E L E V E N
— alone —❝ stop the loneliness ,
abracadabra❞
CROWN - TXT|◁ II ▷|
Apa benda ni ? Aku tak faham , fikir Yeonjun. Matematik memang kelemahannya dari dulu lagi. Sudah 2 jam dia cuba menyelesaikan soalan tersebut, tetapi tidak berhasil.
Dia membelek bukunya . Kenapa sebelum ni aku boleh je jawab? Semua betul lagi tu?
Alice.
Yeonjun menggelengkan kepalanya. Betul juga. Alice selalu tolong dulu.
Cubalah aku tak marah sangat dulu? Mesti semua ni takkan jadi , kan?
“ Yeonjun! Ada kawan kamu datang ni! ” kata emaknya dari tingkat bawah.
Yeonjun terus tersenyum. Mesti Alice yang datang, mesti Alice—
Salah. Bukan Alice.
Dia mengeluh sebaik sahaja terlihat kelibat Tzuyu di dapur. Dengan selamba, dia naik semula ke biliknya dan mengunci pintu.
Sungguh, dia tidak ada masa mahu melayan mana-mana perempuan yang hanya mahu menggedik dengannya pada saat itu.
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
Pada pagi itu, Yeonjun turun dari biliknya untuk ke dapur. Dia mahu turun ke sekolah awal jadi dia hanya mengambil sekeping roti lalu mengatur langkah untuk meninggalkan rumah. Tetapi langkahnya terhenti apabila emaknya memanggilnya.
“ Choi Yeonjun ”
Yeonjun memusingkan badannya. “ Yes ?”
“ Duduk kejap. Eomma nak cakap sikit ” katanya.
Yeonjun mengeluh. Tapi dia menurut sahaja. Dia duduk bertentangan dengan emaknya di meja makan.
“ Semalam Tzuyu datang. Kenapa tak nak layan dia? Tak baik tau buat tetamu macam tu ”
“ Malaslah nak layan. Bukannya ada hal penting pun ” balas Yeonjun.
“ Oh ya, kamu dengan Alice macam mana? Dah okay? ”
Terus dia berhenti mengunyah rotinya. “ Alice? Maksud eomma? ”
“ Eomma tahu kamu gaduh dengan dia ” balas emaknya.
Yeonjun menundukkan kepalanya. “ Entahlah eomma ”
“ Eomma harap kamu berdua berbaik. Lagipun eomma tengok Alice dengan Soobin memang ikhlas kawan dengan kamu. Bukan je tu, sunyilah rumah ni takda dia ” kata emaknya lalu tersenyum.
Yeonjun hanya terdiam. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dikata. Selepas tiada apa yang perlu dicakapkan lagi, Yeonjun pun berjalan kali untuk sekolah.
Walaupun lagu dipasang dengan volume yang paling tinggi di earphonennya, Yeonjun masih rasa sunyi. Hanya bunyi tapak kakinya yang berjalan dapat dia dengari .
Memang betul kata emaknya, memang sunyi kalau tiada Alice. Mungkin kerana dirinya yang sudah biasa loya buruk dengan Alice membuatkan dia tiba-tiba rasa sunyi.
Pada saat itu juga, dia mula rasa bersalah. Kenapalah aku terlalu marah bila dapat tahu Alice bercinta dengan Jaehyun? Walaupun aku tak suka dengan Jaehyun, aku tak ada hak nak halang dia. Lagipun aku tak pernah nampak Jaehyun buat benda jahat.
Ataupun sebab aku jealous—
No, no, no. Tak mungkin. Aku tak sukakan dia. Kami cuma kawan. Kawan yang rapat.
Aku sepatutnya cuba fahami dia. Mana tahu dia ada sebab sendiri kenapa dia tak bagitahu aku awal-awal tentang Jaehyun.
Eee, bodohlah kau, Yeonjun.
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
Alice terus mengangkat kepalanya apabila menyedari kerusi di sebelahnya ditarik. Rupa-rupanya Yuqi. Yuqi meletakkan begnya di kerusi tersebut. Alice menutup diari baharunya yang berwarna merah dan pen yang dipegangnya diletakkan semula di dalam bekas pensel.
“ Eh? Awak duduk sini? ”
“ Yes. Saya dah minta kebenaran cikgu ” balas Yuqi lalu tersenyum. Kemudian matanya terpaut pada diari yang dipegang erat oleh Alice. “ Hmm? Diary baru ?”
Alice ketawa kecil. “ Ya. Malaslah saya nak guna diari lama tu .Banyak pasal Jaehyun je ”
Yuqi meletakkan tangannya di bahu Alice. “ Awak sabar lah, eh? Saya pasti sekejap je diaorang membawang pasal awak tu. Nanti ada lah topik baru diaorang ”
“ Harap-harap macam tu lah ” balas Alice dengan lemah.
“ Aku dah cakap perempuan tu cuma mempergunakan Jaehyun! ” kata seorang pelajar perempuan dengan kuat, sengaja mahu mencuri perhatian semua.
Alice dan Yuqi terus menoleh ke arah sekumpulan perempuan tersebut. “ Kau kenapa bising-bising ? ” soal Yuqi, jelas menunjukkan dia marah.
“ Tanyalah best friend kesayangan kau tu. Memang betul kan dia mempergunakan Jaehyun? Bila orang dah tahu plan dia, dia senang-senang je putus. Dia ingat Jaehyun tak ada perasaan? ” kata perempuan itu .
Alice terdiam. Jantungnya tiba-tiba berdegup dengan laju. Dia dapat rasakan mukanya semakin panas . Macam mana diaorang tahu?
“ Apa yang kau cakapkan ni? ” soal Yuqi.
“ Ni! ” balas perempuan itu sambil menunjukkan phonenya yang menayangkan video Alice dengan Jaehyun di kafe tempoh hari. Suara Alice yang meminta mereka untuk putus jelas kedengaran.
Yuqi terdiam. Dia tidak tahu mengenai hal itu. “ T-tapi dia tak mempermainkan sesiapa! ” kata Yuqi. Suaranya bergetar.
“ Habis tu ni apa? Perempuan tak sedar diri. Tak tahu malu ke?! ” soalnya.
Alice mengetap bibirnya. Semua orang di dalam kelas itu sedang memandangnya, termasuk Yeonjun. Tetapi dia tidak sanggup untuk memandang sesiapa kerana malu.
Dia dapat rasakan tekaknya makin kering, bererti air matanya mahu keluar. Dengan pantas, dia bangun dari tempatnya dan berlari ke tandas.
Yuqi memandang perempuan tersebut dengan tajam. “ Siap kau ” katanya sebelum terus berlari mengekori Alice ke tandas.
YOU ARE READING
ice prince s1 • yj ✔
FanfictionApabila seorang 'ice prince' merasa cinta buat kali pertama. started : 15122019 ended : 20032020 ●●● ☾ 500 - 261219 ☾ 1K - 030120 ☾ 5.5K - 210320 ☾ 6K - 250320 ☾ 7K - 010420 ☾ 8K - 080420 ☾ 9K - 150420 ☾ 10K - 200420 ☾ 15K - 150520 ☾ 20K - 040620 ☾...