***
Medina melangkah keluar dari kereta BMW yang dipandu oleh Pak Hamid,pemandu keluarganya."Terima kasih Pak Hamid.Hati hati memandu"
Medina berterima kasih kepada Pak Hamid mesranya.Pak Hamid hanya tersenyum dan memandu pergi.
Walaupun Medina dilahirkan dari keluarga yang berada,dia tidak pernah bongkak atau riak kerana dia tahu harta itu bukan miliknya.
Hilang sahaja kereta BMW milik keluarganya,dia dapat mendengar laungan dari rakan rapatnya,Melissa Atasha.
"Med!"
Medina hanya berdiri statik di tempat tadi sebelum Atasha datang memeluknya.
"Eyyyy,rindu kau!"
Jerit Atasha di tepi telinga Medina tanpa menghiraukan orang sekeliling yang memandang mereka pelik.
"Alah kau ni kalau rindu pun agak agak lah nak peluk aku kat sini."
Kata Medina seraya menolak badan Atasha kasar.Dia ni kalau tolak 'slow slow'bukannya berganjak.
"Alaaa"
"Dah,jom masuk kelas"
Medina menarik tangan Atasha sedikit kuat.
***
Dalam perjalanan ingin ke kelas,mulut Atasha tidak berhenti bercakap dah macam bertih jagung."Eeee,kau ni.Tahu rindu aku tapi boleh tak kau duk diam kejap.Aku nak menghirup udara yang tak berapa segar dekat sekolah kesayangan kita ni."
"Dah tu hirup lah.Aku bercakap tak ganggu sistem pernafasan kau pun."
"Memanglah tak ganggu tapi mulut kau bau busuk."
Kata Medina dan berlari ke kelas.
"Med!!"
***
"Med!!"Medina berlari sambil ketawa dengan kuat dan berpaling ke belakang untuk melihat Atasha.Medina berpaling ke depan semula dan..
Bukkkk
"Aduhhh!!"
"Aduhhh!!"Medina dan Afrel berlanggar antara satu sama lain.Afrel dapat menstabilkan diri tetapi Medina sebaliknya.
Bukkkk!!
Aduh bontot aku...kata Medina dalam hati.Apa korang fikir Afrel ni gentleman sangat ke nak sambut Medina.Tidak ya anak anak.
"Kau ni pehal lari dah macam orang gila!"
Ujar Afrel sambil menghulurkan tangannya membantu Medina bangun.Medina menyambut huluran tangan Afrel dan bangun sambil mengumam sesuatu.
"Mana lah aku tahu kau ada kat depan.Ishhhh."
"Sorry Afrel,kawan I ni gila sikit duk main kejar kejar kat koridor pulak."
Atasha menyalahkan Medina.Yer lah dah crush ada depan mata takkanlah nak salahkan crush.
Afrel hanya membalas dengan senyuman.
"Dah kau ni tak reti nak minta maaf dekat aku ke?Dahlah main langgar jer orang."
"Alah kau ni langgar sikit jer"
Medina mem'back up'dirinya.Ada kawan,kawan tak nak back up.Apalah nasib....
"Dah lah aku nak masuk kelas."
Sewaktu Medina ingin melepasi Afrel,Afrel berbisik
"Kau ingat ehh,kau berhutang 'sorry'ngan aku,darling"
Medina terkejut bagaimana dia tahu nama panggilan nya ketika dia masih bercinta dengan Syed Adam Fikri,cinta pertama nya.
Medina hanya memandang Afrel yang telah berlalu pergi.Kemudian Medina terpana lagi apabila Afrel berpaling dan mengenyitkan matanya kepada Medina.
"Woii!!.Kau ni pehal aku panggil kau ni.Tahu lah dah berlanggar dengan crush aku."
Ujar Atasha dengan nada yang sedih.
"Ok,ok.Sorry ok!.Jomlah masuk kelas.Dah lewat dah ni."
Pujuk Medina dan menarik tangan Atasha untuk masuk ke kelas.
***
Setelah habis kelas fizik,Medina dan Atasha bergegas ke Cafeteria."Med,kau pergi chop tempat dulu.Aku pergi beli makanan"
Atasha terus berlari ke kaunter makanan yang dipenuhi oleh manusia manusia yang kelaparan.
"Kenapa ramai sangat orang hari ni?Tasha pun pelik tetiba rajin nak pergi beli makanan..."
Kata Medina sambil melihat kearah kaunter yang dipenuhi oleh pelajar perempuan SAHAJA.
"Aik..dah kenapa perempuan saja kat situ"
Medina pergi ke arah kaunter itu setelah meletakkan kotak pencil sebagai tanda.
***
Hi this is my first story after all...I hope u will enjoy it.Click the star button and have some chat about this story at comment section
^_^Love;
YOU ARE READING
The Saviour
RomanceTengku Hanisya Medina melalui fasa percintaan yang banyak menyebabkan dia tidak percaya dengan cinta dan lebih senang untuk mempermainkan cinta daripada merasai cinta. Syed Afrel Rayyan mendapat cabaran daripada rakannya Syed Haziq Mikael untuk memp...