16

80 6 0
                                    

Zara tersedar lagi dengan bunyi alarm telefon Ikhmal. Zara buka mata perlahan. Masih dalam dakapan encik suami. Zara geram. Terus sahaja dia bergegas bangun dari pembaringan. Sampai tersedar Ikhmal. "Apa masalah kau ni? Asyik aku je tersedar dengan bunyi alarm tu." Marah Zara. Ikhmal menggeliat. "Best dapat bantal peluk." Kata Ikhmal dengan muka tersengih. Zara mencubit lengan Ikhmal. "Auww. Sakitlahhh sayang!!" Ikhmal mengaduh sakit. Zara mencapai tuala. "Aku nak mandi." Ujarnya. "Nak join nak join!" Ikhmal merengek seperti kanak-kanak. "Eeee.. Tampar karang!" Tegas Zara. Ikhmal bantai gelak.

Zara keluar bilik. Sunyi sepi. Papa dan ayahnya juga tiada. Keluar mungkin. Zara melilau pandangan di dapur. Tiada orang juga. "Assalamualaikum!" Bunyi suara orang memberi salam di dapur. Zara melangkah menuju ke pintu dapur. Pintu dibuka perlahan. "Hai, kak Zara. Yana datang nak hantar nasi lemak ni." Ujar Yana. Zara mengambil plastik yang dihulur Yana. "Terima kasih. Yana tak masuk dulu?" Tanya Zara. "Nenek ada ke?" Tanya Yana. "Tak sure jugak. Sebab papa dengan ayah pun tak ada. Mereka keluar kut." Jawab Zara. Yana angguk kepala tanda faham. "Tak apalah. Yana balik dulu lah. Kejap lagi Yana datang balik." Kata Yana. "Ha. Okay." Balas Zara.

Zara baru sahaja mahu masuk ke dalam bilik. Terdengar suara ketawa di ruang tamu. Zara mengintai sedikit di balik dinding. Yana dan Ikhmal sedang galak ketawa. Zara terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik. Zara mempercepat memakai baju sebelum Ikhmal masuk. Zara duduk di hadapan cermin. Menyisir rambut basahnya. Termenung sendiri. Eh? Aku jealous ke? 😦

Zara mencedokkan nasi lemak ke dalam pinggan. "Ini, Yana buat sendiri tau nasi lemak ni. Special untuk abang Ikhmal. Abang dah lama kan tak makan nasi lemak Yana." Kata Yana. Zara pandang Yana sesaat. Hati sudah berapi namun bibir tetap senyum. "Yana memang superb bab nasi lemak ni." Kata Ikhmal. Zara senyum lagi. "Nenek ada beli kuih lapis untuk Zara ni. Kata papa Zara ,Zara suka kan kuih ni." Kata Ruminah. Zara tersenyum melihat kuih yang ditunjuk oleh Ruminah. "Haah nek, Zara suka kuih ni." Kata Zara. "Hah, sat lagi makan. " kata Ruminah. Zara senang dengan layanan Ruminah terhadapnya. "Zara dulu satu kolej kan dengan Mal?" Tanya Ruminah. "Haah nek. Cumanya Zara junior Ikhmal." Kata Zara. "Last semester tu, kami berdua satu kelas. Eh. Kita orang ambik subjek sama nek. So, yang tu kami satu kelas. Kan sayangkan?" Kata Ikhmal. Zara senyum sambil mengangguk. "Macam mana boleh kenal?" Tanya Ruminah. Zara pandang Ikhmal. Ikhmal pandang Zara. Ikhmal tersenyum sumbing. "Dulu.. Ni isteri Mal ni selalu usik Mal. Tapi Mal tak layan mula-mula. Tapi after a few weeks macam tu lah. Zara stop usik Mal nek, and i felt weird la kan. Kenapa minah ni dah tak kacau aku ? Maybe masa tu jugak, alasan Zara tak kacau Mal sebab Mal ada girlfriend." Kata Ikhmal. "Dah tu apa jadi?" Tanya Ruminah. "Dalam tempoh Mal dengan girlfriend Mal tu .. Mal rasa rindu pulak dekat Zara. Rindu nak dia usik Mal sebenarnya . And last-last, Mal sedar yang Mal sebenarnya jatuh sayang kat Zara. Hebat sungguh aura isteri Mal ni nek." Kata Ikhmal sambil geleng kepala. Zara tersengih. "Nek, Zara tak layan pun dia masa tu . Taknak lah ada kaitan dengan playboy kan. Tapi tetap jugak dia terkejar-kejar Zara Imalin ni. Kan papa.?" Kata Zara. Idris gelak. "Selalu jugak ni Mal pergi rumah saya makcik. Nak jumpa Zara la katanya." Kata Idris. Ruminah geleng kepala. "Ada la yang istimewanya kamu pada pandangan Ikhmal . Mal pulak, dah dapat ni jangan sia-siakan pulak. Bukan main payah kan nak mengurat Zara ni dulu." Kata Ruminah. "Insha Allah nek, doakan kami kekal sampai tua. Sampai dah bercucu-cicit. Memang payah gila nek. Sekarang pun payah nak hmmm.." Kata Ikhmal. Zara pandang Ikhmal dengan tajam. "Payah nak apa?" Tanya Norman. "Tak ada lah ayah. He he he." Kata Ikhmal. Yana pula panas hati mendengar perbualan mereka.

