5

3 3 0
                                    

Masing2 diam didalam kereta. Aku menjeling sisi melihat Iqbal dengan tenang memandu, sedang termenung aku terdengar keluhan keluar dari mulutnya

"Kau ada mood tak tengok movie?" Soal Iqbal

"Tak"balas aku, buatpa nak tipu dosa tau!

"Kau lapar tak?"

"Aku dah makan kat rumah" balas aku dingin. I don't know why aku beku semacam.  Suasana dalam kereta kembali sepi apabila lampu isyarat berwarna merah

"kita nak pergi mana?"soal aku memecah kesunyian

"Lepak kat area tasik tu sebab ada ramai budak kat situ takdelaa kena cegah maksiat sangat" jawap Iqbal. Aku jeling

Dan lagi nak perli. Tapi memang betulkan kalau ramai takde la pencegah maksiat disitu.

(But still maksiat even ramai orang so jangan tiru aksi ini muahh)

Sampai sahaja di tasik. Aku dan Iqbal menapak ke arah kerusi batu yang selalu kami melepak pada waktu weekend

Kami duduk di kerusi batu berhadapan tasik, aku memandang sekeliling orang masih ramai lagi walaupun menginjak jam  9.00 malam

Masing-masing melayan perasaan

Athirah masih berdiam diri, Iqbal selalunya kalau Ath tak cakap ada ja nak perli tapi kalini dua-dua senyap. Tak tahu apa masing2 fikir

Aku masih berfikir adakah hati aku juga terpaut dekat Iqbal
Iq? entah apa dia fikir

Iqbal resah. Macam tak senang duduk tak reti nak duduk diam. Dia keluarkan kertas dan pen lalu menconteng sesuatu. Aku melirik dengan hujung mata sahaja malas nak layan

"Kau buang jap kat tong sampah depan kau ni" arah Iqbal. Aku mengeluh

"Kau gi la, sampah kau bukan sampah aku" balas Aku geram

"Ish aku suruh buat tu buat je laa banyak songeh pulak, aku tinggal kau kat sini karang" ugut Iqbal. Aku mendengus dah la mood aku tak berapa nak okey ni. Purse aku letak atas kerusi batu tu, takkan la si Iqbal nak curi agak-agaklaa

Aku melangkah ke arah tong sampah lalu membuang kertas itu

Aku kembali ke kerusi batu sambil mencebik, sebelum nak duduk aku mengangkat purse aku. Berkerut dahi aku apabila terperasan satu kertas kecil

Aku pandang Iqbal yang memandang ke kearah lain

Lalu aku baca kertas tu

Aku cintakan kau, Athirah Emilia

"Asal tak pandang aku?"soal aku

"Aku taknak pandang muka orang yang reject aku mentah-mentah" balas Iqbal. Aku simpan senyum, air mata dah bertakung

"Em aku minta maaf tapi--" aku biarkan ayat tergantung

"Kau memang taknak pandang aku ke?" Soal aku suara bergetar

"Kan aku kata aku taknak muka tengok muka orang reject aku" balas Iqbal sedingin-dinginnya. Aku mengelap air mata dengan telapak tangan

Aku menampar pipi Iqbal kuat lalu dia  memandang aku dengan pandangan maut

"Macam mana kau tahu aku reject kau?"soal aku dengan suara serak sedaya upaya menahan tangis

"Manala aku tahu kau kan nak si minmin tu" balas Iqbal mengundang tangis aku lagi kuat bersama gelak

Bodo punya Iqbal

"Kau ni ar, jahatlaa kan dah nangis ishh" marah aku, aku mengelap air mata itu tapi Iqbal menahan, dia memegang tangan aku lalu digenggam serta kekura tangan aku diusap lembut

Hanya Sekeping Kertas ✓Where stories live. Discover now