"Bukan senang nak jumpa gadis yang aku jumpa haritu, bahkan nak tahu nama dia pun aku tak sempat" guman Raykarl sambil membelek kertas kerjanya. Tangan lincah menulis sedangkan fikiran dan hatinya kelaut. Mana taknya hoodie kesayangan dia kena rembat kot.
Bum!
Sah, manusia itu datang lagi tanpa izinnya.
"Hello bro... "
"Waalaikumussalam, hah ada apa nak jumpa aku? Kalau bab nak tackle awek aku taknak masuk campur" luah Raykarl dengan perasaan kesal sambil memandang pintu officenya. "Ni kalau budak jahanam ni buat lagi, memang aku hentak dia dengan besi yang ada kat rumah aku. "
"Auch, teganya hatimu memberi ayat sentap begitu bro. " bilang Azim sambil memegang dadanya seolah terkena serangan jantung akibat ayat Raykarl. "Alah, bertenang bro aku datang nak tanya khabar. Kau tak rindu ke sepupu kau yang handsome lagi mengoda ni" ujar Azim sambil mengigit bibirnya manakala Raykarl mempaparkan muka jijik kepada Azim.
"Apa hal kau datang sini Azim? Selalunya kau lepak dengan Ishar dengan Iz kan? " ujar Raykarl sambil matanya kembali menulis.
"Alah saja je, aku rindu nak lepak dengan kau. Tu aku terus serang office kau. " kata Azim sambil meliarkan matanya sekeliling bilik pejabat Raykarl.
"Azim, dah jom ah lepak, kerja aku dah siap dah. "
Selepas menyusun file kerjanya, Raykarl terus menyambar hoodienya berwarna hitam lalu menyarungkan ketubuhnya. Manakala Azim terpana seketika.
"Selalunya mamat ni hanya pakai hoodie kesayangan dia. Mana pula hoodie tu? " monolog Azim sambil memandang Raykarl yang sudah siap sedia dengan kunci kereta.
"Asal kau pandang aku macam nak makan bro? " Pelik pula laki ni pandang aku. Macam nak goda aku je.
"Takdelah bro, selalunya kau pakai hoodie kesayangan kau, mana pula benda alah tu?" Tanpa segan silu Azim mengutuk hoodie kesayangan Raykarl.
"Hoodie yang tu, aku kasi pinjam kat sorang perempuan. Masa tu dia dalam bahaya dan hampir kena rogol so aku bagi dia pinjam sebab baju dia terkoyak. Dahlah jom keluar, aku dah lapar ni." ujar Raykarl sambil berlalu pergi diikuti oleh Azim.
"Bukan senang mamat ni bagi hoodie itu sesuka hati. I smell something fishy right know... "
Ellina termenung sambil melihat hoodie kepunyaan lelaki tersebut dan mengeluh.
"Macam mana nak cari dia ni, ingat KL ni luas ke? " dengus Ellina dan kemudian dia terus tersenyum. Haih dah gila aku ni.
"Hah! Kantoi tersenyum. Asal kau tersenyum ni, macam kambing do" ujar Rizal sambil melihat kawanya. Boyah! Jarang mek ni senyum nampak gigi ni.
"Aku teringatkan seseorang ni wey, rindu pula nak jumpa..."
Sambil itu dia merenung kembali mengingati kejadian lalu.
"Aku nak jumpa kau..." Seterusnya dia tersedar dan menampar pipinya. "Allah, apa aku merapu ni... Dosa Elli. Dosa..."
"Kau dah kenapa Elli, cam beruk je kau ni. Aish gila bayang ni sebab mamat tu." ujar Rizal sambil mengelengkan kepalanya. Member angau cinta katakan.
"Arghh, aku nak balik rumah. Makin lama aku duduk sini makin aku teringat kat dia." Terus Ellina bangun meninggalkan kawannya.
"Haih... Budak ni kan... "
"Kenapa asyik teringat kat dia, dia bukan sesiapa pun untuk aku. Dia just tolong aku je, bukan nak kahwin dengan aku. " Geleng Ellina sambil bercakap sendirian. Dan tidak sengaja Ellina menlanggar seseorang dan terus dia terjatuh.
"Mata tu lain kali pandang depan, bukan pandang bawah. Kau ingat lantai tu cantik sangat ke sampai tenung dan cakap serupa orang gila. " Maki lelaki tersebut kat Ellina.
"Wah ni dah lebih." Terus Ellina bangun menepuk belakangnya. Dan terus menghadap lelaki tersebut. Seketika matanya terbeliak sambil dan seterusnya dia menundukkan kepalanya.
"Ohw, kau rupanya... Sorry sebab termaki kau budak. Aku nak minta hoodie aku balik, aku tau kau ada bawa. " terus Raykarl berkata selepas melihat Ellina menunduk. Manakala Ellina menghulurkan hoodie kepunyaan Raykarl.
Selepas menyambut huluran Ellina, Raykarl dan Azim meninggalkan Ellina.
"Why Elli! Why! Kenapa kau pandang dia tak bersuara. Aish, kesian kepada diriku. Tak sempat cakap pape terus blah, seriously tak gentle giler mamat harimau ni." Bebel Elli sambil berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut.
Gentle aku cakap, citer dia supo gano doh...
YOU ARE READING
Mr.Harimau
RomanceNik Raykarl? Nama sedap disebut tapi sayang dingin, beku dan semua dia tergolong. Tapi sebab itulah aku suka dia. Mr. Crushlah katakan. "Tak boleh ke bagi aku ikut kau balik, aku takut dengan mereka yang berupa jahat ni. " ujar Elina Krisya sambi...