Zara membasuh pinggan mangkuk serta gelas di sinki selepas mereka bersarapan tadi. Yang lain sudah ke ruang tamu untuk berbual. Sedang khusyuk Zara membasuh pinggan,ada seseorang mencuit pinggangnya. Zara kaget lalu cepat-cepat toleh ke belakang. Habis terpercik air sabun di wajah Ikhmal. "Aw aw pedih!" Jerit Ikhmal. Zara panik. Segera tangannya dibasuh dan lap mata Ikhmal yang pedih dek kerana air sabun. "Sebelah ni je ke yang pedih?" Tanya Zara kalut. Ikhmal merintih. "Ye,ye ,kena sebelah ni je ." Zara mengelap mata Ikhmal dengan air paip. "Macam mana? Okay dah?" Tanya Zara. Ikhmal angguk perlahan. Zara menghela nafas lega. "Sorry, siapa suruh main cocok-cocok orang? Padan muka, nasib baik tak buta" Sindir Zara. Ikhmal mencebik. "Saja lah nak usik sayang abang ni." Kata Ikhmal. Zara meneruskan cucian pinggannya. Ikhmal bersandar di kabinet dapur sambil tersenyum. "Banyak lagi ke nak basuh tu. Meh abang tolong," tawar Ikhmal. Entah ikhlas ke tidak tu. "Tak payah." Tegas Zara. "Ala.. Nak tolong jugak!" Ikhmal berdiri di sebelah Zara. Zara berdecit. "Takpayah la orang cakap." Tegas Zara lagi. Ikhmal mahu mengusik Zara lagi. Disenggol pinggang kanannya ke pinggang kiri Zara. Zara tergerak sedikit ke kanan. "Apa ni? Main tolak-tolak bagai ni?" Tanya Zara. Ikhmal gelak.  Zara malas mahu memandang Ikhmal yang sudah ketawa itu. Tiba-tiba Yana berdehem. "Akakkk. Tak apalah.. Biar Yana sambung pulak basuh pinggan tu. Akak pergilah kat luar sana." Suara Yana mengganggu mereka berdua. Zara dan Ikhmal berpaling ke arah Yana. "Tak apa Yana. Akak boleh buat." Kata Zara. Yana semakin dekat menapak ke arah mereka. "Eh tak apa. Meh Yana buat." Yana sudah mencelah di antara mereka berdua. Ikhmal mengengsot sedikit memberi ruang kepada Yana untuk ke sinki. "Hmm. Okay." Ujar Zara acuh tak acuh. Perlahan kaki melangkah keluar dari dapur. "Ha, abang! Ingat tak pokok kat luar tu?" Tunjuk Yana kepada Ikhmal melalui tingkap di hadapan sinki. Ikhmal memandang ke luar tingkap sambil bersilang tangan "Ingat!" Balas Ikhmal. Zara terus sahaja menuju ke ruang tamu. Malas mahu mendengar perbualan mereka berdua. "Eh, mana dia orang?" Zara soal sendiri. Zara ke luar rumah. Oh. Kat pangkin rupanya. Zara baru sahaja mahu keluar, tapi baru teringat dia perlu pakai tudung terlebih dahulu.
Zara menyarung selipar jepun. Kaki melangkah ke arah pangkin. "Meh duduk sini Zara." Ajak Norman. Zara senyum sahaja. "Mana Mal?" Tanya Ruminah. "Ada kat dalam. Kejap lagi keluar lah tu." Kata Zara. "Ha.. Petang ni kamu dengan Ikhmal pergilah sungai hujung jalan ni Zara. Situlah tempat Ikhmal dengan sepupu-sepupu dia main kecik-kecik dulu." Kata Norman. "Oh. Kampung ni ada sungai? Wah.. Macam best je." Kata Zara teruja. "Nanti ajak Yana pergi sekali." Kata Ruminah. Mendengar nama Yana bikin moodnya berubah.
"Ha tu dia orang!" Suara Ikhmal membuatkan mereka berpaling me arah Ikhmal dan Yana. Zara sudah naik menyampah.
"Borak apa.." Ujar Ikhmal. "Petang ni. Kamu pergilah sungai tempat kamu selalu pergi tu Mal. Ajak bini kamu jugak." Kata Ruminah. "Haah kan nek, sayang jom!" Ajak Ikhmal. Zara kerut dahi. "Bukan sekarang! Petang nantilah. Ni nak naik dah matahari ni. Nak pergi panas ni." Kata Ruminah. "Eh, haah la.  Excited excited." Kata Ikhmal malu sendiri. "Yana nak ikutlah!" Celah Yana. "Mari mari!" Ajak Ikhmal. Zara senyum sahaja, tapi dalam hati nak aje tampar-tampar muka Yana tu. Dengan aku jeling semacam kalau belakang Ikhmal. Depan Ikhmal, fuhh .. Berubah karakter.  Bukan main lembut kau eh kalau depan Ikhmal. 😑.

Zara Imalin versus IkhmalWhere stories live. Discover now