Surau Asrama.
Semasa hendak masuk ke dalam surau, ada seorang budak junior berkaca mata sedang menangis kat tepi pintu masuk surau. Nasib la ada senior aku tolong pujuk budak tu.
"Kes homesick la ni" monologku.
"Ed, nanti kita kena buat persembahan dikir barat nanti sempena Hari Anugerah Kecemerlangan" tegur Afi yang merupakan senior tahun akhir kat kolej aku.
"Yeke. Aku okay je. Nanti kau bagitahu detail la kat dalam group kita" balasku.
Afi hanya menangguk lalu terus ke saf hadapan.
Tanpa sengaja aku perasan budak berkaca mata tadi bersama rakanya masuk ke saf.
"Eh tu bukan Ying ke eh?" Soalku dalam hati apabila terlihat budak perempuan memakai telekung bewarna ungu yang merupakan rakan budak yang menangis tadi tu.
Namun dalam keadaan dah nak mula sembahyang ni la hasutan syaitan kuat sangat.
"Weh korang jom la, macam biasa" ajak Ira.
"Jom ah aku malas jugak nak sembahyang" balas Atul.
"Cepatla kang warden datang sini naya kita nak lari" balasku pula dan pergi ke belakang tandas.
Ni la rutin kalau datang surau. Melepak kat belakang tandas sebab malas nak ikut imam.
Selepas solat kitaorang kena beratur ikut dorm, sebab rocall lepas isyak. Jadi aku ternampak la budak tadi dengan Ying lagi semasa hendak duduk.
"Weh kau nak kenal tak mana satu Ying yang aku bagitahu tu" kataku pada Liza.
"Hah mana. Aku nak tengok sangat yang kau kata macam cantik sangat je orangnya"
"Tu!" Balasku lalu menunjuk kearah budak perempuan memakai telekung ungu sambil duduk bersembang dengan budak dorm dia.
"Kau gila ke! Adik Suhana la tu!"
Aku terkejut. Bukan dia ?
"Lah aku rasa muka dia la yang Husna tunjuk kat aku"
Liza menepuk dahinya.
"Kau ni kan Ed. Lain kali pakai la spek"
"Tapi srsla dia adik Suhana weh. Asal muka lain eh? Nama dia apa?" Soalku. Muka dia macam aku pernah nampak tapi kat mana eh?
"Bengongla kau! Kan aku tunjuk kat kau bila dia mula-mula masuk sekali dengan Suhana masa tu. Lagipon aku taktahu la nama dia apa"
Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.
"Eh dia ni la yang aku tegur kat public fon tu"kataku dalam hati.
Ting!
Macam ada mentol menyala dalam kepala otak aku.
Aku memangil Jijah disebelahku.
"Jijah. Aku nak mintak tolong ni"
"Tolongg apa?" Soalnya dengan muka berkerut.
"Kenalkan adik Suhana? Aku nak kau mintak tolong tanya nama dia dengan no fon boleh tak?" Kataku sambil menunjukkan kearah budak tersebut.