BAB 4

730 12 5
                                    

"Weh Ed lepas isyak ni kita g main bola" ajak Afi.

Aku yang tengah main fon kat belakang dinding surau ni dah terkejut tiba-tiba. Tak pepasal kalau warden kat depan nampak aku.

"Ish kau ni, leklok sikit. Kang kantoi aku main fon. Haa nak main bola aku on je tapi takkan dua orang je weh. Mana syok"

"Alah macam tak biasa. Kalau kita main nanti ada la yang tiba-tiba datang join" balas Afi lalu menepuk dahi aku.

"Oi! Mentang-mentangla kau tua, suka hati tepuk dahi aku pulak ye!"

Dia hanya ketawa. Aku pulak dah mencebik buat muka.

Hari ni hari khamis dan sepatutnya minggu tak balik kampung so memang bosan la esok cuti duduk kat asrama je.

Budak tahun 1 pulak lagi kesian. Baru masuk je dah takleh balik rumah. Haa baru tahu rasanya homesick.

Pada masa yang sama aku berasa pelik.

Seharian aku tak nampak Nurul. Ke dia balik ehh? Kalau dia balik takde peluang aku nak usya dia lama-lama kat asrama. Mana tahu boleh date makan maggie sekali ke. Haa gituuu!!

****************************************
"Weh jom la main bola!!" Tegur Afi dengan tangan yang sudah memegang bola tampar.

"Haa tunggu jap. Kau pergi la set tempat dulu. Aku join lepasni"

Afi hanya mengangguk lalu keluar dari dorm.

Aku bangun dari pembaringan dan menukar pakaian. Takkan nak pakai telekung main bola kan? Tak pepasal terkejut orang kat sini.

Aku melihat ke cermin lalu mengambil bendana headband.

"Rambut dah start nak panjang balik ni hm. Tak hensem dah rupa. HAHAHAHAH" kataku seorang diri.

"Amboi kau. Puji diri sendiri nampak. Ni malam-malam macamni nak pergi main bola ke?" Tegur Liza disebelah loker aku.

"Eh kau biarlah. Dengki la tu. Jomla join sekali. Afi pon ada ni hah"

Liza membuat muka geli.

"Taknak aku lagipon aku mana reti. Bola tampar tu pon aku main gitu-gitu je"

"Yela lagipon aku tahu kau masuk sebab Afi je kan." Ujarku dengan sinis.

"Ofcla! Aku takut nanti dia rapat dengan junior lain. Kau pulak backup je dia kalau apape. Sape member baik kau sebenarnya ni hahh!!!" Bentak Liza dan membaling teddybear nya kearahku.

"Kau kena fahamla senior kau tu kan peramah sangat. Sape suruh kau berangkat dengan dia" balasku pula.

"Dah jom keluar tengok kitaorang main" ujarku lagi lalu membaling semula teddybear kesayanganya itu.

Liza mengikut aku dari belakang. Aku tengok ada la team aku yang lain join sekali. Yang bukan team kitaorang pon join jugak nak hilangkan bosan. Daripada buang masa melayan bf baik dorang keluarkan peluh kan. Atleast bila kurus takdela bf cari lain.

Korang jangan ingat kitaorang main kat court pulak. Malam-malam, student tak boleh keluar dari kawasan block asrama. So antara block A dan B ni ada tempat lapang.

"Weh sorry lambat, jom start!!" Jerit aku lalu mengambil bola yang diberi oleh Afi.

Memang seronok la main dengan dorang, sampai kan asrama ni bising dengan suara kitaorang je. Mana tak nya, terpekik terlolong macam kena histeria. HAHAHAHAHA

Ramai jugak la junior atau senior yang tengok kitaorang main. Ada yang tengah lepak.

"Pas kat aku weh!!" jeritku. masa tu Afi tengah menggelecek bola berdekatan gol tiruan yang kita orang buat pakai selipar. alah macam tak biasa kan zaman budak main macam ni.

Afi berjaya pas bola dekat aku jadi tinggal nak sumbat dalam gol je. Dan akhirnya....

" GOAL!!!!!!" jerit team aku.

Happy boleh sumbat goal tu jangan cakap la dah macam menang worldcup je. Tengah seronok menjerit, tiba-tiba kitaorang terdengar pekikkan dari dorm 1B3.

"Oi bangang! boleh senyap tak!? tahu memekak je !"
okay aku tahu dah siapa, Fatin budak course runcit.

Semua yang ada kat dalam dorm tiba-tiba keluar. Mana taknya, Afi pergi dekat Fatin pastu dia cuba nak tarik baju budak tu. Aku yang berada di belakang cepat-cepat tahan Afi.

"Eh bodo! kau kalau tak suka boleh pergi mampos la! kau takleh hormat orang ke main tengking senior macam tu!?"

Aku pula yang memang panas telinga pon join maki sekali.

"kau taktahu rasanya bila kena disqualified tanpa sebab! kau tahu kan kitaorang boleh masuk final! yang kau tahu bergayut dengan bf kau je!!!"

ye team bola tampar kolej kitaorang boleh pergi final ppd sepatutnya harini. Tapi tiba-tiba cikgu Haziq inform kat dalam group yang kitaorang kena disqualified. Alasan tak munasabah langsung. Kitaorang memang tahu dah pengadil berat sebelah. Kena rasuah apa pon taktahu. disebabkan berita tu mengejut satu team menangis kat surau semalam. Tu la sebabnya kitaorang cuba nak hilangkan rasa sedih dengan main bola malam ni. kalau tak memang sambung menangis dah huhuhu.

"Dah la tu bersurai semua!!" jerit ketua block B, Ana. Dia okay je sepakat dengan kitaorang yang budak Fatin tu salah. Sebab Ana tu pon join kitaorang main bola tadi HAHAHAHAH.

Aku perhatikan muka budak-budak yang perhatikan adengan kitaorang tadi. Aku cuba cari Nurul tapi dia tetap takde. hm dia pergi mana?

"Weh kau okay tak ni?" Afi tegur aku.

"Tak okay do. boleh pulak pompuan tu tengking kita macamtu. kau sabar eh. aku tahu kau lagi marah sebab kau tu captain" balasku sambil mengusap perlahan bahunya. Nak bagi semangat la katakan.

"Hm tula, aku pon takde mood dah ni nak main. ikutkan hati aku budak tu dah lama mendapat dengan aku. haritu pon dia sound kita jugak en"

"Dia tu acah je. Tahu nak gedik dengan bf macam dia sorang je otp. ei geram aku! nak privacy takyah duduk asrama la cibai betul!!!" sengaja aku kuatkan suara aku bagi dia dengar. Masatu aku dengan Afi duduk kat meja batu depan dorm dia.

"Dah ah jom mandi, badan aku melekit dah ni" balas Afi lalu masuk kedalam dorm.

Masa aku nak pergi mandi kat block A, aku saje la lalu depan dorm Nurul. Manala tahu kalau ternampak dia ke en, terubat jugak rindu. Bila aku jalan depan dorm dia automatic kepala aku terjenguk-jenguk nak tengok dalam dorm dia. Tapi still tak nampak dia jugak. so aku buat kesimpulan dia memang dah balik since petang tadi.

Memang sedih la cite dia, aku baru nak spend time dengan dia this week tiba-tiba dia balik rumah pulak. Harap-harap la dia tak sakit.

"Hmm take care nurul.."

TO BE CONTINUE

Jangan Lepaskan Where stories live. Discover now