3

30 0 0
                                    

Lepas habis je waktu Amali Solat, kitorang masing-masing berangkat pulang.

Dari surau sekolah ke pagar sekolah, kitorang perlu lalu dua tangga. Tangga pertama ialah tangga hujung blok B dan C. Tangga tu pulak memang kedudukannya sebelah je dengan surau.

Ceritanya masa nak turun tu, ada perasaan (atau rasa) yang pelik dekat bahagian yang dilutut tu. Nak kata sakit tu tak tapi lebih kepada... panas. Entah, sebab insiden ni dah lama sangat. Cuma yang pastinya memang rasa lain macam.

Bila dah turun tangga tu, alhamdulillah rasa tu dah hilang. Tapi lain pulak jadi masa nak naik tangga kedua. Tangga ni agak jauh dari tangga pertama sebab tangga ni tak menghubungkan mana-mana blok pun. Dia wujud pun sebab mungkin orang yang bina sekolah ni dulu malas nak tarah bukit kecik kat sebelah makmal ICT tu.

Tangga ni pulak bukan tinggi atau curam pun, boleh kata dalam 10 atau lebih anak tangga je. Tapi masa aku nak naik tu...

'Ahhhh!'

Tapi dalam hati jelah, gila apa nak moan depan orang ramai. Sakitnya tu, rasa macam ada peniti tudung 2 inci dalam bontot. Bukan kat dalam lubang, bukan jugak kat 'buns'. Tapi atas lurah, atas ya bukan tengah-tengah. Senang kata atas punggung, bawah pinggang. Kiranya kalau aku disuruh selak baju tunjuk takdelah nampak lurah tu.

Deria ketujuh aku mengakatan Zaki ada kaitan. Tapi aku persetankan aje perasaan tu. Tapi sakit dia tu, perit dan berlarutan. Sampai-sampai je kat bus stop depan sekolah, takde rasa sikit pun nak duduk.

So 15 minit aku hanya berdiri kat tiang macam patung berhala. Lepas tu mak aku pun sampai dengan Avanza beliau. Tapi yelahkan, mana boleh berdiri dalam kereta. Except kereta tu ada benda alah yang boleh buka kat bumbung tu.

Bagi mengelakkan syak wasangka, aku masuk dan budak dek je. Like nothing happen. Tapi seat tu aku adjust sikitlah nak bagi bahagian belakang tu selesa.

Dan pastu 30 minit pulak dari sekolah ke rumah. Rumah aku jauh dari sekolah. Dalam berbelas kilometer jugaklah. Sekolah aku kat Raub. Rumah aku pulak (sebelum pindah) dekat Sg. Ruan.

Kenapa aku tak masuk asrama? Aku masuklah tapi betul-betul penghujung Form 5 sebab nak SPM, kan? Tapi yang tu kita bahas dalam bahagian yang akan menyusul kemudian.

Maka ceritanya memang aku buat muka kelat je dalam kereta masa tu. Sakit-sakit mana ada orang buat muka happy. Mak aku yang perasan pun tanyalah.

"Awat (kami orang Kedah) senyap ja Long?"

"Tak dak apa. Saja fikiaq masa depan," Tak munasabah tapi cukup untuk mak aku diam.

Sakitnya tak berakhir di situ ye guys. Rumah aku ketika itu adalah rumah 2 tingkat. Bilik bawah digunakan sebagai stor dan semua bilik tidur ada di atas. Termasuk bilik aku. Tapi aku gagahkan juga diri untuk naik sebab ingat lepas baring-baring boleh hilang.

3 jam aku tidur meniarap (takleh baring, nanti sakit), tapi sakit tu still ada. Justeru, aku teruskan juga pegang watak aku sebagai anak-anak yang sihat dan ceria.

Pernah dengar lagu Mother Know Best dalam cerita Rapunzel? Mak-mak ni kalau kita cuba sembunyikan sesuatu dari dia, at the end dia akan tahu juga. Jadi selepas dia tahu keadaan aku yang sebenar, hujung minggu tu dia bawak aku pergi hospital.

Niatnya datang sekali tu cuma nak cek je. Last-last kena pergi KL untuk X-Ray. Hasilnya dapatlah tahu ada bahagian tulang aku yang teralih dari kedudukan asal.

Tulang tu namanya sakrum dan berada di atas bahagian koksiks (aku student Bio). Mulanya aku tak paham, lepas tunjuk gambar X-Ray, aku nampak betullah tempat aku rasa haritu. Atas punggung bawah pinggang.

