Cerpen: Sebutir Bintang Di Studio Biru

52 2 0
                                    

"Allright guys. It's a wrap! Tomorrow kita shoot di Set B. Jangan datang lambat or your wage akan di pancung! Be punctual!"

Anderson mengeluh lega. Ketika kupingnya menangkap perkataan 'cut' dia lekas-lekas bangkit dari titik duduknya kemudian mencapai tuala yang dihulurkan Pamela, gadis admin merangkap pembantu set.

Jeritan gadis itu kemudian bergema dengan memberitahu bahawa makan tengahari sudah sampai. Tidak lama selepas itu dia kehulu ke hilir bersama pengarah sinematografi menandakan titik X untuk babak seterusnya. Perangai suka memerintah Pamela sebenarnya cerminan director William H Harris. Cumanya, lelaki tua asal Illanois itu lebih sarkastik dan narisis. Anderson membuat kesimpulan bahawa Pamela sengaja menunjukkan sikap rajinnya agar dipromosi lelaki tua itu untuk ke studio filem Hollywood. Dia pernah terdengar yang Pamela sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai hasratnya. Malah jikalau Harvey Weinstein tidak terpalit dengan mee too movement, dia sanggup berasmara dengan lelaki buncit itu asalkan harapannya untuk terjun ke kancah Hollywood tercapai. What a bitch!

Anderson mempedulikan lolongan Pamela yang sememangnya tidak mesra pendengaran. Dia lekas bertemu Susan Cooper, si pembayar gaji yang duduk terperosok di hujung set pengambaran. Wajahnya yang berceratuk, menambah kusut ketika wanita berusia pertengahan empat puluhan itu menggumam tak berhenti.

"Suze, gaji saya harini?"

Susan termanggu sambil memandang Anderson dengan satu senyuman nipis.

"Jake Anderson...a wannabe star...anak emas Harris...mana ya gaji kamu?"

"Suze! Don't talk bullshit like that. Saya pekerja biasa saja!"

"But he likes you. Kalau saya jadi awak, saya ampu dia! Di dunia yang berbahasa I Pad, Tab dan Netbook ni, semua orang sanggup nak jadi kaya, Jake!"

Anderson tersenyum sebal. Tolonglah! Aku tidak gelojoh seperti itu!

"Saya suka apa yang saya ada sekarang. I love the way I am!"

Suze tersenyum mengejek. "Yelah tu!" Raut wajah tampan Anderson dipandangnya dalam-dalam.

"Kau ni handsome. Ada pakej untuk dijadikan model! You supossed to be on a runaway. With all Armani, Polo, D& G on your lean muscle! Berebut designers tu nakkan kau. Bukan buat kerja movie cikai macam ni! Don't tell me you taknak semua kemewahan dan kemegahan macam tu?"

Anderson memilih untuk tidak mahu menjawab. Cakap Susan itu ada betulnya. Mungkin satu masa nanti? Tapi bukan sekarang.

"So how much I get?" Putusnya mempedulikan desakan Susan.

Perempuan itu terhenyek. Bubirnya muncung. Dihulurkan empat ratus Dollar kepada lelaki tampan itu.

"You have such a good potential, man! You should try it! Cuba. Tinggalkan je dunia yang tak menjamin masa depan ni."

Anderson sengih. "Jangan cakap macamtu Suze. Kerja yang kau cakap takde masa depan ni la yang buatkan Manny budak pegang mic tu nak sambung belajar. Karen si mekap artis tu plak nak guna untuk support bil anak dia yang masuk wad. Everyone here has pain, Suze. But we live in it. Sebab diorang percaya dengan kerja macam ni saja boleh support diorang."

Susan angguk, menelan kata-kata Anderson dengan pahit. "Excepet for Pamela of course," sambung Susan kemudian tersengih-sengih jahat. "Katanya nak ikut jejak Jennifer Lawrence. Nak menang Oscar jugak! Apa dia ingat nak masuk Hollywood tu easy peasy ke?"

Anderson pecah tawa. Dia kemudiannya mengucapkan selamat kepada Susan sebelum bergegas ingin pulang. Apa yang ada dalam fikirannya sekarang adalah wajah Miranda yang mungkin sedang menunggunya di rumah. Miranda adalah neneknya yang tinggal sekali dengannya sejak dia kecil lagi. Sejak mak dan ayahnya bercerai kerana masalah alkohol akut, Miranda mengambil tugas maha berat itu.

Cerpen: Sebutir Bintang Di Studio BiruWhere stories live. Discover now