🖤10🖤

475 51 1
                                    

"Tuan Taehyung nak bawa mereka pergi mana?" Tanya Ji hyo yang berada di tempat sebelah pemandu

Taehyung memandang sekilas kearah Jihyo kerana dia masih dalam pemanduan takkan nak pandang lama-lama takut terjadi apa-apa karang macam mana

"Bawa je mana-mana"Ringkas sahaja jawapan Taehyung

Sampai sahaja destinasi yang dituju oleh Taehyung iaitu Taman hiburan untuk kanak-kanak

Minji sudah berasa kegembiraan apabila Taehyung membawanya kesitu

Song Ji Hyo berjalan sambil menolak baby stroller lalu dia memerhati sekeliling taman hiburan tersebut

Minji amat gembira kerana Ji hyo dapat mengikutinya sekali dan dia menganggap yang dia mempunyai keluarga yang bahagia tetapi dia tidak tahu kenyataan yang sebenar

Hyora yang berasa gembira ingin keluar dari baby stroller tersebut tanpa membuang masa Ji hyo mendukungnya keluar dari situ dan Hyora pun geligat di dalam dukungan tersebut

"Hyora gembira ye lihat taman ni?" Soal Ji hyo walaupun Hyora masih kecil dia faham apa yang dikatakan oleh Ji hyo

Hyora asyik melompat-lompat kegembiraan

Taehyung yang melihat aksi Jihyo tersenyum sedikit

Dia berasa yang dia sudah jumpa yang terbaik untuk menjaga anak buahnya

Tanpa mereka sedar ada seseorang sedang memerhati moment terindah mereka

"Aku tak sangka kenapa Taehyung nak sangat yeoja tu,aku yang lagi cantik dari dia tak pernah nak pandang but why?" Seorang itu geram melihat kemesraan mereka

"Yein kamu buat apa disemak tu?"

Terkejut Yein apabila ada seseorang menegurnya

"Ehh!?Auntie Kim dah beli ke barang yang Auntie nak?" Lemah lembut sahaja percakapan Yein walaupun Puan Kim tidak sedar yang Yein pernah memarahi cucu tersayang nya

"Auntie dah beli dah,jom lah kita balik" Kata Puan Kim dan tiba-tiba sahaja dia berhenti terus berjalan lalu dia dapat melihat anaknya bermesra dengan seorang yeoja bersama dengan cucunya

Dia mula rasa geram melihat kemesraan mereka, Puan Kim tidak suka dengan yeoja tersebut

Lalu dia meneruskan perjalanan tersebut

Yein yang melihat Puan Kim geram lalu dia tersenyum kemenangan apabila Puan Kim marah terhadap yeoja itu

Disituasi lain

"Lepas ni nak pergi mana?" Kata Taehyung mahu kepastian dari mereka

"Kita pergi makan" Jawab Minji riang

Semasa mereka menuju kekedai makan tiba-tiba satu notifikasi berbunyi didalam telefon Taehyung lalu Taehyung melihat terdapat mesej dari eomma nya

"Kita tak jadi makan di kedai" Kata Taehyung pada mereka

"Lepastu kita nak makan mana?" Minji memuncungkan mulutnya

Taehyung menundukkan badannya menyamai Minji

"Kita makan dekat rumah halmeoni jelah" Kata Taehyung

"Hmm.....Okey" Kata Minji gembira

"Kalau macam tu Tuan hantar saya dekat rumah jelah" Kata Jihyo,dia tidak mahu kacau keluarga mereka jadi dia memutuskan untuk pulang

Tapi lain yang dia dapat

"Kalau macam tu baiklah" Kata Taehyung sambil memegang tangan Minji

Kim Taehyung memandu kereta ke destinasi berikut tetapi yang Jihyo hairan kenapa Taehyung menghantar laluan yang berbeza lalu dia berkata

"Tuan nak pergi mana,bukankah sepatutnya laluan saya belah sana?" Kata Ji hyo agak keliru dengan Taehyung

"Kau ikut je sekali" Kata Taehyung ringkas

"Tapi Tuan saya taknak ganggu keluarga Tuan" Kata Ji hyo

"Shh....Kau diam je dan dengar cakap aku" Taehyung mengeluh halus dia sebenarnya ingin bawa Ji hyo sekali makan bersama dengan eomma nya

Song Ji hyo mengalah dengan mudah biarlah dia dengar cakap majikannya sekali kalau majikannya mengamuk nanti bukan mengamuk tetapi merajuk

Sepanjang perjalanan mereka hanya senyap sahaja kalau diikutkan Hyora dan Minji tertidur sepanjang perjalanan tersebut

Kim Taehyung menekan butang loceng rumah walaupun itu rumah dia tapi dia tetap sopan

Buka sahaja pintu tersebut terpampang seorang yeoja dengan pakaian tak cukup kain

"Asal kau ada dekat sini?" Ternaik kening sebelah Taehyung

Dia juga hairan kenapa yeoja dihadapannya berada di rumah orang tuanya

"Eomma yang ajak dia sekali" Sampuk Puan Kim

"Eomma,Tae tak suka dia" Kata Taehyung geram

"Halmeo....ni?"Minji yang ingin memeluk Puan Kim tergendala apabila dia ternampak Yein berada disebelah Puan Kim

Lalu Minji dengan lantas memeluk kaki Taehyung

"Kenapa ahjjummah garang ni ada dekat rumah halmeoni?" Kata Minji yang tidak suka kehadiran Yein

Yein hanya menahan kesabaran sahaja apabila Minji berkata begitu padanya

"Auntie ni bakal eomma kamu Minji" Puan Kim tersenyum manis kearah Minji sambil mengusap kepala Minji

"Minji tak suka ahjjummah ni" Jawab Minji tak suka

"Selamat petang Puan Kim" Sapa Ji hyo mesra

"Kenapa yeoja ni buat dekat sini,Tae?" Soal Puan Kim tidak suka dengan kehadiran Song ji hyo

Song Ji hyo tidak mahu menatap mata dengan Puan Kim baginya Puan Kim agak garang sebab itu Ji hyo tidak mahu makan bersama tapi kalau dia menolak karang duit gajinya akan berkurangan

To Be Continue.....

©I'm Falling Love With Babysitter✔Where stories live. Discover now