Aku ingat semua dah okey dah lepas tu.

"Macam mana boleh kena ni?" Tanya doktor tu (tak ingat nama), tiba-tiba.

"Oh, terjatuh tangga kat sekolah," Aku jawab dengan yakin dan tenang.

"Eh. Mak kamu kata jatuh kerusi,"

Alamak... factual error pulak. Aku ingat mak aku tak cerita apa-apa kat doktor tu. Sebab tulah aku tibai je cerita alasan lain dah alang-alang mak aku sembang dengan Pak Su kat luar.

"Kamu kena buli ngan sape-sape ke kat sekolah?" Correct. And f*ck! She read my mind!

"Kalau betul, kena buat report polislah kalau dah sampai kes kena kat tulang ni,"

POLIS?!? Pada mulanya aku sangka tu cuma gurauan like masa kau kecik pastu tangan terluka dan ayah kau cakap 'Teruk ni! Nak kena potong tangan ni' but doktor ni macam tak main-main je.

Aku terkelu kejap dan mintak kat dia nak ke tandas. Masa keluar pejabat dia takde pulak mak aku atau Pak Su kat mana. So aku ambik phone aku dan bukak WhatsApp.

"Firdaus. Aku kat spital ni. Doktor tu kata kalau orang yang buat, dia buat report. Cam mana ni? Patut bagitau ke?" not exactly what she and I said but lebih kuranglah.

By the way at that time aku tak tau kenapa aku mintak pendapat dia dan bukan Zaki. Maybe sebab dia lebih mengerti insiden yang aku ceritakan. Zaki pun tahu tapi sah-sah dia suruh jangan cite benda betul.

"Tengoklah. Kalau dia macam lembut ke tipu jelah. Tapi kalau garang bagitau je," sound logic to me. Aku pun pandang balik pintu pejabat doktor tu. She seem nice but serious, tapi taklah garang. Aku pun cubalah nasib kalau dia percaya.

"Cam mana? Nak cerita tak apa yang jadi?" soal doktor tu lepas aku duduk.

"Emmm. Masa tu ada waktu Amali Solat. Tengah berdiri waktu tu pastu ada orang lutut dari belakang," jawabku dengan tulus ikhlas.

Well, sampai bila aku nak biarkan dia kacau hidup aku, kan?

"Tapi tak payahlah bagitau mak ke polis ke. Nanti susah je nak belajar nanti," pujukku.

"Okey," balasnya ringkas.

Tapi dia mungkir. Mak aku dapat tahu sebab doktor tu rupanya kawan sekolah dia dulu. Patutlah beria suruh gi KL. Aku pun hairan sebab Hospital Lipis kan ada.

**********

"Kamarul mana?!" Tanya Cikgu Azlan, guru disiplin sekolah aku depan semua batch Form 3. Waktu ni kami semua berkumpul dekat tapak perhimpunan.

'What the hell?! Did I do something wrong?!

Dengan gementarnya aku angkat tangan. Dia suruh aku bangun dan naik ke pentas dan berdiri sebelah dia (yang sedang duduk atas kerusi besi).

'Apakah ini? Adakah aku akan dirotan (aku tak nampak dia bawak rotan keramat dia tapi manalah tahu kan?)' Semua orang pulak perhati je. Malulah kita awak sume pandang kita macam tew.

"Saya tanya baik-baik ni, baik awak mengaku. Siapa yang dah buat Kamarul ni, sampai dia sakit?"

Sh*t! Cam mana dia tahu. Aku dah cakap kat mak aku jangan cerita sape-sape.

Adakah... Cikgu Azlinda? Yelah memandangkan dia antara orang yang perasan aku jalan tak berapa betul. Masa tu pulak Firdaus ada kat situ dan kata, "Ada orang lutut belakang dia". Boleh jadi.

Nasib baiklah Zaki tak ada waktu tu. Dia kan pengawas, so masa budak form lain tengah balik kelas, dia dengan budak pengawas lain berbaris dekat-dekat pagar sekolah nak cek budak mana tak pakai tali leher, takde nametag, stoking pendek dan sebagainya.

Dan aku tak rasa pun yang diorang rajin sangat nak kembali semula ke tapak perhimpunan.

*****

Bersambung...

*****
Terima kasih sebab korang sudi baca ye.
Jangan lupa vote dan promote cerita ni pada member-member korang semua tau :)
Terima kasih.

CrushWhere stories live. Discover now