Chapter 1-Cinta Pandang Pertama

11 0 0
                                    

  Harini first day untuk Aqil masuk sekolah baru. Ya, Aqil baru tingkatan 1.Dia sebelum ni masuk Sbp.Sekolah yang paling susah pelajar nak dapat.Tapi Aqil buat keputusan untuk berpindah ke sekolah harian. Pelik kan? Kenapa pelajar seperti Aqil mahu berpindah ke sekolah harian?

  Sebenarnya, Aqil memang suka kehidupan di asrama. Namun, ibu Aqil sering risau pada Aqil dan semakin lama ibu Aqil semakin mengabaikan kesihatannya sendiri kerana memikirkan Aqil yang berada di asrama. Disebabkan Aqil tidak mahu kesihatan ibunya terjejas, dia berpindah ke sekolah harian. Bukan mudah buat Aqil untuk menempuh pelbagai rintangan dalam proses penukaran sekolah.

  Ramai pihak sekolah yang tidak mahu melepaskan Aqil ke sekolah harian. Tetapi Aqil nekad dan tetap dengan keputusannya itu. Aqil merupakan seorang anak sulung daripada 5 adik beradik. Dia memikul tanggungjawab besar sebagai seorang abang dan perlu memberi contoh kepada adik-adiknya.

  Berbalik kepada cerita Aqil di tingkatan 1.11 April 2016 merupakan hari pertama Aqil melaporkan diri di sekolah barunya. Sekolah hariannya ini agak dekat dengan rumahnya jadi dia dihantar oleh ibu atau bapanya. Masuk-masuk sahaja ke dalam kawasan sekolah, Aqil berasa gemuruh. Perasaan gementar dan malu menguasai dirinya.

  "Ramai pula kawan-kawan aku dari sekolah rendah belajar di sini", kata Aqil di dalam hati. Sebaik sahaja masuk ke perkarangan sekolah, dia terus pergi ke pejabat dan berjumpa dengan seorang guru yang menguruskan hal ehwal murid. "Kamu UPSR berapa A?", tanya guru itu. "5A, cikgu", jawab Aqil dengan tenang.

  "Disebabkan kamu cemerlang UPSR, saya letakkan kamu di kelas nombor 1 ya,kelas 1 Saksama", jelas cikgu tersebut. "Okay cikgu", balas Aqil. Dia tidak terkejut kerana sepanjang hidupnya, dia akan diletakkan di kelas paling depan.

  "Sekarang pergi ke koperasi untuk beli buku dan tempah tanda nama baharu ya", kata cikgu tersebut sambil menunding jari ke arah koperasi yang terletak di hadapan pejabat. Tanpa berkata apa-apa, Aqil berjalan perlahan-lahan ke koperasi sekolah. Dalam fikirannya sudah terbayang macam-macam."Biasanya first day, mesti ramai cikgu dan pelajar akan tanya macam-macam", bisik Aqil mengenangkan nasib yang bakal ditempuhnya di hari pertama dia di sekolah baru.

  Tibanya, Aqil di koperasi, dia terkejut melihat kawan lamanya berdiri di kaunter koperasi sambil tersenyum. "Faiz?", kata Aqil hairan. "Aqil! Lama tak jumpa kau! Ni mesti nak order nametag dengan beli buku kan? Hihi jangan risau, aku tahu", jawab Faiz mesra menyambut Aqil.

  Sedang Aqil berurusan di koperasi, tiba-tiba ada yang menyentuh bahu kirinya. "Aqil!", tegur seseorang dari belakangnya.Rupa-rupanya kawan baiknya dari darjah 4,Aiman, datang dan menyapanya dari belakang.

  Aqil tidak terkejut kerana dia telah berjumpa dengan Aiman 2 hari sebelum dia pindah ke sekolah itu.

  Pakaian Aiman agak berbeza kerana Aiman ialah pengawas sekolah. Aqil tidak begitu terpesona dengan pakaian Aiman kerana dia pernah melihat pakaian pengawas sekolah yang lebih kemas.

  Ketika berbual-bual di koperasi, Aqil sedar yang dia perlu berada di dewan terbuka. Hari pertama di sekolah, dan dia tidak mahu buat hal. Lantas dia mengundur diri dan bergegas ke dewan terbuka.

  Aqil mencelah di barisan paling belakang. Semua mata pelajar memandang Aqil. Aqil buat-buat tidak perasan dan pura-pura mendengar ucapan guru bertugas. Dia berasa tidak selesa dan malu kerana semua mata tidak berhenti memandangnya. Ada juga yang berbisik di belakang.

  Sesudah itu, perhimpunan pada tengah hari itu pun disudahi dengan laungan semangat dan nyanyian lagu sekolah. Aqil hanya membuat gerak bibir sahaja. Menyanyi sesuatu yang dia tidak hafal sudah semestinya memalukan.

  Kemudian, semua pelajar beratur untuk masuk ke kelas masing-masing. Kelas Aqil mula dahulu kerana mereka beratur paling hujung. Ada 4 orang pengawas menunggu di hadapan barisan untuk memeriksa kuku pelajar.

  Aqil melihat kukunya. "Nasib baik pendek", kata Aqil bersyukur kukunya masih kelihatan pendek. Namun begitu, Aqil tetap ditahan.Aqil tidak memakai tali leher. Dia menjelaskan yang dia ialah pelajar baharu dan dilepaskan oleh pengawas begitu sahaja."Nasib baik", kata Aqil.

_____________Dalam Kelas_______________

  Aqil memilih untuk duduk di barisan hadapan kelas. Ketika dia sedang duduk, dia melihat seorang pelajar perempuan baru masuk ke kelas. Mukanya yang sungguh comel mencairkan hati Aqil.Pelajar itu juga ada tahi lalat pada pipi kirinya menambahkan lagi seri wajahnya. Aqil terpaku bagaikan melihat bidadari yang baru sahaja tiba di planet bumi.

  Tiba-tiba lamunannya terhenti.Seorang guru melangkah masuk ke dalam kelas. "Bangun!", kata ketua kelas mengarahkan semua pelajar berdiri.

  Namun, dalam fikiran Aqil masih terbayang peristiwa yang baru sahaja berlaku.
 
  "Aku mesti berkenalan dengan dia", kata suara hatinya.

Cinta Separuh SeringgitWhere stories live. Discover now