.
.Sebelum pulang dari rumah omma, Seungwoo membawa aku ke pantai untuk menenangkan fikiran.Seketika aku merasa tenang dengan persekitaran pantai.
Selama ini,aku langsung tak berpeluang untuk merasa nyaman dengan kehidupan. Aku dan Eunsang oppa tak pernah terlepas dengan masalah dunia.
Jika difikirkan,pasti Lee Eunbyul isteri kepada Seungwoo ini berasa bahagia dan gembira dengan kehidupannya kan? Mempunyai suami dan keluarga yang baik serta harta dunia dan perhatian orang sekeliling jika dibandingkan dengan aku.
Aku berasa beruntung dapat menikmati kehidupan yang sepatutnya dinikmati olehnya.Tapi...sampai bila?
"Sayang..jom balik. Dah lewat dah ni." panggil Seungwoo sambil tersenyum.Tanganku ditarik pelan.
Aku nekad.Aku tak mahu mencuri hak orang.Kehidupan milik gadis Lee Eunbyul. Iaitu gadis yang menyerupai aku tapi bukan aku.
"Awak..say-"
Belum sempat aku bersuara.Dia tiba-tiba mencium bibirku.
"Nakal eh tak mahu balik..kan dah kene." senyumnya sambil hidungku dicuit lembut.
Aku terdiam.Sekali lagi aku gagal menerangkan kebenarannya.
YOU ARE READING
𝙏𝙤 𝙈𝙮 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰
Fiksi PenggemarTerima kasih untuk kebahagiaan yang awak berikan walaupun hanya sementara. Graphic cover from senpai editor @/CRUSHAO