Chapter 5-Mesej Kali Pertama

5 0 0
                                    

  "Patutkah aku mesej dia? Nanti dia reply ke tak? Hmm, aku kena juga mesej dia, aku belum beri pengesahan lagi mesti dia tertunggu-tunggu", kata Aqil resah memikirkan nasib yang akan terjadi sekiranya dia mesej Azmira.

  Akhirnya, Aqil tergerak hati untuk mesej Azmira. Nombor Azmira dibelek di dalam telefonnya.

__________Perbualan Aqil Dan Azmira___________

Aqil: Assalamualaikum, Azmira.

Aqil menunggu Azmira membalas mesejnya

Lebih kurang 10 minit menunggu, Ting! Bunyi notifikasi berdering pada telefon Aqil. Lantas Aqil mencapai telefonnya.

Azmira: Waalaikumussalam

Aqil: Azmira, minta maaf sebab haritu tak sempat nak beri pengesahan pada jawapan awak.

Azmira: Ohh, tak mengapa.

Aqil: Sebenarnya, saya mesej awak sebab saya nak beritahu yang jawapan awak tu, betul.

Azmira: La yeke, tapi sejak bila?

Aqil: Sejak kali pertama saya tengok awak, saya terus jatuh hati.

Azmira: Awallah

Aqil: Apa yang awal?

Azmira: Takde apa..

Aqil: Awak tengah buat apa?

Azmira:  Takde buat apa.. Hmm sejak bila kita bersaya awak ni? Bukan dalam kelas kita guna aku kau ke?

Aqil: Haah la HAHAHAHAHA maaf

Azmira: Haha takpe..

Aqil: Huhi

Azmira: Kau tengah buat apa?

Aqil: Tengah menaip

Azmira: Apakahh??

Aqil: Betullah kan? Hihi.. Takdelah, aku tengah buat kerja rumah tadi, lepastu tergerak hati nak mesej kau.

Azmira: Ohh begitu.. Okaylah aku ada kerja sikit. Nanti aku mesej balik.

Aqil: Ohh okay okay bye!

Azmira: Bye Aqil!

  Setakat itu sahaja perbualan mereka. Walaupun tidak begitu rancak ianya cukup buat Aqil.

  "Aku akan tunggu kau mesej aku balik yer..", kata Aqil berharap. Harapannya setinggi Gunung Everest.

  "Aqil, apa kamu berangan tu, buat kerja rumah cepat.. Kita nak keluar rumah lepas ni..", jerit ibu Aqil mengingatkan dia pada kerja rumahnya yang tertangguh.

  "Baik mak!", lantas Aqil fokus untuk menyiapkan kerja rumahnya itu.

Pada malam itu...

__________Perbualan Aqil Dan Azmira_________

Azmira: Assalamualaikum

Aqil: Waalaikumussalam

Azmira: Maaf lambat mesej kau, kerja rumah baru siap.

Aqil: Ohh takpe. Samalah kerja rumah aku pun baru sahaja siap.

Azmira: Ohh begitu. By the way, kenapa kau suka kat aku?

Aqil: Sebenarnya, kau unik dan lain daripada yang lain.

Azmira: Aku unik? HAHAHAHAHA. Kelakarlah kau ni..

Aqil: Hehehe, kau dah makan ke belum?

Azmira: Sudah, kau?

Aqil: Sudah juga, eh sama lagi.

Azmira: Yer HAHAHAHA

Aqil: Boleh tak kalau kita mula dari awal?

Azmira: Mula dari awal? Maksud kau?

Aqil: Mula perkenalkan diri masing-masing semula. Kita kenal pun gitu-gitu jer..

Azmira: Ooo cakaplah sesi suai kenal.. Boleh jer huhi..

Aqil: Okay saya mulakan, nama saya..........

  Dari sinilah Aqil dan Azmira begitu rapat. Walaupun Aqil menyukai Azmira, namun Azmira tidak pernah menyatakan perasaannya sama ada suka atau tidak pada Aqil.

  Mereka terus rapat dan semakin rapat. Walaupun mereka tidak bercinta, namun mereka lebih kepada sahabat dan saling ada di antara satu sama lain.

  Namun, tidak semua tahu tentang hubungan mereka yang rapat.

Cinta Separuh SeringgitWhere stories live. Discover now