Bahagian 9

13 2 0
                                    

Rindu mengingatkan kita setiap detik waktu dan masa bukanlah di tangan kita. Kehilangan mengingatkan kita yang dipinjamkan sementara sahaja. Luka mengingatkan setiap urutan dan kejadian kehidupan bukan di dalam takdir kita.

Jangan kita jadikan masalah itu besar kalau kita tidak ada kedudukan di sisi makhluk. Tatkala orang tak hargai kita. Orang tak peduli diri kita. Orang perlekeh kita. Orang menganiaya kita. Biarkan. Allah Maha Mengetahui. Tak perlu kita bermatian menegakkan kebenaran.

Tapi kita kena kisah, jika kita tiada kedudukan di sisi Allah Jangan bagi diri kita hilang dari pandangan Allah. Biar orang tak mahu dekat kita tapi jangan bagi Allah tak mahu dekat kita.

Kadang, tanda cinta Allah kepada seseorang itu Allah biarkan hatinya hancur berkali-kali sampai dia rasa tiada lagi harapan di dunia ini. Dan itu akan membuat dia punya harapan hanya kepada Allah sahaja.

Ya Allah, Ya Aziz, Ingatkan kami. Jangan bagi kami lupa. Allah, dariMu kami datang, kepada mu kami kembali.

Pasal AgamaWhere stories live. Discover now