9 | tak baca kontrak

180 29 7
                                    

Chapter 9 : tak baca kontrak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter 9 : tak baca kontrak

Tengah hari itu, kelima-lima manusia di dalam rumah itu berada di kolam di kawasan belakang rumah. Mereka sibuk menghiasi pelbagai dekorasi untuk pool party malam nanti.

"Pool party ni untuk apa sebenarnya?" Soal Kelsey yang sedang menghulurkan belon yang telah diisi dengan gas helium kepada Austin.

"Celebrating kitorang punya world tour." Kelsey mengangguk-angguk mendengar jawapan Greyson. Kelsey tahu yang setiap kali sebelum Wanderlust menjalankan konsert, pasti mereka akan mengadakan parti. Kelsey terpaksa pura-pura tidak tahu supaya ahli Wanderlust tidak mengesyaki apa-apa dengannya.

Bunyi loceng kedengaran. Daniel yang sedang menggantung fairy lights segera turun daripada tangga.

"Tu dia! Awek jejaka idaman Malaya dah sampai!" usik Greyson. Daniel mengangkat kedua-dua jari tengahnnya kepada Greyson sebelum berlari masuk ke dalam rumah.

"Eh, korang dahaga tak?" tanya Greyson. "Aku nak pergi ambil air jap."

"Boleh juga. Kau ambilkan guava untuk aku," pesan Austin.

"Kelsey?" Greyson mengangkat kening.

"Apa-apa pun tak apa," balas Kelsey. Greyson mengangguk dan berlari masuk ke ruang dapur. Edwin yang sedang membaca majalah di atas kerusi panjang pun turut masuk ke dalam rumah tanpa sebarang kata-kata. Dia masih tidak berkomunikasi dengan Kelsey sehingga ke hari ini. Kelsey masih terkesan dengan kata-kata Edwin tetapi dia cuba untuk tidak menyimpan rasa marahnya.

Austin berundur beberapa tapak ke belakang dan menatap hasil kerjanya. Tema bagi pool party Wanderlust pada tahun ini adalah Black and Gold. Jadi, mereka pun telah menghiasi rumah dengan belon berwarna hitam dan emas di penjuru bumbung. Meja booth makanan dan minuman juga telah dilapik dengan kain hitam. Banner yang tergantung tertulis "Wanderlust's Hopeless Romantic Worldwide Tour 2020" dalam tulisan berwarna putih.

"Cantiklah!" sorak Kelsey keriangan. Dia berdiri di sebelah Austin dan turut melihat hiasan yang telah mereka lakukan sejak dua jam yang lalu.

"Yeah, good team work, Kels!" Austin mengeluarkan sebelah penumbuknya. Kelsey terkaku buat seketika sebelum melagakan penumbuknya dengan Austin.

"Ambilkan kamera kat situ jap," arah Austin sambil telunjuknya dihalakan ke arah sebuah meja berpayung putih. Kelsey berlari anak untuk mengambil kamera vlog itu dan kembali ke arah Austin.

Austin menekan record pada kamera dan menghalakan lensa kamera pada wajahnya. "Guys, we were just finished decorating for the pool party. Look at that masterpiece!"

Kelsey yang mendengar Austin sudah merakam video segera melarikan diri menjauhi kamera. Dia mengutip sampah sarap yang terbiar di sekeliling kolam.

Projek Fangirl ✔ [ E-BOOK ]Where stories live. Discover now