Bab 2

6 0 0
                                    

~~~
"Patutlah ramai gila pompuan duk kat situ.Ada mamat senget tu rupanya." kata Medina sambil berpatah balik ke tempat duduknya tadi.

Beberapa minit kemudian,Atasha datang sambil membawa dua pinggan mi goreng.Senyum dah sampai ke telinga belakang kepala dah.

"Wei..Kau tahu tak,Afrel dia pergi beli mi goreng!!" jerit Atasha terlompat-lompat.

"Dahtu biarlah dia nak beli mi goreng.Tak da kaitan dengan kau atau aku pun" kata Medina sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.Ya ampun,sedap banget mi gorengnya kantin.

"Memang lah takda—"

"Hey girls!Nak join boleh"
Kata Haziq lalu terus duduk tanpa menunggu kata balas dari dua orang gadis itu. Afrel hanya menggelengkan kepala lalu ikut sama duduk di meja itu.

''Lahhhh..memang tak ada meja lain ke korang nak duduk. Kat sini jugak.'' ujar Medina sambil memandang Afrel dan Haziq dengan muka yang tidak puas hati.

''Apa kau ingat ni kantin bapak kau punya...Tak annn.'' Afrel membalas dengan senyuman sinis di mulut lalu menyambung aktivitinya memakan mi goreng.

Atasha mencubit paha Medina memberikan isyarat supaya tidak membesar-besarkan pergaduhan mereka.

''Ermm Afrel,you sibuk tak petang ni?'' tanya Atasha sambil menguis mi di dalam pinggan.

Medina melihat rakannya yang tersipu sipu tersenyum bertanyakan soalan kepada Afrel.

'Haa sudah...Minah ni nak buat apa pulak petang ni dengan mamat ni.'

Senyap...Kedengaran bunyi cengkerik yang luar biasa.

''Woi Afrel! Atasha tanya kau tu kan.Kau pergi palau dia tu dah kenapa.Sian diaaa''

Kata Haziq sambil memukul Afrel untuk memberikan respons kepada Atasha.Atasha memberikan jelingan kepada Haziq dan kembali menunggu respons daripada Afrel

''Busy.''

Kata Afrel lalu bangun dari tempat duduknya.

''Aku chaw dulu''

Afrel berjalan ke arah tong sampah dan membuang sisa makanannya ke dalam tong sampah dan pergi ke kelas.

''Haa kan aku dah cakap dah mamat tu behaviour out.Kemain orang tunggu dia jawab,busy jer jawapan dia.Ni kalau–''

''Lah aku yang tanya kau yang panas dah kenapa?'' Atasha berkata kerana pelik mendengar bebelan rakannya.

''By the way,korang betul betul betul busy ke petang ni..?'' Atasha mengalihkan perhatiannya kembali kepada Haziq.

Haziq yang baru sahaja menghabiskan nasi gorengnya terus memandang Atasha.

''Haah..Kitaorang ada latihan kawad kaki.Minggu depan competition.'' kata Haziq sambil bangun dari kerusi.

''Ehh korang masuk kawad kaki?Med pun masuk gak..''

''Kau tak bagitahu aku pun kau selalu jumpa dorang,Med!'' jerit Atasha sambil memukul Medina.

Medina yang ingin menghabiskan sisa mi gorengnya tersedak kerana namanya dipetik.

''Aduhh kau ni pehal! Ambik air aku japp !'' kata Medina sambil memukul mukul dadanya.

Atasha terus menghulurkan air masak milik Medina yang berada berdekatannya.

''HEHEHEHEHE..Sorryy!''

''Ahhhh sikit lagi nak mampus aku.''kata Medina sambil menjeling Atasha yang sedang tersengih kerang busuk.

''Memang lah aku selalu jumpa diorang tapi aku ngan diorang tak satu team.''

''Haah aku selalu jer nampak Medina.Alang-alang dah makan semeja ni boleh lahh aku tegur kau nantii.Byee!''

Kata Haziq sambil berlari ke arah tong sampah dan berdesup pergi ke kelas.

Dua orang gadis itu hanya terdiam melihat Haziq yang berlari seperti lipas kudung itu.

''Med....''panggil Atasha dengan sangat lenbut mencuba untuk menarik perhatian Medina.

'Haa sudahh' perlahan lahan Medina bangun dari kerusi dan terus berlari meletakkan pinggan di tempat yang telah disediakan.Dia sudah mengetahui agenda rakannya membuat suara sehalus kucing itu.

''Med!'' Atasha terus mengejar Medina yang seperti sudah tahu apa yang akan diminta olehnya.

Atasha berhenti di meja yang berhadapan dengan mereka.

''Weyh! pinggan aku tu kau tolong pergi letak ehh.Masehh'' cuit Atasha kepada junior yang berada di meja tersebut dan kembali mengejar Medina yang berkemungkinan sudah sampai di kelas.

***




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 09, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The SaviourWhere stories live. Discover now