bab 1

51 7 7
                                    

Kaki dihayunkan selaju-lajunya . Semakin lama pergerakanya semakin laju kakinya dihayunkan .

"Aduh ni semua abang punya pasal lah ni kalau tak disebabkan dia nak pinjam kereta umi , kononnya kereta rosak la apa lah last ii aku yang kena pergi class sendiri katanya aku ni dah belajar dekat universiti jadi dah pandai jaga diri amboi-amboi pandai pulak dia mencari alasan." omel Farhana Ardina perlahan kerana tidak berpuas hati dengan sikap abangnya yang suka bertindak melulu .

'Busshh'

"Ya Allah apalah nasib aku dah la kena pergi kelas sendiri lepastu boleh pulak terlanggar tiang aduh sakitnya." Kata Farhana dengan nada separuh kuat sambil menggosok bahunya yang agak sakit .

"Ehem , ehem amboi dah la buta main langgar je orang lepastu boleh pulak kata ni tiang?"

Farhana mendengar suara itu lantas mengangkat mukanya untuk melihat empunya suara itu . Mukanya yang agak tampan dengan mata yang berwarna coklat , hidung separa mancung , berlesung pipit dan rahangnya yang agak kelihatan dapat membuatkan badan Farhana menjadi kaku sebentar setelah melihat empunya suara tersebut .

"Ehem dah habis dah tenung?dah puas dah?" Kata lelaki tersebut .

' Ya Allah apa aku buat ni aduh malunya ' omelnya di dalam hati

"Eh ma..ma..mana ada saya tenung awak aduh jangan nak perasan boleh tak amboi sukahati je eh awak yang langgar saya lepastu nak cakap yang saya ni buta pulak dasar zirafah jalan tak tengok bawah ! " Katanya geram .

"Hahaha dah usya tu cakap jela heh dasar budak jalan tak reti nak tengok sekeliling ke ha?dah la aku dah lambat ni.Ingat eh awak still berhutang dengan saya eh!" Kata lelaki tersebut dengan nada geram dan terus pergi meninggalkan Farhana .

"Aik macam tu je ahh lantak kau lah hutang ke apa aku tak kisah aku dah lambat ni"katanya perlahan dan terus berlari menuju ke kelasnya .

"Ya Allah fuh nasib baik profesor tak masuk lagi kalau tidak naya aku" Tanpa melihat sekeliling , Farhana terus mengambil tempat disebelah rakan baiknya atau teman sekuliahnya, Hanisah . Memang itu la yang menjadi rutin harian mereka , jika Farhana yang terlambat , Hanisah akan menjaga tempat Farhana tetapi kalau Hanisah pula yang lambat , Farhana pula akan menjaga tempat untuknya .

"Weh kenapa lambat?nasib baik Profesor Rais tak smpai lagi tau kalau tidak naya kau tahu" kata Hanisah dengan nada kerisauan .

"Abang aku la punya pasal lepastu tadi boleh pulak aku terlanggar mamat kerek yang entah apa-apa harap muka je handsome tapi mulut hem."kata Hanisah dengan nada geram.

"Ha handsome ke mamat tu ? pelajar sini jugak ke ?" Kata Hanisah sambil menayangkan sengihan .

"Soalan tu juga yang kau tanya aku eh bukannya nak tanya kenapa abang aku ke aku ok tak boleh pulak tanya pasal mamat tu . Entahlah aku tak kenal dia."

Itu sahaja yang terpacul di mulut Farhana kerana ingin mengelakkan daripada disoal siasat oleh rakannya . Macam lah dia baru kenal rakannya itu semalam . Sudah masak sangat dengan perangai Hanisah yang suka bertanya soalan yang sama berkali-kali.

Mata Farhana melilau melihat sekeliling kawasan tersebut . Matanya tiba ii terhenti pada seseorang tidak jauh duduknya dengan Farhana .

'Eh macam kenal je mamat tu'

Farhana berkata di dalam hati . Dia melihat lagi lelaki tersebut tanpa sedar lelaki tersebut juga melihatnya.

'Eh tu kan mamat kerek tadi apa dia buat dekat sini aduh apalah kau ni Farhana dah kalau dia duduk sini maknanya dia belajar dekat sini jugaklah ? satu kelas pulak tu aduh . Eh dia pandang lah pulak apa kau ni Far !' bidas Farhana di dalam hati dan segera mengalihkan pandangan ke tempat lain setelah terkantoi melihat orang lama pulak tu.

"Weh Hanisah tulah mamat kerek tu"kata Farhana tanpa memandang muka lelaki tersebut kerana takut terkantoi lagi .

"Hah mana-mana ? lah sekelas ke ?"kata Hanisah .

"Tu hah yang pakai baju coklat tu yang tinggi-tinggi hidung mancung-mancung sikit tu yang duduk baris ketiga tu" katanya sambil jarinya menunjuk gerangan yang dimaksudkan setelah memastikan lelaki tersebut sudah tidak memandang ke arahnya lagi.

"Lah Farhan ke ? hahaha aduh kau ni takkan lah kau tak kenal dia?ye aku taulah kita baru je masuk universiti tapi takkan kau tak kenal dia ? waktu semua kenalkan diri awal-awal masetu takkan kau tak ingat langsung weh ?"kata Hanisah sambil tergelak melihat telatah rakannya yang kelihatan risau seperti baru lepas jumpa musuh.

"Farhan nama dia ? hem aku bukan tak kenal lah cuma aku tak ambik port pon pasal diaorang semua . Dah la tu gelakkan aku ishh" katanya geram sambil memukul perlahan lengan rakannya itu.

"Aduh sakitlah kau ni eleh tak amik port la kononya habis dulu yang masa awal-awal masuk , siapa yang sibuk tanya aku pasal si Niz..."kata Hanisah bterhenti kerana mulutnya ditutup oleh tangan Farhana .

"Kau diam eh jangan nak kecoh-kecoh eh aku dah lama move on dah pon hahaha"kata Farhana sambil tergelak kecil mengingatkan kisah tersebut.

"Ish apa ni main tutup-tutup mulut hahahaha . Tak boleh nak bernafas tahu tak . Kau buat lagi aku viralkan eh hahahaha."katanya sambil tergelak.

"Kau viral siap eh . Dah la professor dah datang tu senyap lah kang tak pasal-pasal kita kena jadi model tak berbayar kat sini kang"kata Farhana sambil tersenyum.

Habis sahaja kuliah mereka pada hari ini , mereka terus bergegas ke cafe untuk menjamu selera akibat tidak sarapan , perut mereka asyik minta diisi saja lagi-lagi waktu kuliah tadi.

Selesai menjamu selera , mereka masih lagi duduk di cafe sambil berborak kosong .

"Weh Far tengok belakang tu cepatlah tengok"kata Hanisah sambil menolak perlahan kepala Farhana .

"Apa..weh..weh apa dia buat dekat sini harap dia tak nampak aku"kata Farhana lantas mengalihkan pandangannya.

"Dah dia pergi sini sah-sah la sebab nak makan takpon lepak dengan kawan dia aduh kau..." Kata-kata Hanisah terhenti kerana disekat oleh suara seseorang.

"Em boleh tumpang duduk sekali tak?"

.
.
.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

IMPERFECT TO LOVE YOU (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now