020

1.8K 222 60
                                    

T W E N T Y
- karma -

you're the centre of my heart,
you're the light of my heart
Blue Orangeade - TXT

|◁         II        ▷|



Seminggu berlalu begitu sahaja. Alice telah cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada Yeonjun. Yeonjun pula memahaminya dan lansung tidak memaksanya. Apa yang peliknya, Tzuyu sudah tidak mengejar Yeonjun lagi selepas berjaya memisahkan Yeonjun dengan Alice. Sebaliknya, dia telah couple dengan Jaehyun.

Siapa sangka, Tzuyu sebenarnya baik orangnya. Tzuyu dengan Alice sudah berkawan dan mereka tidak saling membenci. Walaupun Yuqi dan Soobin agak tidak menyukainya tetapi mereka tidak menghalang Alice daripada berkawan dengan Tzuyu.

Pada malam itu, Alice sedang membuat kerja rumahnya di ruang tamu rumahnya. Ibu bapa Alice telah keluar membeli barang dapur jadi dia keseorangan di rumah.

Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Alice pun bangun lalu membuka pintu rumahnya.

Tiada orang. Tetapi dia ternampak sejambak bunga ditinggalkan di halaman rumahnya.

Alice mengangkat keningnya. Dari siapa tu?

Perlahan-lahan dia berjalan lalu mengambil sejambak bunga itu. Terdapat satu kad besar diselitkan.

Alice membuka kad tersebut .

Saya nak minta maaf dekat noona selepas semua yang saya dah buat. Saya mengaku sayalah yang rakam noona dengan Jaehyun dekat kafe dulu, saya mengaku sayalah yang selalu menyebarkan khabar angin pasal noona. Saya sebenarnya jealous dekat noona sebab noona pandai, cantik dan baik pula tu. Saya harap noona maafkan saya :) and saya sebenarnya akan pindah sekolah minggu depan .

- Hyunjin

Alice hanya tersenyum. Tak apa, saya maafkan awak, Hyunjin.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

" Hebatlah kau, Jaehyun. Sejak kau dengan Tzuyu dah couple ni, makin naik populariti kau. Kalah Yeonjun " puji kawan Jaehyun sambil tersengih.

Jaehyun tersenyum puas. " And kau tahu tak apa yang akan tingkatkan lagi nama aku? "

" Apa dia? "

" Kalau aku break dengan Tzuyu , confirm meletup lagi nama aku . Biar peminat aku tahu aku available balik and diaorang tergila-gilakan aku semula " balas Jaehyun.

Kawan Jaehyun menganggukkan kepalanya tanda setuju lalu berkata, " betul tu "

" Jaehyun-ah! "

Jaehyun dan kawannya terus menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan Tzuyu di muka pintu kelas mereka.

Jaehyun menggulingkan matanya, rimas. Lalu dia memberi signal supaya kawannya keluar dari kelas, memberi ruang kepada Jaehyun dan Tzuyu untuk bercakap secara private.

Jaehyun menghadap Tzuyu. " Yes? "

" A-aku takut " kata Tzuyu perlahan.

ice prince s1 • yj ✔Where stories live. Discover now