkaca.
"Mama pun..."
Lama Kelsey mendakap erat mamanya sehinggalah van itu membunyikan hon lagi sekali. Tak reti sabar ke pemandu ni?
"Sayang anak mama ni!" Mrs Godfrey mengucup dahi anaknya buat kali terakhir sebelum Kelsey menuju ke arah van hitam tersebut. Mereka melambai selamat tinggal sehinggalah van hitam itu hilang dari pandangan Mrs Godfrey.
☆☆☆
"Kelsey, ambillah ni." Encik Ben menghulurkan secawan kopi kepada Kelsey. Jarang Kelsey ingin meminum kopi. Dia tidak menggemarinya tetapi disebabkan Encik Ben mempelawanya, dia terpaksa menerimanya.
YOU ARE READING
Projek Fangirl ✔ [ E-BOOK ]
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] ☆ Silver Award Best Teen Fiction "Semua ni mengarut! Kau sambung college lagi baik!" Projek Kelsey selepas tamat sekolah adalah pergi melancong dan berjumpa dengan selebriti yang dia telah minati selama bertahun-tahun. Demi ing...