Bab 2

108 11 0
                                    

Habis sahaja kelas .
"Xavier ko balik naik apa ? Aku rasa tadi aku tak nampak kereta kesayangan kau tadi ."kata Asya sambil berjalan menuruni tangga .

"Oh aku lupa nak cakap hari ni aku naik dengan abang aku and then dia yang ambik aku jak gi " kata Xavier.

"Habis tu macam mana nak bincang dan lagi satu tak kan lah abang kau tak tahu kot pasal ni " Xavier yang sedang berjalan tu berhenti dan menghadap Cal .

"Haah kan tak kan lah dia tak tahu , jap aku nk gi jumpa abang aku dan kita semua bincang pasal tadi dekat restoran biasa ok"kata Xavier yang sedang bergegas mencari kereta abang nya .

Xavier masih menunggu abangnya , kalau diikutkan hati dah lama dia naik dgn rakannya tapi dia tak sanggup biarkan abangnya menunggu

Sewaktu menunggu ..
'Shit dah berapa minit lewat dah dia ni' tiba - tiba

"Hai " kata lelaki tersebut dengan baik

"Kau ni apahal ! Jangan kacau aku lah buat semak jer , aku tengah serabut ni kang ada aku tembak kau !" kata Xavier dengan nada marah .

"Uuu garang nya kau ni aku cakap elok-elok kot ."

"Kisah apa aku baik tak baik shuh shuh pergi sana lah !! "

"But the way aku ... "Belum sempat lelaki itu ingin berkata ada seseorang datang .

"Woi kau ni sapa nak kacau adik aku ha nak cepat mati Ker "kata Aaron dengan sinisnya.

" Maaf saya cuma nak ..."

"Nak apa nak menggatal jangan nak mengada faham "

" Tak tak saya nak ..."

" Ehh tak de tak de . Jangan dekat dengan adik aku . FAHAM "kata abang nya serius.

" Fa Faham" kata lelaki itu .

Xavier hanya memerhati perilaku mereka . Lelaki itu terus beredar selepas mendapat amaran dari Aaron.
Mereka terus memasuki kereta .

"Dah habis dah , kalau boleh biar aku kena culikkan lagi bagus lagi aman tanpa aku kan !!" kata Xavier dgn marah

" Adik maaf abang lambat tadi,abang ada kerja yang abang kena siapkan"
kata Aaron dgn ikhlas sambil dia memandu keluar dari pekarangan uni

" Dah lah hari ni ada benda lebih penting nak dibincangkan , abang call Darren , Fareez dan abang Ary cakap ada hal penting nk aku bincang kan kejap lagi dkt restoran kegemaran aku kawan aku semua dh dkt sana " kata Xavier dingin.

"Sekarang Ker? " soalan yg bodoh diajukan oleh Aaron .

" Tak lah tahun depan, sekarang lah tak kan nak tunggu tempat kena serang baru nk bertindak "kata Xavier dgn perlinya

"Yer , garang betul budak ni " Xavier hanya berdiam diri. Aaron terus call semua sahabat nya dgn segera .

I'm still Love You Miss MafiaWhere stories live. Discover now