3

245 42 18
                                    

.
.

"Sayang kemalangan sebulan yang lepas..dan..sayang hilang ingatan sayang..tapi tak apa sayang..oppa akan bantu pulihkan ingatan sayang ok?"

Penjelasannya membuatkan aku bingung.Bila aku kemalangan? Tak silap aku, baru semalam aku dimasukkan ke wad selepas hasil pemeriksaan menunjukkan aku menghidap tumor otak. Tapi lelaki ini cakap aku kemalangan sebulan yang lalu?

"Awak tak jawab soalan saya..siapa awak?"

Dia kembali tersenyum.

"Setiap pagi sayang tanya siapa oppa sejak sebulan lepas.Dan setiap pagi oppa akan jawab tanpa jemu." dia memegang kedua-dua pipiku.

"Oppa suami sayang sayang." sambungnya lagi.

Dahiku berkerut.

"Tap- " belum sempat aku memberitahu perkara sebenar,dia memisahkan jarak antara bibir kami.

Aku hanya terkedu.

𝙏𝙤 𝙈𝙮 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now