30

80 5 0
                                    

Zara mengeringkan rambutnya selepas mandi. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam.  Tuala disidai di ampaian kayu disudut bilik. Pintu dikuak dari luar. Wajah Ikhmal tersenyum melihat Zara yang menoleh ke arahnya juga. "Papa ada kat ruang tamu lagi ke?" Tanya Zara lalu duduk di meja solek. "Papa pergi kedai kopi hujung jalan ni. Dia ajak abang tadi, takkan nak tinggal sayang sorang dalam rumah ni kan." Kata Ikhmal lalu duduk dibirai katil. "Sayang jangan lupa." Ujar Ikhmal. Zara toleh ke arah Ikhmal dari dalam cermin. "Jangan lupa apa?" Tanya Zara. "Abangkan cakap nak upah malam ni.." Kata Ikhmal. Zara masih blur. Zara mendekati Ikhmal. "Apa? Bila masa abang cakap?" Tanya Zara yang sudah berdiri di hadapan Ikhmal. Ikhmal turut berdiri di hadapan Zara. Pinggang Zara dipeluk erat. "Sementara papa tak ada kat rumah ni. Jom!" Ujar Ikhmal lalu menolak perlahan tubuh Zara ke atas katil. Zara membuntangkan matanya. Zara terjerit kecil.

Zara menyiapkan sarapan pada pagi itu. "Harini balik rumah ayah pulak?" Tanya Idris. "Ye pa." Jawab Zara. "Kirim salam kat ayah ya! Lama jugak tak jumpa dia." Kata Idris. "Insha Allah pa.." Jawab Ikhmal. "Awal kamu berdua tidur malam tadi? Nasib baik papa tak tapau makanan malam tadi nak balik rumah. Kalau tak, tak ada oranglah nak makan." Kata Idris. Zara pandang Ikhmal. " Letih sangat kami berdua malam tadi pa. Tu yang tidur awal tu." Jawab Ikhmal memberi alasan. Oh. Letih? Pandai bagi alasan!! Zara pandang Ikhmal yang sudah tersengih lalu mengenyit mata ke arah Zara. "Itulah. Lepas ni nak gerak ke rumah Norman kan. Ada tenaga dah kan, dah tidur awal malam tadi." Kata Idris. "Insha Allah pa. Banyak lagi tenaga ni." Kata Ikhmal. "Mm. Bagus bagus." Balas Idris lalu menghirup kopi panas. "Papa nak keluar  jugak kejap lagi. Nak panaskan enjin kereta kejap. Tak ingat tadi." Idris bangun dari duduknya. "Papa nak pergi mana?" Tanya Zara. "Nak ke rumah kawan kejap. Dia mintak tolong tengokkan motosikal lama dia." Kata Idris. Zara angguk. "Nak panaskan enjin kereta kejap. Dah lama jugak kereta tu tak berjalan. Asyik naik moto je pergi masjid." Kata Idris lalu kelibatnya hilang menuju ke ruang tamu. "Sayang.. Meh la duduk sini. Tepi abang ni." Ajak Ikhmal. Zara kerut dahi. "Taknak. Ni mesti nak buat apa-apa kat Zara kan?" Teka Zara. Ikhmal gelak. "Eh mana ada. Meh la sini. Suapkan abang." Kata Ikhmal. Zara geleng kepala. "Taknaklah. Abang ni bukan boleh percaya sangat!" Kata Zara. "Kenapa tak percaya abang hmm?" Tanya Ikhmal sambil menjungkit keningnya. Ikhmal bergerak menuju ke sebelah Zara. Pinggan dan cawan juga beralih. Ikhmal duduk sambil memandang Zara yang sedang makan. "Jangan nak macam-macam eh! Zara tengah makan ni." Kata Zara. "Nak roti sayang tu. Suapkan please." Minta Ikhmal. Zara terus menyuakan roti ke mulut Ikhmal.  "Mmm.. Sedap.. Nak lagi." Minta Ikhmal. "Zara buatkan abang yang baru eh." Kata Zara lalu mengambil roti sekeping untuk disapu jem. "Habiskanlah dulu yang ni.. Aaaaaaa.." Ikhmal mengangakan mulutnya. Zara segera menyumbat roti ke dalam mulut Ikhmal. "Sayang sumbat semua!!??" Ujar Ikhmal dengan penuh roti di dalam mulutnya. Zara ketawa kecil. "Nak suap sangat kan.. Ni Zara buat yang baru untuk abang. Kali ni kita sumbat lagi banyak." Kata Zara mengusik. "Okay. Demi sayang, abang rela disumbat roti banyak mana pun!" Kata Ikhmal. Zara mencebik sambil tangan menyapu jem di permukaan roti.

Zara menutup bonet kereta. Setibanya mereka sampai di rumah Norman, ada sebuah Toyota Innova putih terparkir di halaman rumah. "Ayah ada tetamu." Kata Ikhmal yang mengambil bagasi dari tangan Zara. "Siapa?" Tanya Zara. "Kawan dia kut." Jawab Ikhmal. "Jom kita masuk." Ajak Ikhmal. Zara hanya membuntuti Ikhmal dari belakang.

Zara menyalami setiap perempuan di ruang tamu itu. Ada 4 orang semuanya wanita. Lagi 3 orang lelaki. Selesai salam, Zara pandang Ikhmal yang berdiri di tengah tepi sofa. "Ayah, Mal dengan Zara masuk bilik dulu. Nak kemas apa yang patut." Kata Ikhmal. Fuhh.. Lega bila dengar si suami kata begitu. "Ha pergilah." Jawab Norman. Zara melempar senyum kepada para tetamu. Lagi sekali Zara membuntuti Ikhmal. "Yang perempuan tu menantu aku." Kedengaran Norman memperkenalkan Zara kepada tetamunya.

Zara menutup pintu bilik. Ikhmal sudah berbaring di atas katil. Letih lagaknya. "Sayang meh la baring sebelah ni." Ikhmal menepuk tilam di sebelah kirinya. Zara mencebik. "Baring abang tu bukan boleh percaya sangat. Zara nak kemas barang." Kata Zara. Ikhmal ketawa kecil. "Ok tak apa." Kata Ikhmal. "Sayang.. Abang nak take a nap kejap. Lagi 40minit kejutkan abang tau." Pesan Ikhmal. "Okay. Tidurlah." Balas Zara. Zara pandang jam di dinding. Pukul 10.30 pagi.

Zara Imalin versus IkhmalWhere stories live. Discover now